Nasi goreng cili padi ini simple je cara memasaknya. Tapi padu tau. Boleh buat makan berpinggan-pinggan.
Nasi goreng ini satu lagi makanan yang dimakan tak kira masa. Waktu pagi boleh, waktu tengah hari boleh, petang boleh, malam pun boleh! Kadangkala bila masak nasi goreng tak perlu masak lauk lain. Jimat masa dan tenaga. Bajet pun jimat.
Meh try resipi nasi goreng ini ye. Konfim bertambah-tambah. Tapi kalau ada anak kecil, memang tak sesuailah ye sebab pedas. Tapi, kalau satu family memang makan pedas, memang ngam!
Tak payah tunggu demam baru boleh makan bubur nasi. Menu ini memang tidak membosankan, sangat mudah menyediakan. Orang Kedah panggil moi sup daging. Tambah sedap bila dicampur dengan cabai ikan bilis goreng . Pergh orang lalu sebelah pun tak pandang.
Bahan untuk Bubur /Moi
Cara memasak:
1.Rebus beras macam biasa buat bubur nasi. Nak pekat kurangkan air, nak cair tambah air sedikit .
2.**ni optional. Bila bubur sudah masak boleh gorengkan sedikit bawang putih kemudian masukkan dalam bubur sekali minyak bawang.
3.Kacau rata bubur/moi tersebut.
Makan beginipun dah sedap walaupun tiada sup.
Sup Daging / Ayam
Bahan-bahan:
Cara memasak
1.Sedikit daging/ayam dibersihkan.
2.Letakkan bahan tumbuk iaitu halia ,bawang merah dan bawang putih ke dalam periuk bersama ayam/daging serta sedikit air. Jangan lupa masukkan bunga cengkih.
3.Tambahkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga sedikit lada hitam jika suka dan setengah keping asam keping. Rebus semuanya sehingga empuk kemudian bolehlah perasakan dengan garam.
Bahan untuk cili
Cara membuat:
1.Goreng ikan bilis ketepikan.
2.Kemudian goreng pula bawang besar dan sedikit cili padi digoreng bersama tak perlu asingkan.
3.Goreng sampai sedikit layu.
4.Angkat dan tumbuk ketiga-tiga bahan ini.
5.Kemudian masukkan sedikit kicap dan limau nipis jika suka.
Hidangan Melayu memang kaya dengan pelbagai sajian nasi yang lazat. Bukan sekadar Nasi Minyak aje,pelbagai ramuan herba dan ulam-ulaman juga menghasilkan hidangan yang membangkit selera.
Ni 5 aneka Nasi yang boleh dicuba untuk menceriakan keluarga di masa cuti ini. Boleh lah dicuba nanti, ya.
1. NASI KUKUS KISMIS
Bahan-bahan:
Cara memasak: 1. Rendam beras sejam. Toskan. 2. Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak. 3. Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata. 4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak. 5. Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata. 6. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Aroma serai beri kewangian pada nasi Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
2. NASI KERABU PELBAGAI ULAM
BAHAN-BAHAN NASI:
*UNTUK MEMBUAT AIR PERAHAN DAUN/HERBA: (KISAR SEMUA BAHAN DAN AMBIL AIRNYA)
BAHAN-BAHAN ULAM:
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan di dalam periuk. 2. Masak hingga tanak. 3. Kacau sekali-sekali supaya masak sekata. Ketepikan. 4. Untuk membuat ulam-ulaman; Hiris halus kesemua ulam-ulaman dan gaul rata. Tabur sedikit garam dan gaul bersama nasi tadi. 5. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Pelbagai rasa ulam-ulaman yang segar Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis bilis/ikan, hirisan pelbagai ulam/sayur dan keropok goreng.
3. NASI KETUMBAR KURMA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bahan –bahan B hingga wangi. 2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang kekuningan. 3. Masukkan beras, air, susu cair, badam kisar dan pes campuran kurma dan ketumbar. 4. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Didihkan hingga nasi masak. 5. Masukkan daun pudina dan tutup periuk. Boleh dihidangkan dengan lauk-pauk pilihan seperti kuma daging, ayam masak merah, acar timun dan lain-lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Terasa rempah ratus yang sedap Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Untuk membuat pes campuran kurma: 6 biji kurma madu (dibuang biji) dan 2 sudu makan ketumbar dicampurkan dengan 1 cawan air lalu dikisar halus.
4. NASI TUMIS BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi. 2. Masukkan beras dan goreng beberapa minit. 3. Tambahkan santan, daun pandan dan garam secukup rasa. 4. Tanak beras hingga masak. Jika suka, boleh tambah beberapa titik pewarna pilihan. 5. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa lemak santan dan lemak wangi mentega Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis, telur rebus dan ulam-ulaman.
5. NASI KUNYIT HALBA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Rendam beras bersama serbuk kunyit selama 2 jam. Toskan. 2. Kukus bersama halba, serai dan halia hingga separuh masak. 3. Tambah santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan tuang ke atas nasi. 4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak. 5. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Ada rasa lemak santan Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info Chef : Hidangkan bersama lauk pilihan seperti sambal tumis atau kari ayam/daging.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Goreng Bunga Kantan merupakan antara variasi nasi goreng tradisional yang semakin mendapat perhatian kerana aromanya yang unik dan rasanya yang cukup menyelerakan. Hidangan ini menggabungkan keharuman bunga kantan bersama keenakan pekasam daging yang rangup, menghasilkan satu kombinasi rasa yang sukar dilupakan.
Nasi goreng sememangnya antara menu kegemaran rakyat Malaysia kerana mudah disediakan dan boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Namun, penggunaan bunga kantan memberikan identiti tersendiri yang menjadikan hidangan ini lebih istimewa berbanding nasi goreng biasa.
Bunga kantan merupakan bahan yang sangat sinonim dengan masakan Melayu. Ia sering digunakan dalam hidangan seperti laksa, asam pedas, nasi kerabu, kerabu dan pelbagai jenis sambal. Aromanya yang segar serta sedikit berasid mampu menaikkan rasa sesuatu masakan dengan ketara.
Dalam hidangan ini, bunga kantan dihiris nipis sebelum ditumis bersama bahan-bahan lain. Langkah tersebut membolehkan aromanya meresap ke dalam nasi dan menghasilkan rasa yang lebih seimbang. Keharumannya juga menjadikan hidangan lebih menarik walaupun menggunakan bahan yang ringkas.
Ramai penggemar masakan kampung menganggap bunga kantan sebagai ramuan yang mampu menghidupkan karakter sesuatu hidangan. Tidak hairanlah ia terus digunakan dalam pelbagai resipi turun-temurun sehingga hari ini.
Satu lagi faktor yang menjadikan Nasi Goreng Bunga Kantan begitu istimewa ialah penggunaan pekasam daging. Pekasam merupakan makanan tradisional yang dihasilkan melalui proses penapaian dan mempunyai rasa masin serta sedikit masam yang unik.
Sebelum dicampurkan ke dalam nasi goreng, pekasam daging perlu digoreng sehingga garing. Proses ini membantu menghasilkan tekstur yang lebih rangup dan memberikan sensasi berbeza pada setiap suapan. Apabila digaul bersama nasi yang lembut, gabungan tekstur tersebut menjadikan hidangan lebih menarik untuk dinikmati.
Perpaduan rasa daripada bunga kantan, cili padi, belacan dan pekasam daging menghasilkan keseimbangan rasa pedas, masin, lemak serta aroma segar yang sukar ditandingi.
Rahsia utama untuk menghasilkan Nasi Goreng Bunga Kantan yang sedap ialah menggunakan nasi putih yang telah disejukkan semalaman. Nasi yang disimpan di dalam peti sejuk mempunyai kandungan lembapan yang lebih rendah dan tidak mudah melekat ketika digoreng.
Tekstur nasi yang lebih kering membantu setiap butir nasi kekal berasingan dan menyerap perasa dengan lebih baik. Hasilnya, nasi goreng menjadi lebih berderai, cantik dan menyelerakan apabila dihidangkan.
Selain itu, pastikan bahan kisar ditumis sehingga benar-benar naik bau. Gabungan bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan yang ditumis sempurna akan menghasilkan asas rasa yang lebih kuat dan menyelerakan.
Dalam era makanan moden yang penuh dengan pelbagai pilihan, hidangan tradisional tetap mempunyai tempat tersendiri dalam hati masyarakat Malaysia. Aroma bunga kantan dan rasa pekasam daging sering mengingatkan ramai orang kepada masakan ibu serta suasana kampung yang penuh nostalgia.
Nasi Goreng Bunga Kantan membuktikan bahawa bahan tempatan mampu menghasilkan hidangan yang unik, berkarakter dan setanding dengan pelbagai menu moden. Keistimewaan rasanya bukan sahaja terletak pada bahan yang digunakan, tetapi juga pada nilai tradisi yang dibawa bersama setiap hidangan.
Jika anda sedang mencari idea menu yang berbeza daripada kebiasaan, Nasi Goreng Bunga Kantan sememangnya pilihan yang wajar dicuba. Sekali menikmati hidangan ini, pasti anda akan memahami mengapa gabungan bunga kantan yang harum dan pekasam daging yang rangup menjadi kegemaran ramai pencinta masakan kampung.
Aroma yang semerbak, rasa yang seimbang serta tekstur yang menarik menjadikan Nasi Goreng Bunga Kantan sebagai antara hidangan tradisional yang terus relevan dan digemari hingga ke hari ini.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: