Masak menu yang satu pasti ramai yang menggemarinya. Padanan nasi daging bersama air asam biasa menjadi hidangan ketika rumah terbuka. Aroma nasi daging pasti membuka selera tetamu untuk menjamah menu dari air tangan anda. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsi ini.

Bahan-bahan ( 8-10 orang ):
1 kilo beras – basuh dan toskan
500 g daging – dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang – dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
penumis:- sedikit kayu manis, cengkih, pelaga
2 helai daun pandan – disimpul
2 batang serai – dititik
1sb rempah kari daging / kurma – saya pakai 1 bungkus kecil
.
Cara memasak:
1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
2. Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. (Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnya)
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis, daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali. Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu, kacau dan biar mendidih sebentar.
5. Masukkan pula beras dan gaul rata. Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.
6. Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
7. Ketika menghidang, tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

 

Air Asam:
Bahan-bahan:
4 biji Cili -terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji lada merah besar
1 ulas bawang putih
1 inci belacan yg dibakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa
1 sk gula (ikut citarasa manis sendiri)
secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging 

Bahan Hiris:
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato dihiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat

Selamat Mencuba

Pemilik resepi:Fayad Gojez