Pernah cuba makanMi Sua Tiram @ Taiwanese Oyster Mee Sua? Bagi yang pernah rasa pasti tahu keenakan hidangan ini. Ia merupakan salah satu sajian popular dari Taiwan. Saudara Hasbullah Ahmad ada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba masak sendiri. Terjamin halal dan lebih bersih. Pasti puas hati menikmatinya. Jom cuba!
CARA MASAK MI SUA TIRAM TAIWAN / TAIWANESE OYSTER MEE SUA
CARA MEMASAK: 1. Mula-mula sekali, sediakan bahan hiasan @ topping. Untuk membuat minyak / bawang goreng, goreng bawang merah yang dihiris nipis dgn sedikit minyak. 2. Bila sudah garing, toskan bawang untuk hiasan. Minyak boleh disimpan untuk dituang atas sup setelah masak. 3. Tiram dibersihkan dengan air dan sedikit garam. Setelah bersih, celup dalam bancuhan air dan tepung kanji. Tujuannya adalah supaya tiram tak kecut & sedikit berjus ) 4. Rebus tiram sekejap sehingga masak dan ketepikan. 5. Minyak cili ikut citarasa sendiri. Boleh hasilkan dengan menggunakan serbuk cili api, bawang putih, halia, bijan dan sedikit minyak. Yang penting ia tidak hangit & ada aroma pedas-pedas cili. Nak senang lagi, beli minyak cili atau sambal udang kering di pasaraya. 6. Untuk kuah dan mi, rebus sotong kering dan kepingan bonito (katsuoboshi/ikan tuna salai), bersama dgn air atau stok ayam, kicap masin, sedikit gula, hirisan halia, bawang putih, sedikit serbuk ketumbar dan lada putih. 7. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan dalam 6-7 minit sebelum bahan campuran tadi ditapis keluar. 8. Buka kembali api dan masukkan bawang goreng. Bila mendidih. 9. Masukkan mi sua dan rebus sehingga mi masak dan lembut.
10. Mi boleh dipotong dengan gunting supaya lebih pendek.
11. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung dan sesuaikan rasa mengikut selera.
Ads
12. Masukkan minyak bawang yang disediakan sewaktu goreng bawang di awal tadi. 13. Hias dengan bahan-bahan hiasan/topping. Mi Sua Tiram sedia untuk dinikmati.
Kalau ada yang nak menjaga kesihatan boleh buat sup tanpa tumis atau tanpa minyak tambahan.Buatnya sangat mudah, campak-campak saja bahannya. Kalau hidang untuk anak-anak pasti licin sepinggan.
Tradisi lebih seratus tahun pemberian bubur lambuk kampung baru akan diteruskan melalui Projek Bubur Lambuk Kampung Baru yang dilancarkan oleh Astro, Nu Ideaktif dan Maxis dengan tema Indahkan Senyuman Eratkan Jalinan.
Melalui projek ini 9,000 pek bubur lambuk akan diedarkan selama tiga hari berturut-turut iaitu bermula 13hb Mei hingga 15hb Mei ini. Pemberian bubur lambuk akan diagihkan dan dihantar ke rumah-rumah kebajikan,golongan yang memerlukan, barisan hadapan ‘frontliners’ dan pasukan keselamatan ‘wira negara’.
Bila menyebut bubur lambuk kampung baru, nama Pak Zainal generasi keempat tukang masak bubur lambuk Kampung Baru orang penting disebalik kelazatan bubur lambuk pasti ada. Bubur lambuk di sini memang menjadi buruan.“Bubur lambuk ini memang istimewa kerana resipinya tak berubah sampai sekarang,” katanya yang mewarisi resipi dari generasi keluarganya.
Di usia 65 tahun Pak Zainal tetap gagah meneruskan legasi bubur lambuk. Katanya semuanya bermula dengan keikhlasan. Dia telah memegang tanggungjawab ini selama 37 tahun lamanya dan bukannya mudah memasak dengan kuantiti yang banyak di usia begini.
Resipi asal warisan keluarga, kekal hingga kini
Katanya dia akur dengan PKP dan situasi pandemik Covid-19 ini yang membataskan pengedaran secara terus bubur lambuk ini kepada orang ramai dan merasa kasihan dan sedih kerana masyarakat tidak lagi dapat berduyun datang dan beratur mengambil dan menikmati keenakan bubur lambuk seperti dulu.
Namun Ramadan kali ini melalui projek Bubur Lambuk Kampung Baru yang diusahakan oleh Astro, Ideaktiv dan Maxis dengan kerjasama Pak Zainal,tradisi pemberian bubur lambuk dapat diteruskan walaupun dalam keadaan dan skala yang berbeza.
Jika dahulunya lebih 120,000 pek sepanjang sebulan Ramadan iaitu 4,000 pek sehari diagihkan pada masyarakat . Tetapi tahun ini melalui Projek Bubur Lambuk Kampung Baru walau skalanya lebih kecil dengan 3,000 pek sehari iaitu dengan jumlah 9,000 pek , walaupun dalam keadaaan berbeza dan walau tidak sebesar mana tradisi sepuluh dekad ini dapat diteruskan dengan penuh keikhlasan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut, “Maxis berbesar hati untuk turut serta kempen ini bukan sahaja untuk mengekalkan tradisi sepanjang abad tetapi ingin memupuk budaya memberi dan berkongsi di kalangan rakyat Malaysia. Kami berharap kempen ini akan lebih menyatukan kita sebagai satu negara.”
Moga Projek Bubur Lambuk Kampung Baru yang akan dilancarkan bermula 13hb Mei hingga 15hb Mei ini yang diusahakan oleh Astro, Nu Ideaktiv dan Maxis serta beberapa penaja yang lain dapat mencapai hasrat murninya agar dapat sama-sama “Indahkan senyuman dan eratkan jalinan” di kalangan masyarakat negara ini.
Bagi mereka yang teringin nak memasak Bubur Lambuk Ala Kampung Baru yang enak, jom tengok aksi Chef Imelda memasaknya dalam Campak-Campak Jadi ini.
Mencari menu untuk minum petang? Apa kata buat agar-agar yang mudah dan ringkas ini. Walaupun ringkas tetapi rasanya sangat sedap. Sesuai sungguh untuk dimakan seisi keluarga. Kami kongsikan beberapa resipi agar-agar yang boleh anda cuba buat di rumah.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!