Sedapnya Masak Lemak Cili Api Siput Belitong campur Daun Kaduk ni. Siput Belitong ini juga dikenali dengan nama siput sedut. Namun tidak ramai yang tahu cara untuk memproses siput ini dari awal. Menerusi perkongsian saudari Yatie Yuyue, beliau kongsikan cara-cara menyiang Siput Belitong hinggalah ke proses memasaknya. Selamat mencuba!
CARA SIANG SIPUT SEDUT & MASAK LEMAK CILI API
BAHAN CUCI SIPUT: Siput sedut / siput belitong Kelapa parut Garam kasar – beli online disini Daun limau purut
BAHAN-BAHAN MASAK: Daun kaduk – lagi banyak lagi sedap 1 biji bawang holland – beli online disini 8 biji bawang merah kecil – beli online disini Segenggam cili api 3 batang serai – diketuk Asam keping – beli online disini 1 ketul kunyit hidup 1 kotak santan – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan lumpur pada siput. Kemudian letak dalam bekas berisi kelapa parut.
2. Biarkan siput memakan kelapa parut yang tidak dicampur denga napa-apa bahan lain selama semalaman. Ia akan menjadikan siput lebih berisi, berlemak dan berjus.
Ads
3. Selepas semalaman, bila siput sudah makan kelapa parut, ia kana mengeluarkan kotoran selut, pasir, dan sebagainya. Barulah lebih bersih dan rasa enak bila dimasak.
4. Bersihkan siput dari kelapa parut tadi. Letak dalam bekas, isi air, garam kasar dan daun limau purut untuk mengeluarkan lendir.
5. Biarkan selama 10 minit kemudian ramas-ramas siput bersama daun limau purut. Tapis.
6. Untuk menyiang siput, lakukan sebegini. (kredit pada empunya gambar kerana empunya resipi lupa untuk ambil gambar sendiri)
7. Siput sedut yang siap dipotong hujung ekornya.
8. Untuk memasak, kisar bahan-bahan rencah. Masukkan ke dalam periuk bersama serai dan masak hingga mendidih.
9. Masukkan asam keping kemudian masukkan santan kotak. 10. Seterusnya masukkan siput yang telah dibersihkan, garam dan juga gula dengan secukup rasa.
11. Bila mendidih dalam 5 minit, masukkan daun kaduk. Masak lagi seketika.
12. Bila daun kaduk mula layu, padamkan api dan siap untuk dihidang.
Ingin makan masakan udang yang sedap dan terasa manis dan segar isinya tanpa perlu keluar duit banyak makan di restoran ternama atau hotel ye. Sebenarnya, korang boleh je masak sendiri di rumah hanya dengan ikut tip cara membersih dan memasak undang yang RASA kongsikan ini. Sebenarnya ia sangat mudah, cuma perlu tahu cara dan teknik untuk membersih dan memasaknya saja.
CARA MEMBERSIH UDANG:
Cuci udang di bawah air mengalir
Jika ingin memasak dengan kulit sekali, korang perlu gunting sesunggutnya saja. Jika kepala udang hampir tertanggal, pisahkan saja dan bersihkan kepala udang kemudian rebus jadikan stok udang.
Setelah dibersihkan, lumurkan udang dengan air limau nipis dan sedikit garam. Cuci bersih dan toskan.
Jika ingin menggunakan isi udang tanpa kulit, korang boleh rendam dengan campuran cuka makan dan air. Tujuannya untuk melembutkan kulit udang supaya lebih mudah dikopek.
Jangan lupa membersihkan kotoran yang ada dibahagian belakang udang, caranya hiris sedikit dan tarik benang hijau kehitam yang ada dibahagian belakangnya itu.
Jika tidak terus dimasak, simpan udang dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran dan mengelakkan dari tercemar dengan bakteria. Tapi jangan simpan terlalu lama, sebaiknya elakkan juga dari frozenkannya lebih dari sekali.
CARA MEMASAK UDANG:
Masak dengan api besar. Jika ingin memasak dengan cara menumis atau menggoreng sebaiknya guna api besar dan masak dengan pantas. Tujuannya untuk mengekalkan rasa manis dan kesegaran udang.
Masukkan dalam air mendidih, jika ingin merebus masukkan udang, jangan lupa tambahkan sedikit garam dalam air rebusan dan tutup seketika periuk. Seketika kemudian keluarkan udang dan celupkan ke dalam air sejuk. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak udang tersebut.
Memasak dengan cepat supaya isi udang kenyal dan manis. Masaklah udang sekitar 3-4 minit sahaja atau sampai udang berubah warna kemerahan kerana tekstur isi udang sangat lembut.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 tangkai daun kari | lurut daun dari tangkai
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tumis daun kari hingga wangi.
Kemudian tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
Semoga dengan tip ini korang boleh menyediakan menu udang setanding dengan restoran ataupun hotel ternama.
Pulut Pagi antara popular di kalangan masyarakat Pantai Timur. Menu ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, ini min sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.
PULUT PAGI BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam
1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan
CARA MEMASAK:
Kukus atau tanak pulut bersama daun padan hingga masak.
Tuangkan dalam bekas, kemudian gaulkan pulut dengan parutan gula Melaka.
Gaulkan kelapa parut bersama garam, kemudian kukus sekejap.
Hidangkan pulut dengan kelapa parut dan taburkan beras pulut sangai di atasnya.
Sedapnya Mi Rebus Johor. Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk keluarga di hari cuti nanti, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu.
Antara hidangan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Istimewanya resipi ni, kuahnya menggunakan rencah udang basah & juga udang kering. Patutlah padu.
Malah beliau juga bermurah hati kongsi resipi langkah demi langkah ni. Jadi senanglah nak cuba. Jom kita lihat bahan-bahannnya.