Sedapnya Pulut Dakap ni. Lemak, lembut, cukup rasa. Makan pula dengan Rendang Ayam. Memang kena sangatlah padanannya. Bagi anda yang nak cuba buat Pulut Dakap ni, saudari Noriza Awang Hamat ada kongsikan resipinya. Nanti boleh cuba.
CARA MASAK PULUT DAKAP & RENDANG AYAM
PULUT DAKAP
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut – direndam selama 4 jam
3 cawan santan pekat (ambil dari 2 biji kelapa)
5 sudu makan gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan santan, gula dan garam. Masak diatas api sampai semuanya sebati.
2. Kemudian kukus pulut sehingga masak.
Ads
3. Bila pulut masak, masukkan ke dalam bekas dan tuangkan santan yang dimasak tadi. Gaul sebati.
4. Bila pulut telah suam, bolehlah dibungkus menggunakan daun pisang.
5. Ikat bungkusan pulut menggunakan tali dengan kemas supaya pulut tidak keluar.
6. Rebus pulut yang dibungkus tadi hingga kering airnya.
Kalau sebut ayam golek mesti ingat makan beradab pengantin, betul tak? Kali ini jom kita buat ayam golek untuk hidangan istimewa cuti Tahun Baru Cina, boleh makan puas dengan ahli keluarga supaya lepas ni tak perlu lagilah jeling-jeling ayam golek ke atas meja makan beradab. Terima kasih Sri Astana Katering ini atas perkongsian resipi ini.
AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Golek:
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Thai::
4 ulas bawang putih | cincang
4 biji cili merah | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketimbar | hiris
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Bahan Sambal:
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
100ml susu cair
1 sudu makan air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
Untuk menyediakan sambal.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
AYAM GOLEK PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Percik:
1 liter santan pekat
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
3cm lengkuas | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas). Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
Salah satu kuih yang anda boleh hasilkan dengan banyak dan sejuk bekukan untuk dinikmati pada bila-bila masa. Dengan resipi ni, nak buat kuih untuk niaga pun boleh tau. Selamat mencuba!
RESIPI SARDIN ROLL
BAHAN DOH:
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan mentega
Sedikit garam
Air (dari peti sejuk)
CARA-CARA:
Ramas tepung, mentega dan garam sampai jadi macam serbuk roti.
Kemudian masukkan air sejuk dan gaul sampai tepung tidak melekat pada tangan.
Rehatkan doh dan tutup dengan kain. Ketepikan seketika.
BAHAN INTI:
1 tin sardin (dihancurkan)
2 sudu makan cili boh
Bawang holland (dipotong dadu)
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Jus lemon secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bawang holland hingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh.
Setelah cili kelihatan pecah minyak, masukkan sardin,gula dan garam. Gaul sebati.
Masukkan jus lemon. Siap dan sejukkan seketika.
Ambil doh, canai mengikut ketebalan yang sesuai dan isikan inti. Gulung mengikut kreativiti.
Sardin roll ini boleh digoreng atau dibakar di dalam ketuhar.
Jika hendak disejuk bekukan, bakar seketika didalam ketuhar, sejukkan dan isi dalam bekas atau palstik bersesuaian. Kemudian simpan dalam peti sejuk beku untuk dinikmati pada bila-bila masa.
Nasi Air Thaimemang enak dan sangat mengenyangkan. Ringkas sahaja hidangannya namun rasa memang sedap. Sedikit berbeza dengan sajian bubur nasi biasa kerana ia dihidangkan bersama kuah sup serta bahan-bahan sampingan yang lain. Nasi Air Thai ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang nak cuba, saudari Ichi Safitriada kongsikan resipinya. Resipi ini sesuai untuk hidangan 4-5 orang makan. Selamat mencuba.
CARA MASAK NASI AIR THAI YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 cawan beras 2 liter air 2 ulas bawang putih Kiub pati ayam – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Basuh beras, rendam hingga kembang dan simpan dalam peti sejuk beku semalaman. 2. Masukkan beras beku ke dalam periuk dan masukkan air, bawang putih dan kiub pati ayam. 3. Masak sehingga nasi jadi bubur. Jika beras masih keras, boleh tambah air hingga jadi lembik.
BAHAN KUAH: 1/2 bahagian ayam 1 kiub pati ayam 1/2 batang serai – dititik (jangan banyak nanti kuat sangat rasa serainya) 4 ulas bawang putih – ketuk 1 inci halia – ketuk 1 liter air Garam, gula & serbuk cukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat kuah, satukan semua bahan dan masak hingga ayam empuk dan kuah enak berperisa. 2. Bila sudah masak, keluarkan ayam dan carikkan isinya.
BAHAN LAUK SAMPINGAN: Minyak bawang putih – cincang bawang putih kemudian goreng dengan sedikit minyak masak. Biarkan sejuk. Simpan bersama minyaknya sekali. Bebola ikan – rebus sekejap dengan kuah sup tadi. Kangkung – celur dengan air panas Ikan bilis goreng – beli online disini Telur masin Cili flakes – beli online disini Air lada – kisar 3 biji cili merah bersama cili api merah. Tambah cuka, gula dan garam secukup rasa
CARA MENGHIDANG: 1.Tuang bubur nasi ke dalam mangkuk dan tambahkan lauk sampingan dengan secukupnya. 2. Tuang kuah sup panas-panas. 3. Nasi Air Thai sedia untuk dinikmati.
Ayam sambal untuk makan dengan nasi lemak lain cara memasaknya, tak sama dengan ayam sambal untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.Ini yang...