Karipap pun sedap dibuat hidangan waktu berbuka puasa, kan? Selalu kita makan karipap berintikan kentang, sayur atau sardin. Ada juga yang buat karipap inti ayam atau daging. Karipap adalah kuih yang sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang. Karipap yang sedap bukan saja sedap pada intinya tapi juga dohnya. Lagi-lagi kalau karipap fusion yang diletakkan keju di dalamnya. RASA kongsikan resipi karipada daripada seorang rakan facebook Olie Norliy. Istimewanya karipap ini sebab tetap sedap walaupun sudah disejukbekukan.
KARIPAP CHEESE
.
BAHAN-BAHAN (UNTUK 10 KETUL KARIPAP)
IKLAN
BAHAN INTI
Minyak masak
3 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
Daging kisar secukupnya
1 peket keju
1 sudu kecil oregano
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
CARA MASAK INTI
1. Goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau. Masukkan tomato. Tumis lagi.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga betul-betul masak.
4. Masukkan keju, oregano, sos tomato dan garam. Kacau lagi.
5. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
BAHAN DOH
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin atau mentega
1 kg tepung gandum
200 ml air sejuk
1 sudu kecil garam
IKLAN
.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin atau mentega ke dalam kuali sehingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung dan gaul.
3. Setelah adunan rata, masukkan air sejuk yang sudah dibancuh dengan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga dok tidak melekat di tangan dan bekas.
4. Biarkan setengah jam baru boleh mula buat karipap.
IKLAN
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sedikit doh dan buat bentul bulat. Leperkan.
2. Letakkan sesudu besar inti.
3. Kelimkan tepi karipap.
4. Panaskan minyak masak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang.
Melalui facebook Rasa Share Resipi, Riesha Liena berkongsi resipi apam jagung. Dimaklumkan bahawa apam jagung adalah kegemarannya disebabkan rasanya yang lemak manis.
Dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini, anda boleh dapat 31 biji apam. Berbaloi sangat, kan?
Jom kita lihat resipinya.
APAM JAGUNG
BAHAN-BAHAN
1 cawan air suam
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
3/4 cawan gula
2 sudu kecil yis mauripan
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk santan
1/2 sudu kecil garam
2 cawan tepung beras (ayak)
1 cawan tepung gandum (ayak)
Pewarna kuning (jika suka)
1 cawan penuh jagung creamy dalam tin
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan dalam pengisar. Kisar halus.
2. Jika mahu jagung kasar, jangan kisar jagung.
3. Peram selama 2 jam.
4. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak supaya tidak melekat ketika hendak keluarkan apam.
5. Masukkan adunan dalam acuan. Panaskan pengukus.
6. Masukkan apam ketika air betul-betul mendidih. Air kukusan jangan terlalu banyak sangat.
7. Kukus selama 15 minit.
Kukus.Selepas dikukus.Boleh buat bentuk lain.Gebu jadinya.Nampak sedap!
Sedapnya Cekodok Labu perkongsian saudari Zurila Ghani ni. Nampak sangat menyelerakan. Menurut empunya resipi lagi, cekodok ni memang lembut. Kalau buat pagi sampai ke malam masih lagi best. Jom cuba. Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang.
CARA BUAT CEKODOK LABU SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 potong labu
2-3 sudu makan santan
Air secukupnya
Tepung gandum secukupnya
Susu pekat manis secukup rasa
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Buang kulit labu, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan ke dalam kuali. Masukkan santan, sedikit garam dan sedikit air hingga tenggelam labu. Rebus hingga empuk.
3. Masukkan tepung gandum dan susu pekat manis. Biar ada rasa lemak-lemak manis. Jumlah tepung pula pastikan lebih dari labu.
4. Adunan pastikan tidak lembik. Cukup sekadar sedang-sedang sahaja. Jika lembik, nanti cekodok akan serap minyak.
5. Panaskan minyak dan goreng cekodok guna api sederhana hingga garing dan masak sempurna.
6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Negeri Johor dan Melaka memang cukup popular dengan masakan Asam Pedasnya. Bukan setakat ikan , daging dan ayam pun sedap dimasak cara begini, asam pedas ayam.
Jom ikut resipi dari Nur Kasih Fiezaimi Fiza ni. Ringkas dan mudah aje. Janji herba penyedap masakan, daun kesum , bunga kantan dan serai harus ada. Belacan tu opsyen tak letak pun takpe, kalau nak letak sedap jugak kalau belacan tu dipanggang dahulu.
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN :
2-3 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 inci @ 2.4sm halia
1 inci@ 2.4sm kunyit hidup
4 -5 sudu makan pes cili kering. Kisar semua ( dari bawang hingga kunyit hidup)
Ayam | digoreng setengah masak
1-2 sudu makan asam jawa | dicampur air
Sedikit belacan
2 batang serai | dititik
Bunga kantan secukupnya
Daun kesum secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan belacan. 3. Masukkan ayam dan gaul.Masukkan pula air asam jawa, bunga kantan daun kesum. 4. Biarkan mereneh sebentar, perasakan dengan garam dan gula .