Ada yang panggil kuih bakar pandan, ada yang panggil bingka tepung. Tapi suka yang jenis kosong begini tidak letak bijan. Janji sedap dan menjadi kuih kesukaan seisi keluarga.
Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula (kurangkan kalau tak nak manis)
1 cawan air pandan
2 1/2 cawan santan
Sedikit garam
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan dan kacau.
2.Nak bagi sebati , boleh blend kejap.
Ads
3.Kemudian bolehlah dimasukkan dalam loyang dan dibakar.
4.Bakar dalam oven suhu dengan suhu 200 selama 1 jam.Kalau nak kerak lebih, bakar la lama sikit.
Sajian kuih tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian saudari Linda Md Yusofni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawansahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
CARA MEMASAK: 1.Masak bahan-bahan yang bertanda (*). Tidak perlu hingga mendidih, cukup sekadar sampai gula larut. Tapis dan sejukkan. 2. Masukkan air gula ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. 3. Sediakan daun pisang yang sudah dibersihkan dan disapu dengan sedikit minyak masak. 4. Ambik doh dalam 2 sudu besar dan leperkan atas daun pisang tadi. 5. Letakkan inti kelapa dengan secukupnya dan bungkus Kuih Lepat Liat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan. 6. Susun kuih dalam periuk kukusan dan kukus selama 30 – 40 minit.
7. Bila sudah masak, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Sedapnya kuih Bolu Kukus Mekar ni. Rupanya seakan isi buah naga. Nampak gebu dan lembut. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihah ini tidak menggunakan air soda. Nak cuba? Berikut adalah resipinya.
CARA BUAT BOLU KUKUS MEKAR BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih. 2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah. 3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag. 4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sedang. Picit adunan putih hingga hampir penuh. 5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas.
6. Isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih. 7. Kukus Bolu selama 10 minit dengan api paling besar. 8. Bila Bolu sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan dapat 23 biji Bolu, bergantung pada saiz cawan kertas.
TIP SUPAYA BOLU MEKAR @ MEREKAH
1. Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu. 2. Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari. 3. Pastikan air betul-betul panas dan mendidih. 4. Jarakkan bolu. Jangan terlalu dekat antara satu sama lain. 5. Kukus dengan api paling besar. 6. Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya. 7. Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya bolu dapat kembang dengan mudah.
Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari Hazirah Zaihan yang boleh dicuba. Persis Popia Sira Sambal yang kita beli di pasar malam. Memang sedap. Popia yang rangup, sambal yang likat bersalut. Memang best lah. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
1.Panaskan minyak dan tumis udang geragau sebentar. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis lagi hingga wangi. 2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata. 3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Goreng sekejap kemudian tutup api. 4. Angkat inti tadi dan masukkan ke dalam tapis untuk toskan air dan minyak. Ketepikan.
5. Untuk menyediakan sambal, tumis bawang putih hingga wangi. 6. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 7. Masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata dan masukkan gula. 8. Tumis sambal sampai berbuih kemudian masukkan bijan. Kacau rata dan tutup api. Biarkan sambal sejuk. 9. Bila inti sudah sejuk, isikan pada kulit popia dan gulung seperti biasa. 10. Panaskan minyak guna api sederhana dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak. 11. Bila popia sudah sejuk, gaulkan dengan sambal sira tadi. 12. Tabur bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.