
Kuih Topi @ Kuih Cucur Topi. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Lebih terkenal di negeri Pantai Timur seperti di Kelantan dan Terengganu. Jika di kawasan lain, ada yang panggil kuih ni dengan nama Cucur Jawa. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi tak ada yang jual, nah…saudari Huda Seman ada kongsikan resipinya. Cubalah buat sendiri. Mudah je.
CARA BUAT KUIH CUCUR TOPI SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan gandum – beli online disini
- 1 cawan tepung beras – beli online disini
- 1 cawan gula – kurangkan jumlah jika kurang gemar manis – beli online disini
- 1 cawan air
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Bancuh sampai cair, sebati dan tidak berketul. Biarkan adunan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali ( kuantiti sedang-sedang sahaja).

3. Sendukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Kena pandai adjust suhu api.

4. Goreng kuih seperti menggoreng telur. Jangan biarkan kuih hangit. Bila terbalikkan, kuih akan gelembung seperti topi.

5. Angkat dan toskan minyak. Ulang langkah hingga adunan habis.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: HuDa Seman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Sendiri 4 Kudapan Olahan Mi Yang Sedap & Mudah Untuk Bekal Anak.

Masih lagi mood sekolah, mak-mak yang masih mencari menu untuk variasikan bekal anak-anak ke sekolah. Ini ada empat menu gerenti anak-anak suka, selain sedap ia juga berkhasiat dan memberi tenaga kepada anak-anak. Dengan masak sendiri mak-mak tak perlu risau anak beli dan makan apa di sekolah. Jangan lupa cuba 4 menu yang senang masak dan sedap ni.

BEBOLA MI
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping mi kering | celur dan tos
- 1/2 cawan serbuk roti
- 1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
- 1/2 cawan hirisan daun bayam
- Sedikit hirisan cili benggala
- Sedikit potongan dadu lobak merah
- 1 biji telur
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 Sudu teh garam
- Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
- Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
- Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
- Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
- Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
- Bulat-bulatkan doh hingga habis.
- Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
- Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.

SOSEJ MI GULUNG
BAHAN-BAHAN:
- 5-6 biji sosej ayam | potong dua
- 2 keping mi kering | celur dan tos
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu makan tepung ubi
- Lidi satey secukupnya
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan cukup rasa,
- Taburkan tepung ubi atas campuran mi dan gaul rata.
- Lilitkan mi pada koktel yang telah dicucuk pada lidi satey. Lakukannya hingga habis.
- Panaskan minyak, goreng koktel yang telah bersalut mi hingga garing.
- Angkat dan toskan minyak.
- Setelah siap hidangkan bersama sos kegemaran anda.

POPIA MI KEJU BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping mi kering | celur dan tos
- 12 keping kulit popia
- 1/2 biji bawang Holland
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 cawan isi ayam dicincang halus
- 1 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Sedikit lobak merah | dadu halus
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit garam dan gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
- Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus.
- Terus kacau hingga ayam masak.
- Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan.
- Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya.
- Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air.
- Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan.
- Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.

.
NAGGUT AYAM SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping tauhu
- 1 tiup tauhu Jepun
- 1 cawan isi ayam | carik halus
- 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu makan serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS LEMON
- 1 sudu makan pati oren Sunquick
- 1 biji lemon | ambil jus sahaja
- 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 sudu teh mentega
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
- Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
- Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
- Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
- Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
- Setelah siap hidangkan nuggat dengan sos lemon.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih Telaga Emas… Pencuci Mulut Kenyal Di luar & Lembut Di Tengah.

Apa istimewanya kuih telaga emas,. Yang warna kuning di tengah tu antara ramuannya dari kastard, santan dan tepung gandum, lembut dan cair di tekak . Lapisan luarnya agak kenyal kerana ada bahan tepung pulut.

.
Lepas makan juadah berempah daging korban, memang puas lah disusuli dengan kuih telaga emas yang sedap ni. Jom cuba resipi yang dikongsi Zura Zul ni.
KUIH TELAGA EMAS

.
BAHAN-BAHAN :
Bahan Kulit Hijau :
- 250gm tepung pulut
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 1/4 cawan air
- Sedikit perisa pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Secubit garam
CARA MEMASAK :
- Satukan tepung pulut, tepung gandum dan tepung jagung, garam dan perisa pandan
- Kemudian tuangkan air sedikit-sedikit jangan sampai habis. Uli jadi doh tak lekat di tangan
- Letak sedikit pewarna hijau
- Bulat-bulatkan anggaran 24gm. Tekan dan ratakan doh ke dalam acuan lompang saiz kecil yang telah disapu minyak masak..ketepikan

.
Inti Kastard :
- 1 cawan santan kotak
- 1 cawan air suam
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1/4 cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- 1 penutup botol esen vanilla
- Sedikit pewarna kuning telur
- secubit garam
CARA MEMASAK :
.
Satukan santan dan air suam..campurkan esen vanilla & gula..kacau hingga larut
Masukkan telur & kacau sebati..kemudian masukkan juga tepung kastard..garam & pewarna kuning telur,kacau sebati & mesra
TTapis adunan & tuang ke dalam acuan lompang yang disapu sedikit minyak

.
PPastikan air kukusan betul-betul mendidih..kukus selama 10 – 12 minit atau hingga masak,api sederhana besar
kredit resepi; Zura Zul
FB: Resepi Harian Keluarga
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
4 Kuih Tempatan Dari Tepung Beras Kekal ‘Favourite’ Zaman Berzaman.

Bila disebut kuih tempatan pastilah kuih tradisional yang terbayang di ingatan. Ya, kuih tempatan ialah kuih yang menggunakan bahan tempatan yang mudah didapati di negara kita.
Kuih tempatan biasanya dihasilkan dengan menggunakan bahan asas seperti tepung beras, tepung pulut, tepung ubi kayu, gula melaka, santan dan sebagainya. Yang pastinya bahannya murah tapi dari segi rasa terjamin sedap. Sesuai dibuat sarapan dan minum petang.

Pemilik KUEH Kafe, Mohamad Ezwan Mohamad Zain sudi berkongsi keenakan kuih di kafenya ,seksyen 13, Shah Alam. Esok cuti kan jom kita cuba esok, .

1.PUTU PERAK

BAHAN-BAHAN :
- 4 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung pulut
- 1 cawan air
- 1 cawan gula halus atau kaster
- Kain kasa/ kain kapas lembap sebagai alas acuan masa mengukus
Bahan inti :
- Gula Melaka atau gula kabung secukupnya/diracik
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung beras dan tepung pulut.
2. Gaul rata. Tuang air dan ramas hingga nampak berketul.
3. Kisar kering hingga halus dan ayak.
4. Campurkan gula kedalam tepung yang diayak tadi.
5. Gaul hingga sebati, sementara itu panas air kukusan hingga mendidih
6. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan biar separuh sahaja.
7. Masukkan inti gula kabung/Melaka, kemudian tambah adunan di atasnya.
8. Alas kain lembap pada acuan dan kukus hingga masak.
INFO : Versi inti asal putu tradisional dari Perak ini adalah kelapa parut dan garam, tetapi ramai yang sudah mengubahsuai inti dengan gula kabung atau gula Melaka untuk rasa yang manis
2. KUIH LAPIS PELANGI

BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 8 cawan santan sederhana pekat (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu teh esen ros
Pewarna merah, hijau, putih, kuning biru, ungu , merah jambu cukupkan 7 (jumlah warna ikut suka,)
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian warna asal, dan 7 bahagian lagi masukkan pewarna yang berlainan.
3. Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar.
4. Masukkan satu senduk adunan putih dan kukus selama 5 minit hingga masak.
5. Lapiskan pula satu senduk adunan merah dan kukus lagi 5 minit.
6. Ulangi langkah 4 berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna hingga habis.
7. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dan kukus selama 25 minit. Balut penutup dengan tuala dapur agar air tidak menitik ke atas permukaan kuih.
8. Setelah masak, angkat biarkan sejuk, Bila sudah betul-betul sejuk barulah boleh dipotong menggunakan pisau plastik atau pisau potong kek.
INFO : Pastikan setiap lapisan yang dikukus itu membeku. Kadang-kadang lapisan yang tengah perlu dipanjangan sedikit masa kerana lapisan dah tebal. Sekiranya adunan tak membeku ia akan tercampur
dengan warna lain dan tidak cantik lapisannya.
3. KUIH TEPUNG PELITA ASLI

BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan hijau /bawah:
- 1/2 cawan tepung beras
- Secubit kapur makan
- 2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
- 1 sudu teh gula bagi setiap bekas
Bahan lapisan atas/santan :
- 1/2 cawan tepung beras
- 2 1/2 cawan santan
- Secubit garam
CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:
1. Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
2. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.
3. Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.
CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :
1.Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap.
2.Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.
INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.
4. KUIH TOPI

BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 cawan gula
- 2 cawan air
- Secubit garam
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
10. Kuih topi siap dihidangkan
INFO : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

