Sajian masakan Terengganu asli, bukan semua yang handal membuatnya. Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan. Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara, ia cukup terkenal dengan menu nasi dagang, pulut nyor/nyior, nasi kerabu, resipi asli keluarga pemiliknya yang berasal dari Terengganu

3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu, Air Tangan Nor Haini Mamat.

Buat pembaca RASA, Nor Haini Mamat sudi berkongsi 3 aneka resipi mudah dari negeri pantai timur ini.

 1. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU

3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu, Air Tangan Nor Haini Mamat.

 BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 kg udang
  • 1/2 kg santan pekat
  • Segelas air
  • 2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
  • 1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
  • 1 sm halia/ditumbuk
  • 1 sm lengkuas/ditumbuk
  • 1 sm kunyit hidup/ditumbuk
  • 4 sudu cili kisar
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Ambil periuk dan nyalakan api.
  2. Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
  3. Apabila mendidih masukkan udang.
  4. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
  5. Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.

INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.

Saiz hidangan : 4 orang

Cara memasak : Reneh

Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.

IKLAN

2. IKAN KEMBONG PERCIK

3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu, Air Tangan Nor Haini Mamat.

 BAHAN-BAHAN :

BAHAN DIKISAR :

  • 5 ekor ikan kembong sederhana
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR

  • 2.5 sm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang kecil
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh halba
  • 3 batang serai /diketuk
  • 2 sm lengkuas /dihiris nipis
  • 1/2 kg santan pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan panggang atau bakar hingga masak ke dua belah.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
  3.  Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan mereneh sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
  4. Bila ikan dah masak, curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan dan curahkan pula sebelah lagi kuah.
  5. Bila masak bolehlah diangkat ikan dan semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
  6. Ikan percik siap dihidangkan

INFO CHEF : Lebih sedap jika sambil bakar dijirus sedikit kuah di atas ikan. Langkah ini dilakukan jika dibakar atas bara.

Saiz hidangan : 8 orang

Cara memasak : Tumis dan panggang/bakar

Keistimewaan : Keenakan ikan panggang yang beraroma dan berperisa

3. SINGGANG DAGING

3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu, Air Tangan Nor Haini Mamat.

IKLAN

 BAHAN-BAHAN :

  • 300 gm daging
  • 2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
  • 2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
  • 5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
  • 1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
  • 1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
  • 4 keping asam gelugor
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
  2. Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.

INFO CHEF: Sajian singgang daging atau disebut juga daging singgang , tanpa tumis ini sesuai bagi mereka yang tidak gemar masakan berminyak.

Saiz hidangan : 3 orang

Cara memasak : Rebus dan reneh

Keistimewaan : Sajian tanpa santan dan tumis menjadikan ia pilihan menu lebih sihat 

RESIPI : NOR HAINI MAMAT

TERIMA KASIH : KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, 47100 Puchong, Selangor

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI