Jom buat Cucur Udang Geragau untuk kudapan keluarga. Sangat sedap ya! Bahan-bahan yang diperlukan sangat ringkas dan mudah didapati. Memang rugi kalau tidak dicuba. Menurut empunya resipi, saudari Har Ryea, cucur ini sangat sedap dimakan panas-panas bersama sos cili atau kuah lada. Wah…sepinggan tak cukup ni. Jomlah cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MEMASAK CUCUR UDANG GERAGAU YANG SANGAT SEDAP
1 biji lada merah – dihiris (bole guna cili padi, ikut kepedasan yang disukai)
Sedikit daun sup – dihiris
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam besen yang bersesuaian. 2.Gaul sebati dan pastikan semua bahan bercampur rata serta tiada gumpalan tepung. Gaul guna senduk sebab panas. 3. Biarkan adunan sejuk seketika. 4. Kemudian bolehlah jemput adunan dan bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang anda gemari. Untuk lebih mudah, basahkan sedikit tapak tangan dengan air semasa bulatkan doh bagi elak doh melekat.) 5. Panaskan minyak masak dan goreng bebola cucur tadi hingga garing dan berwarna keemasan. 6. Angkat, toskan minyak dan enak dinikmati bersama sos cili atau kuah lada. Makan panas-panas memang sedap.
Wow…Hanya dengan satu resipi doh serbaguna ni, anda boleh hasilkan pelbagai sajian yang sedap, mudah dan membuka selera anak-anak tanpa perlu bersusah payah menguli tepung berulang kali. Menerusi perkongsian saudari Naz Reen, beliau telah menunjukkan cara-cara menghasilkan doh yang boleh digunakan untuk menghasilkan Donat, Roti Pizza dan Roti Sosej yang sangat sedap. Berbaloi kan? Jimat masa dan tenaga. Nak tahu resipinya? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI DOH HOMEMADE UNTUK BUAT DONAT, ROTI PIZZA & ROTI SOSEJ
BAHAN A:
Satukan semua bahan di dalam jug dan kacau hingga larut. Biarkan sehingga yis berbuih/ kembang. Sementara tunggu kembang, sediakan bahan-bahan B.
BAHAN B:
Masukkan kedua-dua bahan ke dalam besen dan gaul sebati.
BAHAN C:
CARA MEMASAK: 1. Apabila yis sudah cukup kembang, masukkan ke dalam bekas mengandungi bahan B. Gaul sebati.
2. Tambah bahan C sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat di tangan dan sampai lembut. (empunya resipi uli selama 10 minit).
3. Tutup bekas dan biar doh hingga kembang. Masanya lebih kurang 20 minit. 4. Bila doh sudah kembang, tumbuk-tumbuk doh bagi membuang angin dan bolehlah bentuk doh mengikut resipi yang anda ingini sama ada ingin membuat donat, roti pizza, roti sosej atau lain-lain menu.
5. Biarkan doh kembang lagi selama 10-15 minit dan bolehlah goreng. (jika buat donat atau roti sosej)
6. Untuk roti pizza, bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota: 1. Pastikan guna cawan yang sama untuk sukat air dan tepung. 2. Untuk buat donat sejukbeku, goreng separuh masak. Bila sudah sejuk, boleh dibungkus dan simpan dalam peti sejukbeku.
Sekali sekala cuba kita sajikan kudapan dan snek barat untuk sarapan. Ni min kongsi makanan yang disebut makanan ‘street food’ atau makanan gerai, snek sedap dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Sajian berasaskan daging, tepung,mentega dan makanan laut ni memang mudah dimakan di mana jua. Pasti jadi ‘favourite’ ahli keluarga nanti.
1. ARANCINI WITH TOMATO SAUCE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan sos tomato, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bawang Holland, seleri, bawang putih dan lobak merah ke dalam periuk. Tumis sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan tomato puri bersama dengan air, kacau sebentar supaya ianya sebati. Biarkan ianya mendidih. 3. Setelah mendidih, perlahankan api, masukkan daun bay dan thyme kering. Biarkan ianya mendidih perlahan. Pastikan ianya tidak terlalu cair. 4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam mengikut citarasa. 5. Untuk membuat arancini, sediakan mangkuk bersaiz besar, masukkan nasi putih bersama-sama bawang merah kecil, daun bawang, bawang putih dan kismis. Perasakan dengan garam dan juga serbuk lada hitam. Gaul sehingga semuanya sebati. 6. Kepalkan dengan membuat bentuk bulat seperti saiz bola golf. Sediakan tiga mangkuk bersaiz sederhana, letakkan serbuk roti, telur yang telah dipecahkan dan dikacau dan juga tepung gandum. 7. Celupkan nasi tadi bermula dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Susun di atas loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan seketika selama 30 minit. 8. Panaskan minyak didalam kuali, gorengkan nasi yang bersalut tadi sehingga warnanya menjadi keperangan. Angkat dan toskan minyak. 9. Sajian sedia dihidangkan bersama-sama sos tomato.
Saiz hidangan: 2 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis masakan: Sajian Itali Cara memasak : Goreng Keistimewaan: Bebola nasi penuh perisa dam mengenyangkan
Info Chef :Sajian yang berasal dari negara Itali ini resepinya ini menggunakan lebihan nasi yang masih elok untuk menghasilkan masakan ini. Resipi kitar semula untuk mengelakkan pembaziran makanan
2. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk. 2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih. 3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam. 4. Gaul sehingga sebati. 5. Letakkan adunan di dalam beg piping. 6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F. 7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan. 8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula. 9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A) Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
3. PRETZELS
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK: 1. Suamkan susu dalam ketuhar mikro atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari) 2. Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit. 3. Masukkan mentega dan gula. 4. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus. 5. Uli dengan mixer dengan cangkuk dohk, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit. 6. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam. 7. Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar. 8. Panaskan oven dalam suhu 230 darjah celciusC. 9. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang. 10. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas. 11.Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper. 12. Renjis dengan garam kasar. 13. Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan. 14. Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
Saiz hidangan: 12 biji Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Berasal dari Itali , popular di German Keistimewaan:Sedap dihidangkan dengan sos cicah seperti sos karamel, coklat, serbuk kayu manis bergula dan krim keju bawang putih.
Info Chef : Anda juga meletakkan ‘topping’ seperti keju parmesan, serbuk kayu manis, coklat, butter scoth dan lain-lain
4. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)
BAHAN BAHAN
CARA MEMASAK : Cara masak inti quiche : 1. Cairkan mentega dalam kuali. 2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang, 3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika. 4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam. 5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api. Cara membuat acuan quice : 1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian. 2. Lalu disusun dalam acuan muffin 3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit 4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi. 5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven. 6. Sajian siap dihidang
5.VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK : 1. Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa. 2. Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan. 3. Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella. 4. Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum. 5. Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti. 6. Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan. 7. Boleh dihidangkan bersama keju krim.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suka makan Roti Goreng berbalut kulit popia macam yang biasa dijual di pasar malam? Sedap kan rasanya. Ringkas sahaja tapi membuka selera. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri roti ni di rumah untuk sajian keluarga, saudara Ahmad Salehuddin Amirwan ada kongsikan resipinya. Sukatan bahan-bahan boleh ubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat intinya, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu. 2. Bila sudah kekuningan, masukkan cincangan daging burger. Tumis sampai daging burger masak. 3. Ambil serbuk kari dan bancuh dengan air. Tuang ke dalam kuali berisi daging tadi. Kacau sebati. 4. Perasakan dengan garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Menurut empunya resipi, seeloknya bagi inti sedikit masin supaya rasanya lebih sedap kerana roti tu tawar. 5. Masak lagi hingga inti menjadi sempurna. Jika suka, boleh tambah ubi kentang yang dipotong dadu halus dan juga daun kari supaya lebih wangi. 6. Bila inti sudah kering dan sedikit pecah minyak, padamkan api dan ketepikan.
7. Ambil roti dan belah tepinya. Masukkan inti tadi dengan secukupnya. Boelh juga letak lebih supaya lebih sedap.
8. Tambah sos cili dalam inti tadi.
9. Bungkus roti menggunakan kulit popia.
10. Buat bancuhan tepung gandum dengan air suam. Rendam roti dalam bancuhan tepung tadi kemudian terus balut menggunakan kulit popia. 11. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng roti yang telah dibalut tadi hingga kekuningan. 12. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Kalau inti tu ada lebih, boleh tambah telur dan jadikan Roti John.