Untitled design (4)

Sambal Hitam adalah menu kebanggaan rakyat Pahang. Pelengkap hidangan yang simple tapi rasanya sangat sedap! Namun ramai yang kurang yakin nak buat kerana takut tak menjadi. Sebenarnya, mudah je nak buat sambal hitam ni. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Ain Nazirah Roslan ni. Sangat mudah!

 

SAMBAL HITAM PAHANG

BAHAN-BAHAN:

  • Minyak masak
  • Belimbing buluh yang sudah direbus – secukupnya
  • 1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan disukai)
  • 1/2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
  • 7 ulas bawang merah (5 ulas – ditumbuk, 2 ulas – dihiris nipis)
  • 5 ulas bawang putih (3 ulas -ditumbuk, 2 ulas – dihiris nipis)
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris nipis *jika perlu
  • Garam & gula secukup rasa

Resipi Sambal Hitam Pahang Yang Sedap, Pedas & Mudah Buat

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Kemudian tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

Resipi Sambal Hitam Pahang Yang Sedap, Pedas & Mudah Buat

Resipi Sambal Hitam Pahang Yang Sedap, Pedas & Mudah Buat

IKLAN

2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.

3. Kemudian masukkan bahan bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, belimbing buluh, cili padi dan ikan bilis) sekaligus. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga sambal hitam sedikit kering.

IKLAN

5. Jika suka, boleh masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga lembut/layu kemudian baru diangkat dan dinikmati.

Resipi Sambal Hitam Pahang Yang Sedap, Pedas & Mudah Buat

INFO: Sambal ini boleh tahan lama. Boleh makan dengan roti dan nasi panas.

 

Kredit resipi & foto: Ain Nazirah Roslan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI