
Sedapnya Creampuff. Inti kastard pula gebu bak aiskrim menjadikan manisan ini jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang ‘takut-takut’ nak cuba kerana fikir ia susah dihasilkan. Anda pula macam mana? Teringin nak cuba buat sendiri? Resipi perkongsian saudari Syaza Atieyra ni antara yang terbaik. Kenapa? Sebabnya, resipi creampuff ni tidak kecut dan elok hasilnya bila siap dibakar. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
CARA MEMBUAT CREAMPUFF COMEL YANG SEDAP & GEBU
BAHAN-BAHAN (dapat dalam 16 biji saiz comel)
- 200ml air
- 1 cawan tepung gandum – diayak – beli online disini
- 1/4 cawan mentega – beli online disini
- Esen vanilla – beli online disini
- Pewarna kuning – beli online disini
- 2 biji telur gred B
CARA MEMASAK:
1.Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian diikuti dengan mentega, beberapa titik esen vanilla dan pewarna kuning.
2.Biarkan mendidih beberapa minit dengan api kuat. Setelah itu, tutup api dan masukkan tepung gandum yang telah diayak.
3.Kacau sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tepi periuk. Sejukkan doh setengah jam.
4.Masukkan telur sebiji-sebiji ke dalam doh dan kacau guna senduk kayu/mixer sehingga menjadi adunan yang likat (choux pastry).
5. Masukkan adunan ke dalam acuan/nozzle dan paipkan ke dulang pembakar.
6. Bakar pada suhu 200c selama 25 minit menggunakan api bawah.
7.Turunkan suhu kepada 150c dan bakar guna api atas untuk 10 minit terakhir.
8. Setelah siap boleh masukkan inti kesukaan seperti cream kastard, cream cheese atau vanilla cream.
BAHAN INTI KASTARD
- 2 sudu makan tepung kastard – beli online disini
- 2 sudu makan gula – beli online disini
- 1 1/3 cawan susu segar/susu cair – beli online disini
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu teh mentega
CARA MEMASAK:
1.Satukan tepung kastard, gula dan susu. Kacau guna whisk sambil dimasak menggunakan api kecil hingga pekat.
2.Masukkan pula esen vanilla dan mentega. Kacau sebati dan biarkan sejuk.
3.Masukkan inti ke dalam piping bag dn paipkan ke dalam creampuff dengan secukupnya.
4.Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Syaza Atieyra
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah, Sedap & Sesuai Buat Niaga

Tidak lama lagi, umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa. Maka bermulalah pesta biskut raya. Terdapat pelbagai jenis biskut raya ada dijual di pasaran namun yang dihasilkan sendiri tentunya lebih bermakna. Bagi anda yang tercari-cari idea untuk kuih raya, ini seleksi aneka resipi biskut raya mudah dan paling popular yang wajib ada tahun ni. Anda boleh dicuba. Nak buat niaga pun sesuai.
1. BISKUT SEMPERIT
BAHAN-BAHAN:
- 185gm gula
- 375gm mentega
- 60gm tepung kastad | diayak
- 60gm tepung jagung | diayak
- 375gm tepun gandum | diayak
- 1 sudu makan esen vanilla
- 1 biji kuning telur
- Ceri merah secukupnya | dipotong kecil
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula hingga sebati.
- Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan memukul sehingga kembang.
- Masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
- Masukkan doh ke dalam acuan samprit dan terapkan diatas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipaskan pada suhu 150°C selama 10 minit.
- Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.
2. BISKUT MAKMUR
BAHAN-BAHAN:
- 160gm mentega
- 100gm minyak sapi
- 1 biji telur
- 80gm gula halus
- 400gm tepung naik sendiri
- 200gm gula ising | ditabur
BAHAN INTI:
- 150gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak & dikisar halus
- 60gm gula halus
- 30gm mentega
CARA MEMASAK:
- Untuk inti, campurkan kacang tanah bersama mentega dan gula halus. Gaul rata dan ketepikan.
- Campur mentega bersama minyak sapi dan gaul hingga sebati.
- Masukkan telur, tepung dan gula halus. Uli adunan tersebut sehingga rata.
- Ambil satu sudu teh adunan dan masukkan inti. Bentukkan menjadi bentuk bujur dan susun di atas dulang pembakar.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Angkat biskut dan salutkan dengan gula ising secukupnya.
3. BISKUT TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm mentega
- 350gm gula halus
- 250gm tepung gandum |diayak
- 250gm tepung jagung | diayak
- 125gm tepung kastad | diayak
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh esen vanilla
- Gula berwarna secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kuning telur yang telah dilecek. Pukul hingga rata.
- Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
- Canai doh tadi dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di dalam loyang yang telah disapu mentega.
- Sapukan telur di atas biskut dan susun hirisan badam dengan secukupnya.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
Info Chef: Pastikan disapukan sedikit kuning telur di atas kuih sebelum dibakar.
4. ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega | dibiarkan pada suhu bilik
- 450gm tepung gandum
- 2 sudu teh emplex
- 220gm gula ising
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 150gm badam | dibakar seketika di dalam ketuhar
BAHAN SALUTAN:
- 450gm coklat masakan
- 1/2 sudu makan lemak sayuran
- 3 sudu makan badam cincang | dibakar seketika
- Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.
- Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
- Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.
- Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.
- Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
- Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.
Info Chef: Coklat hendaklah dipotong kecil sebelum dicairkan. Selain teknik double-boil, boleh juga dicairkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
5. TAT NANAS TERATAI
BAHAN-BAHAN:
- 120gm mentega
- 120gm minyak sapi
- 450gm tepung gandum
- 1 biji telur gred B
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
- Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
- Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
Info chef: Biskut ini amat mudah disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih enak dimakan bersama jem nenas kerana ia memberikan rasa manis pada tat selain mempunyai tekstur yang rapuh apabila dikunyah.
6. BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 150gm tepung beras
- 1/2 biji santan kelapa
- 100gm tepung kacang hijau
- 120gm gula ising
- 2 biji telur
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.
- Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.
- Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.
- Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
- Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.
- Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
- Sedia untuk dinikmati.
7. BISKUT AISKRIM
BAHAN-BAHAN:
- 130gm mentega
- 60gm gula ising
- 160gm tepung gandum
- 30gm tepung jagung
- 20gm tepung ubi
- 1/4 sudu teh serbuk penaik
- 20gm serbuk badam
- Sedikit esen vanilla
- 1 biji kuning telur | untuk sapuan
- Sedikit coklat masakan | dicairkan
- Gula-gula manik | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
- Kemudian campurkan kesemua tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul sehingga menjadi doh.
- Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim.
- Susun kepingan doh yang telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
- Taburkan gula-gula manik berwarna dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
8. MAMA CAREY
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 125gm gula kastor
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 330gm tepung gandum | diayak
- 65gm tepung jagung | diayak
- 65gm susu tepung | diayak
BAHAN ISING:
- 1 biji putih telur
- 1 sudu makan tepung jagung
- 90gm gula ising
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula hingga sebati.
- Masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak lekat di tangan.
- Masukkan doh ke dalam plastik kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
- Keluarkan doh dan canaikan. Teraop doh menggunakan acuan pilihan anda.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk,
- Untuk menghasilkan isingnya, pukul putih telur sehingga kembang.
- Kemudian masukkan gula ising dan tepung jagung. Pukul lagi menggunakan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi likat.
- Masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan paipkan diatas biskut tadi. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
- Masukkan kembali biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150°C selama 10 minit.
9. BISKUT CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN:
- 125gm mentega
- 90gm gula kastor
- 1 biji telur
- 80gm kismis hitam
- 125gm tepung naik sendiri | diayak
- 375gm cornflakes | diramas kasar
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega bersama gula hingga rata.
- Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
- Dalam bekas berlainan, campurkan tepung dan kismis. Kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.
- Dengan menggunakan sudu the, ceduk adunan menjadi ketulan kecildan salutkan dengan cornflakes yang telah diramas kasar. Letakkan diatas dulang pembakar.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar biskut selama 12-15 minit atau sehingga biskut menjadi kuning keemasan.
- Biarkan sejuk seketika dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
10. BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
- 185gm tepung gandum | diayak
- 60gm tepung gandum | diayak
- 140gm gula halus
- 125gm kacang tumbuk
- 1 sudu teh esen vanilla
- Minyak Mazola secukupnya
BAHAN HIASAN:
- Kacang tumbuk kasar secukupnya
- Kuning telur untuk sapuan
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi dohyang boleh dikepal.
- Ambil doh yang siap diuli tadi dan bentukkan menjadi bentuk bulat.
- Letakkan doh diatas dulang pembakar dan sapukan kuning telur di bahagian atasnya. Taburkan juga kacang tumbuk dengan secukupnya.
- Bakar biskut tadi selama 20 minit pada suhu 180°C.
- Angkat dan sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Untuk menyediakan kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sehingga halus.
11. BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan mentega
- 1/2 cawan gula halus
- 2 biji kuning telur
- Sedikit esen vanilla
- 1 sudu kecil pewarna kuning
- 1 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 cawan tepung jagung
- 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sk baking powder diayak)
CARA MEMASAK:
1. Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer.
3. Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata.
4. Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan.
5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut.
6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna.
7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C.
Kredit resipi & foto: Reen Khan Shariff
12. BISKUT NESTUM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 100gm gula halus @ kastor
- 100gm tepung jagung
- 1 biji kuning telur gred A
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 sudu teh air sejuk dlm peti ais
- Tepung gandum cap ros secukupnya – bergantung pada kondisi doh
- 80gm nestum
- 1 biji telur ayam + sedikit pewarna kuning telur (untuk sapuan)
- Nestum untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati @ nampak warna kuning keputihan.
2. Masukkan tepung jagung, nestum yang dah diramas sikit dan tepung rose. Tepung rose dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan.
3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
NOTA: Panaskan oven dulu degan suhu 170 selama 20 minit kemudian semasa membakar turunkan suhu pada 160C.
Kredit resipi & foto: Hizar Harmiza Hashim
13. TAT NANAS KEJU
BAHAN KULIT:
- 150gm mentega tanpa garam
- 50gm marjerin
- 50gm gula aising
- 1/4 sudu teh garam
- 2 biji kuning telur
- 225gm tepung paling halus/superfine
- 35gm tepung jagung
- 25gm tepung susu
- 50gm keju cheddar-diparut halus
BAHAN UNTUK EGG WASH:(GAUL RATA)
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh susu cair
BAHAN UNTUK TABUR:
- 50gm keju cheddar-disagat
BAHAN INTI NENAS:
- 450gm nanas – parut
- 125gm gula pasir
- 1/8 sudu teh garam
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3cm kulit kayu manis
- 25gm keju cheddar-diparut
- 1 sudu teh jus lemon
CARA MEMASAK:
1. Inti: Masak nanas sampai air meresap. Masukkan gula pasir, garam, cengkih dan kayu manis.
Masak lagi sambil dikacau hingga kering.Tambahkan keju parut dan jus lemon.Gaul rata.
Dinginkan.Bentuk bulat-bulat kecil.
2. Kulit: Pukul mentega, marjerin, gula aising selama 30 saat. Masukkan kuning telur. Pukul rata.
3. Tambahkan tepung paling halus, tepung jagung dan tepung susu sambil digaul rata.Tambahkan keju parut.Gaul rata.
4. Ambil adunan kulit sebesar hujung ibu jari. Bulatkan, leperkan. Letak inti nanas.Bulatkan kembali.
5. Letakkan di atas loyang yang sudah digris dengan marjerin atau alas dengan baking
paper.
6. Bakar tat pada suhu 150’C guna api bawah selama 25 minit sampai setengah masak.
7. Keluarkan tat dari oven. Biarkan suam. Oles dengan kuning telur dan tabur keju parut.
8. Bakar kembali tat pada suhu 150’C selama 20 minit sampai masak.
Kredit resipi & foto: Noraziah Yazid Nor Cookies
14. CORNFLAKES MADU
BAHAN-BAHAN:
- 1 ketul buttercup
- 1 cawan gula perang
- 500gm cornflakes
- 10 sudu makan madu
CARA MEMASAK:
1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api.
2. Masukkan madu. Kacau hingga rata.
3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu.
4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas.
5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
6. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norasiah Samsudin
15. CORNFLAKES COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 200gm bijirin cornflakes
- 150gm bubble rice
- 1 bar coklat masakan
CARA MEMASAK:
- Sangai coco crunch dan ‘bubble rice’ secara berasingan. Biarkan seketika.
- Panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
- Masukkan semua bijiran di dalam coklat yang telah dicairkan dan gaulkan rata.
- Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan sehingga sejuk.
16. SEMPERIT SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 1/2 cawan susu pekat manis
- Pewarna kesukaan secukupnya
- 2 sudu makan ( menggunung) tepung kastard
- 4 1/4 cawan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas dan kacau menggunakan senduk.
2. Kemudian masukkan tepung kastard. Kacau lagi hingga rata.
3. Seterusnya masukkan tepung jagung. Uli hingga sebati. Adunan mestilah agak lembut. Jika keras, tambah mentega secukupnya.
4. Terap adunan dan biarkan 20 minit sebelum dibakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak, Guna api atas dan bawah.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
17. TAT NANAS GULUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan mentega
- 2 sudu makan minyak sapi
- 30gm gula icing
- 3 cawan tepung gandum – diayak. Jumlah boleh tambah kalau doh lembik
- 2 sudu makan tepung kastard
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu sudu makan tepung ubi kayu
- 1 sudu teh essen vanila
- 1 biji kuning telur
- Pewarna kuning lemon
HIASAN:
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu makan susu manis
- Pewarna kuning lemon
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla. Sebatikan.
2. Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
4. Kemudian terap doh dengan acuan yang disukai. Biarkan doh selama 1 jam baru sapu kuning telur.
5. Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: JJ Pau Mawar
18. BISKUT BADAM SALJI
BAHAN A:
- 250gm mentega
- 150gm gula kastor
- 1 sudu teh esen vanilla
- 50gm sebuk badam
BAHAN B:
- 350gm tepung red rose
- 50gm tepung kastard
- 50gm tepung susu
- 40gm tepung jagung
- Sedikit coklat masakan dan serbuk roti |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul kesemua bahan A hingga berkrim dan gebu.
- Masukkan bahan B dan kacau hingga menjadi doh.
- Kemudian canai dan bentukkan adunan menjadi bulat.
- Bakar pada suhu 150°c selama 30 minit.
- Sejukkan biskut dan celupkan ke dalam coklat masakan yang telah di cairkan.
- Akhir sekali, golekkan ke dalam serbuk roti dan biarkan sejuk.
19. ALMOND ROCHER
BAHAN-BAHAN:
- 250gm coklat susu compound
- 50gm pes kacang hazel
- Badam jejari secukupnya |dipanggang
CARA MEMASAK:
- Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
- Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan. Kacau sebati.
- Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk.
Info Chef: Pastikan hirisan badam dipanggang terlebih dahulu hingga masak dan rangup kemudian barulah di tuangkan ke dalam coklat masakan.
20. BISKUT CHOC CHIPS CORNFLAKES
BAHAN A:
- 200gm mentega
- 50gm shortening
- 80gm gula aising
- Secubit garam
(Pukul semua bahan 2-3 minit)
BAHAN B:
- 175gm tepung naik sendiri
- 150gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh serbuk koko
(Satukan semua bahan B)
BAHAN C:
- 50gm cornflakes ( ramas kasar)
- 50gm almond nibs ( goreng tanpa minyak sekejap..pastu biarkan sejuk)
- 80gm coklat chips
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah dipukul tadi.Gaul rata guna senduk.
- Masukkan semua bahan C.Gaul rata. (adunan memang lembik).
- Dengan menggunakan sudu plastik, sudukan adunan sebesar duit syiling 20sen ke dalam tray.
- Hias dengan coklat chip dan almond flakes (badam hiris).
- Bakar selama 20-25minit (hingga masak) pada suhu 180C menggunakan api atas dan bawah.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Step-By-Step Cara Bentukkan Vadai, Dah Sejuk Pun Masih Lembut

Kuih vadai agak sukar ditemui, melainkan jika kita ke restoran mamak. Itupun, adakala tiada juga. Jadi, kalau memang gemar dan teringin, boleh saja cuba buat sendiri. Bahan utama, kacang ulunthu.
Menurut Nur Masri yang sudi berkongsi cara penyediaan kuih vadai ini, bahannya mudah saja tetapi cara membuatnya yang sedikit mencabar. Untuk menjadikan bentuknya seperti donut dengan adunannya yang melekat dan lembik memerlukan sedikit kemahiran.
Kuih vadai ini sedap dimakan ketika masih panas. Rangup di luar dan lembut di dalam. Namun, ketika sejuk pun masih lembut lagi. Jika buat banyak, boleh di sejuk bekukan dan panaskan menggunakan air fryer sahaja. Jom kita cuba buat.
KUIH VADAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan /250g kacang ulunthu – Boleh beli online di sini
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar tepung beras – Boleh beli online di sini
1 sudu teh baking soda
1 biji bawang merah
2 biji cili hijau
2 biji cili kering – Boleh beli online di sini
Daun kari
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Basuh dan rendam kacang ulunthu semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam. (Jika nak masak pagi, boleh rendam waktu malam. Nak masak petang, rendam waktu pagi.)
Toskan air dan kisar kacang ulunthu dengan sedikit air sehingga halus. (Jangan letak banyak air kerana nanti akan susah untuk dibentukkan.)
Apabila kacang ulunthu menjadi halus, masukkan jintan manis dan kisar sekejap.
Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk.
Masukkan pula tepung beras dan baking soda.
Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara itu, bolehlah potong bawang merah, cili dan daun kari kecil-kecil.
Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.
Gunakan daun pisang atau sarung tangan plastik untuk membentuk vadai menjadi bentuk donut.
Jika adunan cair, boleh tambahkan tepung beras.
Celup tangan dalam air. Ambil sedikit adunan dan letak membulat di atas tapak tangan atau daun pisang.
Celup jari telunjuk ke dalam air dan buatkan lubang di tengah adunan.
Terbalikkan adunan tadi di atas jari tangan kanan.
Masukkan adunan ke dalam kuali perlahan-lahan.
Tunggu sehingga vadai timbul dan keperangan, baru terbalikkan. Jika terbalikkan semasa masih lembut, bentuknya akan rosak.
Goreng hingga keperangan dengan api sederhana. Jika api besar, ulunthu akan rasa mentah dan bahagian dalam belum masak sepenuhnya.
Boleh angkat dan toskan.
Sedap dinikmati dengan chutney kelapa.
Selamat mencuba.
Kredit: Nur Masri
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Bihun Sup Utara, Istimewanya Ada Pada Sambal Merah Dan Bihun Kuning
Bulat-Bulat Comel Bebola Cucur, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Segarkan Tekak Dengan Air Tembikai Lemon Laici, Tambah Ketulan Ais!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resepi Mudah Roti Capati Menggunakan Sukatan Cawan

Bagi anda yang tercari-cari resipi untuk hidangan sarapan yang mudah, sedap dan sihat, resipi capati ini pastinya sesuai buat anda. Cara penyediaannya tidak renyah malah bahan-bahannya juga mudah didapati. Jom lihat cara-cara penyediaannya.
CAPATI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung atta
- 1 cawan tepung gandum
- Secubit garam
- 2 sudu makan minyak jagung
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung atta, tepung gandum dan garam ke dalam bekas. Gaul rata.
- Masukkan minyak dan gaul lagi hingga sebati.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.
- Bulat-bulatkan doh menjadi lima atau enam biji.
- Leperkan doh menggunakan pencanai dan masak diatas kuali leper.
- Setelah masak, angkat dan nikmati segera.


Info chef:
1. Minyak jagung boleh juga digantikan dengan minyak masak, mentega atau marjerin cair.
2. Bila dicanai, pastikan doh tidak terlalu nipis. Kalau terlalu nipis, bila dimasak capati jadi garing dan keras.
Kredit resipi & gambar: BW ( Buat Wanita) – http://buatwanita.blogspot.my/2015/12/resepi-mudah-roti-chapati-capati.html