Singgang ikan, dapat makan dengan nasi panas pun dah cukup nikmat. Tapi, untuk singgang ikan pantai Timur, ada satu bahan tambahan rahsia penyedap rasa.
Sebenarnya, ada pelbagai stail dalam resipi penghasilan singgang ini daripada pelbagai negeri. Ada yang letak halia, ada yang letak budu, ada yang tak letak lengkuas, ada yang tak letak kunyit.
Cuma, perkongsian resipi kali ini oleh Noor Hidayah Hanapi ada membuat sedikit olahan hasil gabungan pelbagai cara masakan daripada teman-teman di media sosial. Maka, inilah hasil resipi gabungannya dalam membuat singgang ikan pantai Timur.
BAHAN-BAHAN:
Ikan kayu / tongkol / aye (kesemua ini adalah nama ikan yang sama)
Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air. Didihkan.
Masukkan pula ikan kayu atau ikan tongkol ke dalam periuk. Ramai yang gemar menggunakan ikan jenis ini kerana isinya pejal, tak mudah hancur walau dimasak lama.
Masukkan juga pes kunyit hidup. Kalau rajin, boleh tumbuk kunyit hidup.
Masukkan satu atau dua sudu budu yang disukai oleh orang pantai Timur. Inilah rahsia penyedap singgang ikan pantai Timur. “Baru rasa sedap sengoti,” bak kata orang Kelantan.
Sesetengah orang tak masukkan sayur, tapi boleh juga dimasukkan sayur bendi.
Ads
Kata Hafizah, tips yang diperoleh daripada kebanyakan orang yang berkongsi resipi, nak bagi kuah singgang ini sedap, kena masak lebih lama. Bagi kuahnya kering sedikit. Barulah meresap rasa bawang, lengkuas, asam, dan budu dalam ikan tu.
Dah siap! Sedap hirup kuah ni panas-panas.
Disebabkan Hidayah kelahiran negeri Perak, maka digabungkan singgang ikan ini dengan budu dan sambal petai tempoyak. Memang padu habis!
Sardin dalam tin selalunya kita masak sambal, digoreng atau dijadikan kari. Tapi selepas ini boleh tambah satu lagi menu sardin, boleh cuba buat sardin masak kicap pedas pula. Bagi yang tak pernah cuba dengan atau mahu merasainya boleh masak ikut resipi ini
Cara buat sardin masak kicap pedas
Bahan-bahan
1 tin sardin
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap pekat manis Jalen
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos seafood
4 tangkai cili api
Gula/Garam
1 biji ubi kentang -dipotong
Cara memasak
1. Goreng dulu ubi kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang hingga naik bau dan layu, kemudian masukkan cili kering kisar serta sos dalam tin sardin sedikit dalam 2-3 sudu besar. Tumis hinga pecah minyak dengan api sederhana
3. Kemudian masukkan kicap pekat manis, sos seafood dan tambah sedikit air (ikut kuantiti kuah yang diingini).
4. Akhirnya ssekali baru masukkan sardin, ubi kentang & cili api. Perasakan dengan gula garam. Masak sekejap kemudian tutup api, siap!
Jom kita hidangkan sajian kari untuk hari ini. Lupakan daging dan ayam dan cuba pulak ikan, sotong dan udang. Ia lebih mudah disediakan dan cepat dimasak. Kalau nak cuba, berikut lima jenis kari yang Rasa kongsikan untuk anda.
KARI TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
1kg telur ikan | dibersihkan dan tos
500ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 paket rempah kari ikan
1 makan pes cili kering
1sudu makan pes asam jawa
1 tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
1 sudu makan halba campur
2 biji cili hijau | belah dua
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan hirisan bersama halba campur hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau rata.
Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari, kacau lagi dan masukkan air asam jawa dan susu rendah lemak.
Selepas mendidih lebih kurang 3-4 minit, masukkan telur ikan yang telah dibersihkan tadi.
Apabila telur ikan sudah masak, masukkan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan cili hijau dan biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan.
KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong | saiz XL
400ml susu rendah lemak
2 sudu makan rempah kari
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
2 biji tomato | belah empat
1/2 batang lobak merah | dihiris memanjang 3cm
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
1 batang serai
1sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 biji buah keras
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong kemudian masukkan kepala ke dalam badan sotong. Ketepikan.
Didihkan air dalam periuk dan celur sotong lebih kurang dua minit. Angkat dan toskkan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
Apabila kuah mereneh, masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
Selepas lima minit masukkan hirisan lobak merah diikuti tomato.
Seketika kemudian angkat dan hidangkan.
KARI IKAN PATIN BERYOGURT
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
250ml susu rendah lemak
150gm yogurt
1 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
1 biji tomato | belah empat
1 biji terung bulat | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN HIRIS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4cm halia muda
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan patin dan toskan.
Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
KARI IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin saiz besar
250 ml santan kotak
Sedikit air | jika perlu
2 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan pes air asam
1 sudu makan pes cili kering
1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkainya
1 biji cili merah | dibelah dua
1 biji cili hijau | dibelah dua
1 biji tomato | dibelah empat
1 biji bawang besar | dibelah empat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
5 biji bawang merah | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
4cm halia | dihiris halus memanjang
1batang serai | dititik
CARA MEMASAK:
Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan hirisan, serai daun kari hingga wangi.
Masukkan pes cili, diikuti dengan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ikan sardin diikuti pula santan dan air asam jawa.
Biarkan kuah mereneh lebih kurang lima minit.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali sebelum angkat masukkan bawang besar, cili hijau, merah dan tomato.
KARI UDANG BERSAMA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
1kg udang | saiz XL
400ml susu rendah lemak
3 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
2 biji tomato | belah empat
4 batang kacang panjang | dipotong 4cm
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
1 batang serai
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang kemudian tos. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
Apabila kuah mereneh, masukkan udang, garam dan gula secukup rasa.
Jika anda ada ikan tenggiri di rumah, cubalah buat Tenggiri Bakar Serunding Kelapa Berkeju ni. Gabungan serunding kelapa yang pedas serta kepingan keju sebagai ‘topping’ di atas ikan tenggiri memang cukup rasa. Selain dimakan dengan nasi, hidangan ini juga boleh dimakan begitu saja. Jangan lupa gunakan Anchor Cheese Slice kerana rasa keju yang enak dan berkrim ini tentunya membuat hidangan anda bertambah lazat.
TENGGIRI BAKAR SERUNDING KELAPA BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping Anchor Cheese Slice
2 keping ikan tenggiri
1 cawan serunding kelapa
1 helai daun kunyit – hiris halus
2 helai daun limau purut – hiris halus
2 biji cili merah – hiris
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan sedikit garam dan lada sulah.
Susun ikan tenggiri dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega Anchor.
Sudukan serunding kelapa secukupnya ke atas ikan tenggiri.
Tabur hirisan daun kunyit, daun limau purut dan hirisan cili merah.
Bakar ikan tenggiri dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 10- 15 minit.
Keluarkan dulang pembakar, ikan tenggiri. Masukkan semula dulang pembakar ke dalam ketuhar lalu bakar lagi selama 3-4 minit. Hidangkan panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...