Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak cukup makan sebiji. Sekali rasa pasti nak lagi.
Cara buat cucur badak montok
Bahan-bahan doh
500g keledek (kukus)
125g tepung self-raising
Sedikit butter atau majerin (5g)
Sedikit garam halus
Bahan-bahan inti kelapa pedas
2 biji kelapa parut putih
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
1 sudu besar jintan manis (goreng tanpa minyak)
Segenggam udang kering
15 ekor udang segar (goreng sebentar dan tumbuk)
15 tangkai cili kering (buang biji, cuci, dan rebus)
Ads
Cara membuat
1. Sediakan inti terlebih dahulu, kisar semua bahan kecuali kelapa parut dan udang yang ditumbuk.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan blender bersama udang yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Tambahkan sedikit air asam jawa, garam, gula, dan sedikit Maggi Cukup Rasa. Kacau sebati.
4. Masukkan kelapa parut dan masak hingga sedikit kering. Ketepikan
5. Kukus keledek hingga empuk. Semasa panas, lenyekkan keledek bersama garam.
6. Biarkan keledek sejuk terlebih dahulu sebelum mencampurkan tepung. Uli doh hingga sebati.
Ads
7. Timbangkan doh sekitar 30-40 gram dan bentuk bulat. Letakkan inti di tengah dan kemaskan. Sapukan sedikit minyak pada tangan jika doh melekat.
8. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan. Pastikan cucur badak digoreng balik-balik supaya ia montok dan bulat sempurna.
TIP
-Untuk frozen, goreng sebentar dengan api sederhana hingga separuh masak, kemudian sejukkan di atas tuala dapur dan simpan dalam bekas kedap udara.
Ads
-Jika ingin membuat lebih banyak, gandakan sahaja resipi doh.
Sesekali tekak pasti nak mencuba sesuatu yang lain. Apa kata cuba buat lempeng berinti yang mempunyai rasa auntetik dari Cambodia. Boleh cuba untuk minum petang nanti.
BENG CHIAU CHAMPA
BAHAN-BAHAN KULIT
1 bungkus tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 kotak santan kecil
Sedikit kunyit (boleh tambah jika suka lebih kuning)
Sedikit garam
Daun bawang (boleh letak atau tidak )
CARA MENYEDIAKAN
Masukkan air dan gaulkan ke semua bahan diatas.
BAHAN-BAHAN INTI
1000gm daging kisar
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Secubit garam
CARA-CARA MEMASAK
Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan daging kisar dan tumis daging kisar seketika.
Bila daging kisar sudah kecut masukkan bawang besar yang dihiris.
BAHAN PENCICAH
Bawang putih
Cili padi
Daun Bawang
Bawang Merah
Masukkan kicap sotong
Cuka (boleh gantikan dengan asam limau)
Gula
CARA MENYEDIAKAN
Tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat.
Hiris daun bawang dan bawang merah. Campurkan dengan bahan yang ditumbuk.
Tambah sedikit air panas dan gula serta cuka.
BAHAN HIASAN:
Kacang Tanah
Daun salad
Timun
CARA MENYEDIAKAN
Goreng kacang tanah, tumbuk dan masukkan sekali diatas.
Inovasi menjadikan Putu Bambo atau Putu Piring dipelbagaikan cara penyediaan. Antaranya guna daun pisang menggantikan selinder buluh. Anda hanya perlu bentukkan daun pisang seperti selinder kemudian masukkan je adunan tepung beras ke dalamnya dan kukus seperti biasa. Bentuk lebih kurang dan rasa tetap sedap.
PUTU DAUN PISANG BAHAN-BAHAN: 26 sudu makan tepung beras 6 sudu makan tepung pulut 140 air | blender dengan 5 helai daun pandan. 1/2 sudu teh garam Gula Melaka secukupnya | dihiris BAHAN TABURAN: Kelapa parut (putih sahaja) gaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap.
CARA MEMBUAT:
Dalam bekascampur tepung beras, tepung pulut, garam, air pandan sedikit demi sedikit sambil diadun rata.
Terus adu hingga adunan menjadi butiran halus.
Daun pisang dirollkan dan letak dalam gelas.
Masukkan 1 sudu makan tepung dalam daun pisang, lapiskan dengan gula Melaka dan akhir sekali masukkan 1 sudu makan lagi adunan tepung beras tadi.
Panaskan pengukus dan kukus selama lebih kurang 20 minit.
Angkat dan buka daun pisang dalam bekas berisi kelapa parut.
Susun dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan lebihkan kelapa parut.
Lebihan nasi semalam selain enak dibuat nasi goreng, ia juga sedap dibuat Apam @ Apom Nasi yang gebu dan sedap. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Andai dimakan bersama kelapa parut, waduh…enaknya. Ada peminat Apom Nasi gebu ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari EiJa Aurora. Pasti puas hati.
RESIPI APAM NASI MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 cawan nasi 1 1/2 cawan air 2 cawan tepung beras – beli online disini 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini 1/2 cawan gula – boleh tambah jika suka 3 sudu kecil mauripan – beli online disini 1 – 2 sudu kecil minyak masak Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Kisar nasi bersama 1 cawan air terlebih dahulu. Ini kerana jika kisar nasi bersama semua air, nasi akan jadi tidak berapa hancur halus. Bila tekstur nasi sudah agak hancur, tambah lebihan air dan kisar sekali lagi. 2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi tepung, gula dan mauripan. Gaul dan sebatikan adunan. Jika nak adun guna blender sekali lagi pun boleh. 3. Perap adunan selama 1/2 jam lebih atau sampai adunan naik. Kacau semula adunan dan boleh diwarnakan mengikut cita rasa masing-masing. 4. Untuk memasak Apam Nasi, tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak hingga memenuhi 3/4 atau hingga penuh acuan.
5. Kukus Apam selama 15 – 20 minit. Siap.
6. Hidangkan Apam Nasi bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus seketika.