Penggemar keropok bawang putih, kini dah boleh buat sendiri di rumah. Rupa-rupanya tak sesukar mana pun untuk menghasilkannya. Bahannya berasaskan nasi dan bawang putih.
Teruja juga saat melihat cara-cara untuk menghasilkan keropok bawang putih yang menjadi kegemaran ramai ini. Kali ini, Siti Nur Sumayyah berkongsikan resipi cara untuk membuat sendiri keropok ini yang dipanggil keropok bawang.
Campurkan nasi dan bawang putih, dan tambahkan sedikit sahaja air. Kemudian, kisarkan semua sekali sehingga lumat seperti makanan bayi.
Selepas lumat, masukkan ke dalam kuali. Buka api perlahan sahaja. Tak perlu guna minyak, masukkan saja terus ke dalam kuali. Kemudian, panaskannya bagi suam sahaja. Jangan lama, bimbang hangit pula.
Selepas diangkat, letakkan ke dalam bekas yang berisi tepung ubi tadi. Kacau hingga jadi doh, sehingga tak melekat di tangan. Baru boleh buat jadi keropok.
Jika melekat, bolehlah tambah sedikit tepung asalkan tidak melekat. Jika melekat, sukar untuk diuli untuk dijadikan keropok.
Dah siap, uli bagi jadi memanjang. Selepas siap menguli, masukkan ke dalam kuali. Pastikan ketika hendak memasukkan, air di dalam kuali dah betul-betul panas, baru masukkan keropok. Jika tidak, keropok tak menjadi.
Selepas dimasukkan ke dalam kuali, masak sampai timbul baru angkat. Ingat ye. Sampai betul-betul timbul, baru angkat. Jika tidak, keropok tak menjadi.
Selepas diangkat siap semua, boleh masukkan warna kesukaan. (Saya guna pencelup ros dan pandan sahaja. Bagi jadi warna-warni, meriah sikit.)
Kemudian, sejukkan seketika dalam 5 hingga 10 minit dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais semalaman. Simpan di dalam tempat biasa saja. Jangan simpan di tempat beku pula, nanti keras macam batu.
Jangan terus dipotong selepas siap dimasak, nanti keropok tak menjadi. Perlu simpan dalam peti ais semalaman baru menjadi. Senang nanti nak potong keropok sebab keras elok.
Esoknya, dah keras elok dan dah dipotong, bolehlah dijemur sampai betul-betul kering, elok cantik baru boleh digoreng.
Ni snek tradisional yang min cukup suka makan sejak zaman kanak-kanak lagi. Kalau kita berjalan-jalan ke Melaka banyak dijual digerai-gerai tepi jalan. Ada juga yang memanggilnya Rengginang atau Ginang.
Foto :bahuluberintinaz.blogspot.com
Bahan asasnya beras pulut campur air, garam pewarna (jika suka) dan campurkan sedikit kapur yang sudah dicampurkan dengan sedikit air (kacau larut). Bahan-bahan murah aje tapi buatnya agak renyah juga, tetapi berbaloi-baloi usahanya, krap…krup..perrghh sedap kudapan ni..
INANG-INANG
Foto : deskgram.net
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras pulut
Lebih kurang 6 cawan air / separa dgn pulut
Garam secukup rasa
Pewarna kuning, hijau dan merah | biru pun boleh
Sedikit kapur yg dicampur dengan sedikit air
Cara menyediakan dan memasak:
Rendam pulut dengan air, kira-kira satu jam. Basuh pulut dan toskan air. Masukkan dlm loyang, letak air paras pulut jer. Gaul dgn sedikit garam. Kukus hingga pulut masak.
Bahagikan pulut kepada 3 bahagian. Setiap bahagian titiskan dengan pewarna. Jangan banyak sikit jer. Gaul pulut ngan pewarna tu biar sekata.
Letak pulut atas dulang atau loyang besar. Tekan pulut dan ratakan nipis-nipis.
Sebelum tu basahkan sikit tangan dengan air air kapur. Terap pulut bulat-bulat. Susun dalam dulang dan jemur sampai betul-betul kering.
Foto : westernfood.yolesite.com
5. Kalau cuaca panas, jemur 2 hari okay dah.
6. Bolehlah digoreng buat makan sambil menonton tv.
Nota : Goreng dengan minyak penuh dengan nyalaan api sederhana biar kembang rata. Bila minyak dah panas sungguh boleh aje goreng dengan api kecil.
Snek raya untuk tetamu dan sanak saudara yang yang datang berkunjung, sambil berborak boleh kunyah kudapan ni gerenti susah nak berhenti. Anak-anak yang suka sangat beli jajan tak berkhasiat dan bagi ibu bapa yang mementingkan kesihatan untk anak-anak, bahkan untuk diri sendiri juga, apa kata cuba snek homemade ni hanya menggunakan laksa untuk digantikan dengan jajan yang tak berkhasiat tu…
Anak-anak penggemar Twisties?, tak perlu risau lagi hanya dengan 1 bungkus laksa boleh dapat 2 balang, puas anak dan ayah makan sambil tengok tv..
Bahan-bahan:
Laksa beras yang telah dikeringkan.
Boleh beli laksa kat kedai, buat sendiri kemudian keringkan laksa tu, jemur sampai kering.
Atau.
Beli laksa segera kat kedai. Boleh terus goreng.
Goreng sampai garing.
Tips mengoreng.
Guna api sederhana.
Goreng macam kita goreng ikan bilis, dah tak ada letup kecil dan minyak cam senyap dalam kuali tu tanda dah masak.
Dah masak, ikut kreativiti masing-masing. Ada orang suka makan kosong macam tu saja. Rasa lemak lemak gitu. No sugar added. Kami kurangkan gula semaksima mungkin.
Yang kosong macam ni pun jadi gula juga bila makan.
Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan kudapan tradisi. Kerepek Bawang, Kuih Siput dan Putu Kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.
1. KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH BAWANG:
500gm tepung gandum
100gm bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
3 sudu makan pes cili kering
125ml air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DOH MARJERIN:
500gm tepung gandum
180gm marjerin
1/2 sudu teh garam halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.
Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi.
ahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis.
Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.
2. KUIH GUNTING
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
2 sudu makan serbuk kari
50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
250ml air
125ml minyak masak | dipanaskan
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika.
Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata.
Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika.
Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan.
Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.
3. KUIH SIPUT
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250ml minyak masak
180ml air
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata.
Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit.
Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang.
Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput.
Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.
4. POPIA SIMPUL
BAHAN POPIA:
Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SERUNDING IKAN:
1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
500ml santan
20 tangkai cili kering | dikisar
20 ulas bawang merah | dikisar
10 ulas bawang putih | dikisar
7 batang serai | dikisar
5cm halia | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
120ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering.
Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian.
Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati.
Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.