Hari Raya tak sah kalau tak ada rendang. Setiap negeri ada resipi rendang masing-masing. Salah satunya, rendang cili api Negeri Sembilan. Tak sah kalau tak pedas!

Ikuti perkongsian resipi daripada Fazniza Razali dalam membuat Rendang Ayam Cili Api. “Memang pedas, barulah nogori”, katanya. Penggemar rendang pedas, wajib buat ni.

BAHAN-BAHAN:

2 biji bawang besar Boleh beli online di sini

6 ulas bawang putih Boleh beli online di sini

Halia (seperti di dalam gambar) Boleh beli online di sini

35 – 40 tangkai cili akar/ cili api (jika nak pedas, boleh tambah lagi) Boleh beli online di sini

4 batang serai – Boleh beli online di sini

*Kisar semua bahan di atas.

Rendang Ayam Cili Api, Buat Pedas-Pedas Barulah Nogori

Rendang Ayam Cili Api, Buat Pedas-Pedas Barulah Nogori

Rendang Ayam Cili Api, Buat Pedas-Pedas Barulah Nogori

IKLAN

1 ekor ayam

½ kg santan

5 – 6 sudu besar kerisik Boleh beli online di sini

2 sudu kecil serbuk kunyit Boleh beli online di sini

3 batang serai (diketuk)

Minyak (untuk menumis)

Daun kunyit

Rendang Ayam Cili Api, Buat Pedas-Pedas Barulah Nogori

IKLAN

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.

Kemudian, siat-siatkan daun kunyit dan masukkan serai yang diketuk.

Tumis hingga naik bau dan masukkan serbuk kunyit.

Kemudian, masukkan pula ayam dan gaul rata.

Biarkan dalam 10 minit. Kemudian, baru masukkan santan, kerisik, garam serbuk perasa dan gula.

Perlu sentiasa kacau waktu kuah rendang hampir kering. Kuah dah agak pekat, bermakna siap dan masak lah rendang ayam ini.

IKLAN

Rendang Ayam Cili Api, Buat Pedas-Pedas Barulah Nogori

Kredit: Fazniza Razali

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Buat Asam Laksa Sedap, Guna Sardin Tin Makin Mudah Nak Buat

Buat Tose Air Tangan Sendiri, Garing Di Luar Lembut Di Dalam

Koleksi 10 Resipi Kerepek Boleh Buat Sendiri, Mudah dan Mesra Poket

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8gk85t

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI