Suka makan Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Gula Merah? Seperti yang kita tahu, nak buat kuih ini memerlukan kita memarut ubi kayu hingga halus. Lenguh tangan. Namun sangat berbaloi segala kepenatan tu bila makan kuih yang sedap. Nak cuba? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipi serta cara-caranya. Sangat sesuai dijadikan hidangan keluarga. Malah jika diletak dalam bekas-bekas kecil seperti di bawah ini, ia boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk sebarang majlis keraian malah boleh juga dijadikan produk jualan. BOleh juga menggunakan loyang. Ikut kesesuaian. Berbaloi kan? Jom tengok resipi.
CARA MUDAH BUAT KUIH BOKO UBI KAYU GULA MERAH LEGEND
1. Pukul telur, gula dan ovellete dalam mixer hingga gebu bertukar warna putih. 2. Kemudian masukkan tepung dan santan berselang seli, mix sampai semua bahan sebati dan gebu. 3. Bahagikan adunan kepada 2 bekas berasingan. Buat perasa pandan dengan campur pewarna hijau dan esen atau pes pandan, gaul sebati. Satu adunan lagi campur serbuk koko, gaul sebati.
4. Gunakan sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis. 5. Kukus adunan ni guna api sederhana sahaja. Selama 10 minit sahaja. Jangan lebih masa ye. 6. Pastikan penutup kukus dibalut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam.
Kredit resipi: Fatin Bakery
Anda ingin mencari pengukus atau steamer untuk kukus apam, boleh beli online, boleh tengok DI SINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kuih Boko Ubi Kayu ini antara kuih yang mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Jika di negeri Kelantan, ia lebih dikenali dengan nama Tepung Boko Ubi Kayu. Ia merupakan sajian tradisional yang dihasilkan menggunakan ubi kayu parut dan dinikmati bersama kuah santan yang dimasak likat ( kepala santan). Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Sue Abdullah ini.
RESIPI KUIH BOKO UBI KAYU VIRAL
BAHAN-BAHAN:
2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
1 cawan gula merah (*)
1 cawan air (*)
3 helai daun pandan (*)
1/2 cawan gula (*)
BAHAN KEPALA SANTAN (SOS PUTIH):
1 cawan santan pekat (1 kotak)
1 cawan air
3 sudu makan tepung beras
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ubi kayu, masak bahan-bahan bertanda (*) hingga larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
Dalam loyang bersesuaian, campurkan parutan ubi kayu dengan bahan yang dimasak tadi. Kukus hingga masak.
Bagi menyediakan kepala santan, satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga larut.
Seterusnya, buka api perlahan dan masak hingga pekat.
Untuk menikmatinya, ambik sedikit ubi kayu kukus tadi dan tuang kepala santan secukupnya.
Kuih tradisional peria ni memang sedap dikunyah, lembut tapi liut sikit sebab ada tepung pulut. Kuih muih Melayu memang tak lekang penggunaan tepung pulut dan santan ni.. Intinya boleh menggunakan kacang merah, kacang hijau atau kelapa.
Jom semak resipi perkongsian Farisha Sofea yang membahasakan dirinya Mama Sofea ni.
KUIH PERIA ALA MAMA SOFEA
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan segar
sedikit garam
air secukupnya
pewarna pilihan
inti pilihan ( inti kacang merah / kacang hijau / kelapa ) secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan tepung di dalam mangkuk, kacau rata. 2. Masukkan santan yang dicampur sedikit garam . 3. Masukkan pula air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh . 4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan . 5. Ambil sedikit doh dan masukkan inti ( farisha guna inti kacang merah ) 6. Untuk membuat corak , boleh menggunakan lidi / pisau plastik / pembalut buah . 7. Farisha gunakan menggunakan pembalut buah . 8. Letakkan kuih di tengah pembalut dan balut , tekan sedikit di kedua dua bahagian hujung kuih agar kuih terbentuk bujur . 9. Kemudian letakkan di atas baking paper,ulang sehingga habis . 10. Panaskan kukusan dan kukus selama 10 minit . siap
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!