
Sesuai dinikmati sewaktu sarapan, minum petang atau dijadikan buah tangan ketika berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan.
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 180gm gula
- 2 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 200ml susu segar
- 1 sudu teh ovalette
- Pewarna makanan merah, kuning dan hijau
- Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pukul telur, ovalette dan gula sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
- Tambahkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu segar. Kaup balikkan sehingga semua bahan sekata.
- Ambil 5 sudu makan adunan dan bahagikan adunan selebihnya kepada tiga bahagian. Warnakan dengan warna kuning, merah dan hijau.
- Paipkan adunan merah sehingga memenuhi 3/4 acuan cawan kertas. Paipkan juga sedikit adunan berwarna putih di tengahnya.
- Akhir sekali, paipkan adunan hijau hingga penuh acuan. Lorekkan dengan pewarna hijau di permukaannya. Ulang langkah yang sama untuk adunan berwarna kuning.
- Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 15 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Tambahkan bijan hitam bagi mendapatkan rupa seakan biji tembikai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikut Cara Ini Jika Nak Bagi Kuih Bijan Lekat Elok

Kuih muih Melayu memang sedap dimakan dan tak lekang musimnya. Antara kuih yang mudah nak buat ialah kuih bijan atau kuih lenga.
Walaupun ada pelbagai nama yang diberi, perkongsian resipi daripada Intan Zalifah Zolkiply ini, sangat simple dan bahan pun mudah didapati.
CARA BUAT KUIH BIJAN/KUIH LENGA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut – beli online di sini
2 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
2 sudu besar gula – beli online di sini
Secubit garam
Air secukupnya
TONTON Makan Di Mana Eps 17: Menu Simple, Harga Baik, Wajib Try…
TONTON Dapur Rasa Live: Buko Pandan versi Ketodiet
CARA BUAT:
1. Bancuhan seperti buat onde-onde atau buah melaka. Campurkan bahan kering bersama. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit.
2. Uli sehingga doh tak melekat lagi di tangan. Kemudian, ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti. Bulat-bulatkan, kemudian golekkan ke dalam bekas yang berisi bijan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Inti boleh letak inti kacang merah atau hijau dan inti nyok @ kelapa.
inti kacang merah
Inti kelapa
*Tip tak nak bagi kuih bijan pecah ketika menggoreng:
1. Mesti letak gula dalam adunan.
2. Simpan sekejap dalam peti ais.
3. Letak kuih sebelum minyak panas dan minyak mesti banyak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
* Cara saya, selepas siap letak inti, buat 10 biji golek dalam bekas besar. Kemudian kita golek pulak guna dua tapak tangan. Buat yang lain pula sampai habis, letak dalam peti sejuk, kemudian baru goreng.
*Inti kacang merah, saya masak guna periuk noxxa. Kacang saya tak rendam, cuma letak air lebih sikit pada kacang. Bila dah siap rebus, kemudian kisar guna alat pengisar. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau sekejap. Kemudian, masak lagi di dalam periuk noxxa.
Kredit resipi: Intan Zalifah Zolkiply
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Macam Ni Caranya Nak Dapatkan Kulit Cucur Badak Gebu, Lembut
Cara Buat Dumpling Wrapper Sendiri & Inti Gyoza Ayam, Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Bingka Ubi Kayu Mudah, Hanya Guna 5 Bahan

Isi Kandungan
ToggleJom cuba buat kuih Bingka Ubi Kayu yang sedap ni. Hanya guna 5 bahan anda boleh nikmati keenakan kuih ini bersama keluarga. Ringkas sahaja cara pembuatannya malah bahan-bahannya juga mudah diperolehi di kedai-kedai runcit berdekatan. Bagi yang suka makan Kuih Bingka Ubi Kayu ni dan nak cuba masak sendiri, saudari Sue Abdullah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MASAK BINGKA UBI KAYU GUNA 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu siap parut
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1 cawan gula pasir (empunya resipi lebihkan sedikit gula)
½ sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning – beli online disini
(INFO: Sukatan ubi tidak boleh bagi dalam timbangan kilo sebab kadangkala ada bahagian ubi yang keras dan tidak boleh diparut. Nanti sukatan jadi tidak tepat)
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ubi kayu dan parut halus. Jika tiada pemarut, potong kecil ibu kayu tadi, masukkan dalam pengisar dan kisar sedikit demi sedikit. Tapis airnya dan guna air yang sama untuk kisar potongan ubi kayu yang seterusnya. Lakukan Langkah yang sama hingga habis.
2. Satukan parutan ubi kayu, santan, gula, garam dan pewarna di dalam bekas. Gaul hingga sebati dan gula hancur.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200C guna api atas bawah.
4. Masukkan bahan tadi ke dalam loyang bersaiz 7×7. Ratakan. Jika guna loyang saiz 6×6, kuih akan jadi agak tebal. Boleh juga guna loyang saiz 8×8.
5. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letak di rak yang paling bawah.
6. Bakar Kuih Bengkang Ubi Kayu selama 1 – 1 ½ jam atau hingga bahagian atas Bengkang jadi keperangan.
7. Setelah masak, keluarkan dan biarkan kuih selama 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.
Kredit resipi & foto: Sue Abdullah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
4 Menu Berasaskan Mangga Ni Sungguh Sedap & Senang.

Ini 4 Menu Berasaskan Mangga Perkongsian Dari Chef Megat
Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk, tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan. Malah rasanya juga tidak mengecewakan, enak dengan rasa masam manis. Tak percaya, ini ada empat menu yang mempunyai campuran mangga dikongsikan oleh chef Megat untuk anda semua cuba.
AYAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam | potong kecil
- 120-150gm tepung jagung
- 1 biji telur
- 2 sudu teh garam
- 1 sudu teh lada hitam
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SOS:
- 5 sudu makan sos plum
- ½ sudu jus lemon
- 2 batang cili merah | buang biji dan cincang
- 1 biji bawang merah | cincang
- 2 ulas bawang putih |c cincang
- ¼ sudu teh bijan
- 50ml air
- Garam cukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN SALAD MANGGA:
- 1 biji mangga muda saiz sederhana | hiris halus
- 2 batang cili merah | buang biji dan hiris
- 1 biji bawang besar | hiris halus
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat ayam goreng; Satukan tepung jagung, garam, dan lada hitam, gaul sebati.
- Pecahkan telur. Gaul ketulan ayam dengan telur hingga sebati.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Celup ketulan daging ayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga garing.
- Angkat, tos dan ketepikan untuk membuat sos.
- Untuk membuat sos; Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili merah.
- Masukkan sos plum, jus lemon, air dan gaul sebati hingga mendidih. Dan masukkan bijan.
- Kacau seketika dan perasakan dengan garam. Tutup api.
- Untuk membuat salad mangga; Satukan mangga, cili dan bawang besar. Susun salad di atas pinggan.
- Kemudian letakkan ketulan ayam yang sudah digoreng di atas salad mangga. Akhir sekali, tuangkan sos di atas ayam dan salad mangga. Sedia untuk dihidangkan.
UPSIDE DOWN MANGO CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 340ml mentega
- 80gm gula perang
- 30gm dessicated coconut / isi kelapa kering
- 1 biji mangga masak | potong dadu
- 230gm tepung kek
- 4 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh garam
- 290gm gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 260ml susu segar
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega, gula perang dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanila. Gaul sebati. Ketepikan.
- Satukan tepung kek, serbuk penaik dan garam. Setelah itu, masukkan adunan tepung kek secara berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan berisi mentega dan telur tadi.
- Gaul sebati dan kemudian masukkan isi kelapa kering. Gaul hingga sebati.
- Sapukan sedikit mentega pada loyang kek saiz 9 atau 10 inci.
- Taburkan potongan mangga di dasar loyang.
- Tuangkan adunan kek.
- Bakar pada suhu 180 ˚C selama lebih kurang 50-60 minit hingga keperangan.
- Sejukkan dahulu sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
- Terbalikkan kek, bahagian potongan mangga ke atas. Potong dan hidang.
VANILLA MANGO CUP CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 154gm tepung kek
- 11/4gm serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 143gm gula kastor
- 11/2 sudu teh esen vanila
- 85gm minyak jagung
- 85gm susu segar
- Acuan kek cawan secukupnya
BAHAN MANGO CURD:
- 400gm isi mangga
- 100gm gula kastor
- 3 sudu makan jus lemon
- 1/8 sudu teh garam
- 4 biji kuning telur
- 30gm mentega
CARA MEMASAK:
- Mula,-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus.
- Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati.
- Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan.
- Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat.
- Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan.
- Untuk menyediakan kek cawan, Panaskan oven 180 ˚ C.
- Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
- Dalam bekas berasingan, pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati.
- Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar.
- Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh.
- Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan.
- Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal Sedia untuk dihidangkan.
MANGO TART WITH MANGO WHIPPED CREAM
BAHAN KULIT TART:
- 280gm tepung serba guna
- 12gm kelapa kering
- ½ sudu teh garam
- 3 sudu makan gula
- 225gm mentega
- 3 biji telur kuning
BAHAN: KRIM MANGGA:
- 250gm fresh cream/krim putar
- 50gm mango curd / sri kaya mangga
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit tart; Satukan tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh.
- Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
- Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.
- Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart. Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika
- Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.
- Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.