Tak ada dapur khas untuk apam balik, tak semestinya anda tak boleh hasilkan kuih. Boleh je. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sapura Pua ni. Memang best! Boleh letak banyak inti.

 

APAM BALIK HOMEMADE

 

BAHAN DOH APAM ( HASIL ANGGARAN 5 KEPING):

Cara Buat Apam Balik Secara Homemade. Guna Pan Biasa je. Mudah!

IKLAN
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu cair / full cream
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning

 

CARA-CARA:
1.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
2.Pukul telur dan gula sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat.
3.Masukkan susu dan pewarna. Teruskan kacau sehingga sebati.
4.Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tidak berketul. (jika nak lagi mudah, tapis adunan).
5.Perap adunan selama 1 jam.

 

BAHAN TABUR / INTI:

IKLAN
  • Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan dikisar
  • 1 tin jagung manis
  • Mentega / marjerin secukupnya
  • Gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali tak melekat dan sapukan sedikit marjerin.
2. Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan sekeliling.

Cara Buat Apam Balik Secara Homemade. Guna Pan Biasa je. Mudah!
3. Tabur gula ( anggaran 2 sudu makan) dan tutup kuali. Biar hingga adunan masak. Jika mahukan apam yang rasa lebih manis, lebihkan gula. Kalau apam ada lubang-lubang halus diatasnya, bermakna adunan tersebut menjadi.
4. Tabur kacang tanah rata-rata diikuti mentega dan jagung.

IKLAN

Cara Buat Apam Balik Secara Homemade. Guna Pan Biasa je. Mudah!
5. Lipat apam dan balikkan. Angkat.
6. Sedia untuk dinikmati.

Cara Buat Apam Balik Secara Homemade. Guna Pan Biasa je. Mudah!

Petua:

Kalau kuali melekat, ambil kuning telur sahaja dan masak dalam kuali tersebut sehingga masak. Ambil tisu dan tonyoh telur tersebut di permukaan kuali. Telur jadi hangit pun tak apa. Insya-Allah kuali jadi tak melekat dah.

 

Kredit resipi & gambar: Sapura Pua

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI