Sedap Pasta Carbonarani. Paling best sos pasta ni guna Mayones untuk menyedapkan lagi rasa. Sesekali layankan selera ala Itali ni memang buka selera juga. Cara penyediaannya pun ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Jom cuba resipi perkongsianKieSha IzzRulni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
CARA MASAK PASTA CARBONARA SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 pek pasta Fettuccine – direbus dengan minyak dan garam
2 tin sos Carbonara (tin biru)
1/2 botol sederhana Mayones – boleh letak lebih. Ikut selera. – beli online disini
2 tin air (guna tin biru tadi) – jika kuah terlalu pekat, boleh lebihkan.
Biasanya kalau nak buat mi, kedailah tempat kita mendapatkan mi tersebut. Jika ada kerajinan boleh saja buat mi sendiri secara manual dan ikut selera kita. Cuma selepas doh dipotong, taburkan sedikit tepung supaya ia tidak melekat bila tercampur. Boleh cuba buat ikut resipi berikut.
Kita beruntung sebab Malaysia ada banyak sangat resipi yang sedap-sedap untuk dicuba. Kalau teringin nak makan mi, beratus-ratus resipi enak yang ada. Salah satu yang popular adalah Mi Jawa. Kuah Mi Jawa ni dihasilkan dari keledek dan udang kering yang memekatkan lagi kuah. Rasa memang padu. Cubalah!
BAHAN-BAHAN:
1 kilo mee kuning – celur
2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan kisar
1 cawan udang kering – goreng dan kisar
1 cawan udang hidup – rebus dan kisar
5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau
Bahan Kisar (A):
15 tangkai cili kering – kisar
5 ulas bawang putih – kisar
8 ulas bawang merah kecil – kisar
1 inci halia – kisar
Sikit belacan – bakar
Bahan Hiasan:
Telur rebus – potong separuh
Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecik-kecik
Cili hijau dan cili merah dihiris
Bawang goreng
Daun saderi dan daun bawang, dihiris
Taugeh – celur
Limau kasturi – belah
CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia.
Panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah kisar dalam Bahan Kisar (A) sampai naik bau.
Masukkan udang-udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati.
Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih, masukkan keledek yang dah dikisar.
Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tu tambahkan je air.
Last sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya. Kuah mee jawa ni agak manis sket. Boleh ubahsuai rasa ikut citarasa.
CARA MENGHIDANG:
Masukkan mee yang dah dicelur tu dalam mangkuk.
Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.
Curahkan 1 atau 2 senduk kuah kat atas mee. Letak telur rebus yang dah potong kat atas.
Akhir sekali tabur daun saderi, daun bawang dan limau kasturi.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berlangsung, memang agak susah nak keluar membeli apatah lagi nak mencari keropok lekor. Disebabkan rindu nak menikmati keropok lekor, ibu ini kreatif membuat keropok menggunakan mi segera. Norsyuhida Mat Diah berkongsi resipi membuat keropok menggunakan megi.
KEROPOK GUNA MEGI
BAHAN A
1 bungkus megi | rendam sampai lembut
Perencah megi
1 biji telur ayam
CARA MEMBUAT BAHAN A
1. Kisar semua bahan sampai lembut.
BAHAN B
2 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar tepung ubi
CARA MEMBUAT BAHAN B
1. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A.
2. Uli sebati.
3. Ambil sedikit adunan. Jadikan bentuk keropok.
4. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga masak.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!