Mee Kuahatau dalam dialet Kelantan Mee Kkuoh ni memang sangat sedap dan mebuka selera. Ada juga yang panggil Mee Rebus. Istimewa resipi ini ialah mee dimasak bersama kuali secara terus di dalam kuali. Memang best. Bagi anda yang tak pernah cuba, resipi perkongsian saudari Rossa Maryan ni antara yang terbaik. Jom cuba. Memang sangat sedap.
CARA MASAK MEE KUAH KELANTAN / MEE REBUS KELANTAN
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus mee kuning Isi ayam secukupnya – hiris Sotong secukupnya – hiris 2-3 keping kek ikan – hiris 1 bungkus bebola ikan – hiris 1 sudu makan cili kisar / serbuk lada hitam – beli online disini Minyak untuk menumis
Ada kala kita hilang selera makan. Tak lalu nak makan lauk yang beria-ia sangat misalnya rendang atau masak lemak cili padi.
Ketika ada masalah selera makan, cuba masak sambal yang simple-simple saja. Ini kerana sambal yang sebegini biasanya boleh meningkatkan selera.
Hanya perlu tumis-tumis sahaja. Bahan yang digunakan pun sangat minimum.
SAMBAL GORENG KENTANG BERBILIS
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
2 biji kentang (potong kecil)
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 tangkai cili kering (basuh dan potong-potong)
10 tangkai cili padi (hiris kecil)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Goreng kentang. Kemudian angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak. Tinggalkan secukupnya untuk menumis saja.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih.
6. Masukkan cili kering dan cili padi. Tumiskan lagi.
7. masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
8. Perasakan dengan garam. Gaul sebati.
9. Siap. Boleh dihidang.
Nasi goreng cili padi ini simple je cara memasaknya. Tapi padu tau. Boleh buat makan berpinggan-pinggan.
Nasi goreng ini satu lagi makanan yang dimakan tak kira masa. Waktu pagi boleh, waktu tengah hari boleh, petang boleh, malam pun boleh! Kadangkala bila masak nasi goreng tak perlu masak lauk lain. Jimat masa dan tenaga. Bajet pun jimat.
Meh try resipi nasi goreng ini ye. Konfim bertambah-tambah. Tapi kalau ada anak kecil, memang tak sesuailah ye sebab pedas. Tapi, kalau satu family memang makan pedas, memang ngam!
Keenakan manisan sememangnya tidak dapat dinafikan apatah lagi jika dinikmati di waktu-waktu petang begini. Manisan seperti aneka bubur tradisional sentiasa mendapat tempat di kalangan peminatnya. Kombinasi rasa lemak serta manis yang seimbang menjadikan hidangan ini tidak puas dinikmati. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka resipi bubur tradisional yang manis dan mudah masak yang boleh dicuba.
1. BUBUR BARLI DAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
6 biji pisang nangka
100gm barli|rebus sehingga empuk
600ml santan
150gm gula
100gm gula merah
2 helai daun pandan|disiat&simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Potong pisang setebal 2cm dan celur sebentar. Toskan.
Satukan santan, gula, gula merah dan daun pandan di dalam periuk.
Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan pisang yang telah dicelur berserta barli dan secubit garam.
Didihkan dengan api yang kecil sehingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pisang nangka boleh digantikan dengan penggunaan pisang awak.
2. BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut
2800gm gula
800ml santan pekat
2 helai daun pandan|disimpul
Secubit garam
4 pewarna makanan pilihan
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang besar.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk berserta secubit garam. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang lembut.
Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna makanan pilihan.
Bentukkan doh menjadi butir-butir kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi. Apabila butir-butir tepung naik ke permukaan, angkat dan toskan.
Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam. Biarkan mendidih dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
Masukkan butir-butir nangka dan didihkan untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pastikan doh diuli sebati bagi mendapatkan tekstur bubur yang cantik.
3. BUBUR CANDIL PANDAN
BAHAN-BAHAN:
600ml santan pekat
200gm tepung gandum
250gm gula
250ml air perahan daun pandan
2 helai daun pandan|disiat & simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Uli tepung gandum bersama air perahan daun pandan sehingga menjadi doh yang agak lembut.
Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diingini.
Celur doh sehingga ia menjadi lembut kemudian toskan.
Di dalam periuk yang berlainan, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan doh candil yang telah direbus terlebih dahulu berserta secubit garam. Didihkan lagi untuk beberapa minit sehingga semua bahan menjadi sebati.
Info Chef: Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik tambahkan sedikit tepung
4. BUBUR JAGUNG SAGU
BAHAN-BAHAN:
200gm jagung
100gm sagu|rendam hingga kembang dan tos
700ml santan
250gm gula melaka
100gm gula
2 helai daun pandan|disimpul
CARA MEMASAK:
Satukan separuh santan bersama jagung, gula melaka, gula dan daun pandan.
Didihkan sehingga gula menjadi hancur dan jagung menjadi lembut.
Masukkan separuh lagi santan dan sagu.
Didihkan hingga semua bahan sebati dengan menggunakan api yang kecil.
Info Chef: Untuk hidangan ini, gunakan jagung segar yang telah dihiris dari tongkolnya.
5. BUBUR PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
600ml santan
250gm pulut hitam
250gm gula
2 helai daun pandan|disiat dan simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Rendam pulut hitam di dalam periuk selama sejam kemudian rebus sehingga ia menjadi empuk.
Di dalam periuk, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan pulut hitam dan secubit garam.
Didihkan lagi sehingga semua bahan menjadi sebati.
Info Chef: Rendam bubur hitam selama satu jam agar ia bersih dan kembang dengan sempurna
Nampak macam ayam sambal tapi bukan. Ayam sira pedas ini berbeza rasa dan masakannya. Menurut Fuza Abas yang berkongsi resipi ini rasanya pedas, manis dan lagi sedap jika dimakan dengan daun kari yang ditabur di atasnya.