Terasa nak makan yang simple dan mengenyangkan. Apa kata tukar selera makan kuey teow sup chinese style ni pula. Memang tidak muak makan walau berkali. Bahan-bahan membuat juga mudah. Tambah sedap bila dicampur dengan minyak bawang putih bersama cili potong. Memang membuka selera.

 

Kuey Teow Sup Ala Kopitiam

Resipi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam &Minyak Bawang Putih, Gerenti Ketagih Makan

 Bahan-bahan:

Isi ayam

Fishball

1 kiub ayam

Lada sulah

Kuey teow

Cara membuat sup:

  1. Rebus isi ayam hingga mendidih.
  2. Masukkan fishball.
  3. Masukkan 1 kiub ayam dan lada sulah.
  4. Keluarkan isi ayam dari kuah sup. Sejukkan dan carikkan isi ayam.Sambil tunggu sup masak,cuci kuey teow untuk buang lebihan minyak.Toskan.

Resipi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam &Minyak Bawang Putih, Gerenti Ketagih Makan

Bahan cili kicap:

Cili

IKLAN

Kicap masin

Cara membuat:

1.Potong cili dan campurkan dengan kicap masin.

 

Resipi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam &Minyak Bawang Putih, Gerenti Ketagih Makan

Bahan minyak bawang putih:

1 labu bawang putih

Minyak

IKLAN

Cara membuat:

1.Cincang satu labu bawang putih. Nak senang pakai chopper.

2.Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih. Hidupkan api, guna api kecil je. Kacau hingga bawang garing dan kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.

Cara penyediaan:

1.Masukkkan kuey teow dalam mangkuk.

2.Susun isi ayam, sendukkan sup beserta fishball.

3.Masukkan cili potong dan minyak bawang putih.

Kredit: Siti Rahayu Ahmad

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI