Bagi penggemar Rojak Ayam, resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni boleh dicuba. Tak perlu bereblanja lebih membeli sajian ini keran anda sendiri boleh hasilkan menu enak secara homemade. Sekali buat, satu keluarga boleh menikmati malah juga lebih jimat. Pendek kata memang puas makan. Bagi anda yang nak cuba keenakan Rojak Ayam ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!
RESEPI ROJAK AYAM YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN KUAH: 1 1/2 cawan kacang tanah – goreng, buang kulit dan kisar halus – beli online disini 2 keping nisan / nise Kelantan/gula melaka – beli online disini 2 biji bawang besar holland – kisar – beli online disini 3 ulas bawang putih – kisar – beli online disini 2 senduk nasi cili giling – beli online disini 4 keping biskut marie dikisar (untuk pekatkan kuah) -optional. boleh ganti dengan bancuhan tepung jagung – beli online disini Sedikit air asam jawa – beli online disini Sedikit garam dan gula Air secukupnya (anggaran pekat kuah) Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK KUAH: 1. Kisar bawang putih dan bawang besar hingga halus. 2. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan cili giling. Tumis hingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan air, air asam jawa, kacang yang dikisar dan nise. 4. Masukkan kisaran biskut marie. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. 5. Masak hingga dapat kepekatan kuah yang dikehendaki.
BAHAN-BAHAN CUCUR: 3 senduk tepung gandum – beli online disini Air secukupnya 1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini 1 ikat kangkung – hiris halus Sedikit garam Sedikit serbuk kunyit Air secukupnya
CARA MEMASAK CUCUR: 1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas bersesuaian. Gaul rata. Perap selama 1/2 jam. 2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam ke dalambta. Buat besar-besar sebab cucur akan dipotong. 4. Bila cucur sudah masak, angkat dan potong.
IKLAN
BAHAN-BAHAN ROJAK: 1 ekor ayam – potong empat 1 batang timun – hiris nipis 1 biji sengkuang – hiris nipis 1 pokok daun salad – hiris nipis 2-3 biji ubi kentang – rebus hingga lembut kemudian goreng sekejap 4 keping tauhu – goreng dan potong 4 biji telur – rebus keras dan goreng sekejap 1 bungkus mee kuning – dicelur sekejap
CARA MEMASAK ROJAK: 1. Ayam dipotong empat. Gaulkan dengan kunyit, garam dan sedikit kicap manis. 2. Rebus ayam dengan sedikit air sahaja sampai kering air ayam. Angkat dan goreng sekejap. 3. Potong ayam kecil-kecil dan campur bersama bahan-bahan rojak dan juga cucur tepung. Tuang kuah rojak secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
Kadangkala bahan yang ringkas, jika kena dengan cara masaknya, tetap sedap untuk dijadikan lauk utama. Sebagai contoh, masakan menggunakan telur ni. Bukan setakat goreng cicah kicap je tau. Macam-macam boleh buat. Nak-nak di bulan puasa nanti, lauk telur memang boleh jadi penyelamat dikala tak ada selera makan atau kesuntukan masa memasak. Selamat mencuba!
1. RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur |rebus
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1 inci kunyit hidup |kisar
2 batang serai | hiris
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
2. ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
½ inci halia |kisar
½ inci kunyit hidup |kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
3. SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | rebus dan goreng
8 biji cili merah | dikisar
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai | titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
Akhir sekali masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
4. PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur biasa
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Sediakan daun pisang.
Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
Keluarkan dan sedia dihidangkan.
5. SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cendawan tiram |potong
Sedikit bunga kubis |potong
Sedikit daun sup |racik kasar
Sedikit suhun
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik baru, masukkan air. Kacau perlahan.
Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
6. SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih |kisar
5 sudu makan cili kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit asam jawa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
Angkat dan sedia dihidangkan.
7. TELUR MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | rebus dan digoreng
5 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
Sedikit kicap manis + kicap masin
2 helai dau bay
Sedikit cuka
Sedikit hirisan cili benggala hijau
Sedikit hirisan cili benggala merah
Minyak untuk menumis
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit bau. Masukkan daun bay dan masak sehingga bahan garing dan pecah minyak.
Masukkan sedikit air, cuka, dan kicap manis serta kicap masin. Biarkan mendidih. Bila kuah agak pekat, masukkan telur dan hirisan cili benggala. Kacau sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
8. MUFFIN TELUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
2 sudu susu cair
Sedikit daun ketumbar
4-5 ekor udang hidup | buang kulit dan potong kecil
Sedikit daging ayam | potong kecil
Sedikit cili benggala merah | potong dadu
Sedikit cili benggala hijau |potong dadu
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan pukul hingga telur hancur.
Masukkan dalam bekas muffin. Bakar selama 10 minit pada suhu 170C. Keluarkan.
Sedia untuk dihidangkan.
9. MASAK KURMAK TELUR REBUS DENGAN CILI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit – boleh juga guna telur itik
400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong empat
12 biji cili besar hijau | dikisar halus
300ml air
8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
2 biji bawang besar | dihiris halus
2 labu bawang putih | dihiris
4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
Rempah 3 beradik secukupnya
Minyak untuk menumis
3 helai daun pandan | disimpul
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau . Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik .
Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
Masukkan air diikuti santan. Kacau rata. Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
10. MASAK LEMAK TELUR ITIK DENGAN MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
50 biji telur itik
200gm cili padi akar | dikisar
200gm cili padi kampung | dikisar
4 helai daun kunyit | dihiris halus
5 biji kunyit hidup anggaran sebesar ibu jari | dikisar
4kg santan pekat
4 batang serai
7 biji mangga muda | dipotong panjang
Garam dan perisa secukup rasa
Sedikit air
BAHAN MEREBUS TELUR:
2 mangkuk air
Sedikit cuka makan
CARA MEMASAK:
Kisar halus cili padi dan kunyit. Ketepikan.
Masukkan air ke dalam periuk dan campurkan sedikit cuka makan. Didihkan dengan api yang kuat.
Setelah menggelegak, kecil api dan pecahkan telur itik satu persatu. Jumlah telur yang dimasukkan bergantung kepada saiz periuk.
Setelah telur itik masak, angkat dan asingkan ke dalam penapis. Ulang langkah sehingga telur itik.
Dalam periuk lain, campurkan bahan kisar, serai, 1kg santan dan sedikit air. Biarkan sehingga sedikit mendidih.
Kemudian masukkan kesemua telur itik yang telah dimasak tadi.
Masukkan lebihan santan dan kacau perlahan sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan mangga dan perasakan dengan garam, gula serta taburkan daun kunyit.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Kaedah merebus telur terlebih dahulu digunakan untuk memasak dalam kuantiti yang banyak. Jika masak dalam kuantiti sedikit, terus pecahkan telur ke dalam kuah masakan .
Bercadang nak masak pulut kuning yang masak guna rice cooker untuk sarapan esok? Resipi pulut kuning perkongsian saudari Nazra Queenni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Hidang bersama rendang, fuhhh…memang terangkat habis. Berbaloi cuba masak untuk keluarga.
RESIPI PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
300gm beras pulut – basuh & tos air
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.