Stok cili kisar antara yang kena sentiasa ada dalam peti ais untuk memudahkan kerja memasak. Kebiasaannya ia dikisar berasingan dengan bawang. Namun untuk lebih menyenangkan, boleh gunakan teknik membuat cili kisar serbaguna ini.
Cili kisar serbaguna perkongsian Nurul Ateekah ini dicampur sekali dengan bawang dan ramuan sambal lain supaya memudahkan kerja memasak. Nak masak ceduk saja. Ia juga boleh tahan selama sebulan. Cili ini juga boleh digunakan untuk memasak aneka masakan bergoreng, rendang selain sambal tumis.
Cara buat stok cili kisar supaya sambal tumis jadi sedap
Cili kisar ini diajar oleh mak mertua saya, yang juga dulu seorang peniaga nasi berlauk, pelbagai jenis mi di Singapura. Wangi aroma tumisan cili ini bila dimasak. Ia juga senang, mudah nak diguna bila-bila masa nak masak.
Bila dah ada cili kisar macam ini nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, jenis goreng semua jadi mudah. Cili kisar ini boleh tahan selama 1 bulan, dan tidak berbau, ia juga kurang pedas.
Bahan-bahan:
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawang besar
2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
Ads
1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
2. Apabila sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi (sebab cili kering kadang-kadang ada warna-warna hitam, serbuk-serbuk putih, kadang-kadang ulat pun ada.
3. Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
4. Masukkan ke semua bahan, kisar dengan sedikit air dan minyak. Kisar sehingga lumat.
(Letak minyak boleh membantu cili kisar tahan lama, tidak berbau dan bila kisar, cilinya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur).
Ads
5. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.
Cara masak sambal sotong
Ini contoh masakan sambal sotong mengggunakan cili kisar ini. Disertakan sekali tip agar dapat sambal sotong yang sedap.
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sedang atau kecil hingga pecah minyak. 2. Pastikan minyak lebih dari bahan kisar dengan ini akan buat sambal tahan lebih lama.
3. Proses menumis agak makan masa hampir satu jam sebab saya guna api kecil. Sesekali kacau untuk elak dari hangus.
4. Sambal dah pecah minyak ambil separuh sambal simpan dalam bekas bersih dah sejuk, baru tutup dan simpan dlm peti. 5. Boleh guna bila-bila masa untuk masak apa-apa jenis lauk (sambal sotong, nasi goreng, ayam goreng sambal, ikan berlada dan lain-lain). 6. Sambal yang berbaki dalam kuali, boleh gaul bersama bilis yang telah digoreng separuh masak dan gaul juga bersama jering atau petai jika suka.
7. Perasakan garam, gula, ajinomoto jika perlu kacau sebati. Kalau nak berkuah, boleh masukkan sedikit air reneh hingga sebati, siap.
NOTA: Ada insan yang sudi berkongsi resipi keluarga dari Minangkabau. Jering dihiris dan digoreng sekejap, baru masuk dalam sambal bersama bilis goreng. Sama juga dengan petai yang dikikis kulit dan dihiris digoreng dahulu,
Memang wajib jika makan soto kena ada sambal kicap untuk menambah rasa keenakan soto. Sambal kicap nampak mudah tetapi kena betul bahan ramuannya untuk dapat rasa yang padu.
SAMBAL KICAP BIHUN SOTO
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang besar dipotong kasar
1 labu bawang putih
15 tangkai cili hijau besar
33 tangkai cili merah
1 botol kicap pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Info: Jika ingin lagi pedas boleh tambahkan cili padi
CARA MEMASAK:
Semua bahan dipotong kasar-kasar
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu hingga naik bau.
Selepas itu baru masukkan bawang merah. Tumis hingga layu.
Kemudian masukkan semua cili. Goreng sampai semua layu. Selepas itu matikan api.
Bila semua bahan sudah sejuk. Baru masukkan dalam blender. Masukan satu sudu gula dan 1 sudu kecik garam.
Masukkan kicap dan kisar hingga halus. Jika tidak mahu terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
Kredit: Nura Elias
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Melalui facebook, seorang pengguna media sosial dengan nama Hafizah Sabtu, berkongsi resipi gulai siput sedut dan sambal tumis bilis petai. Menariknya, Hafizah tidak berpandukan sebarang resipi. Sebaliknya hanya melalui pemerhatian daripada pengalamannya melihat orang lain memasak.
“Saya jarang masak masakan kampung seperti ini. Selalunya masak lauk biasa misalnya ayam masak kicap, sup ayam dan telur. Siput sedut ni kali pertama saya masak. Alhamdulillah, sedap,” katanya.
Hafizah yang juga seorang ejen produk Serum Qa-iii dan Shaklee mengakui sibuk dengan urusan perniagaan online.
“Setiap hari saya melayan pelanggan yang membeli produk jualan saya melalui online. Jadi, saya perlu masak lauk yang ringkas supaya memudahkan urusan di dapur. Inilah timbulnya resipi sempoi campak-campak saja,” katanya yang juga seorang ibu tunggal yang gigih membesarkan empat anak.
Jom kita tengok resipi sempoi yang dikongsikan oleh Hafizah.
GULAI SIPUT SEDUT
BAHAN KISAR
10 tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk siput sedut (dibuang hujung dan bersihkan)
1 kotak kecil santan
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit (disimpul)
Air secukupnya
Garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar dan kacau sebentar.
2. Masukkan siput sedut. Kacau lagi.
3. Masukkan santan, serai dan daun kunyit.
4. Biarkan masak seketika.
5. Jika mahu kuah banyak, masukkan air. Jika tidak mahu kuah banyak, masukkan garam.
6. Biarkan mendidih. Tutup api dan boleh dihidangkan.
SAMBAL TUMIS BILIS DAN PETAI
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (rebus dan buang biji dahulu)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
Garam
Gula
Air asam jawa
4 papan petai (potong kecil bersama kulit)
Segenggam ikan bilis (digoreng)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
3. Masukkan petai. Biarkan sehingga petai sedikit layu.
4. Tutup api.
5. Masukkan ikan bilis, Kacau rata. Sedia dihidang.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!