Terasa nak makan Mee Bandung tapi nak resipi paling mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Wafiza Amir ini tentunya yang anda patut cuba. Bahan-bahan digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya memang membuka selera. Pendek kata tak rugilah kalau cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
RESIPI KUAH MEE BANDUNG SEDAP & CEPAT MASAK
BAHAN-BAHAN: 3 ulas bawang putih – tumbuk kasar – beli online disini 1 biji bawang merah – tumbuk kasar – beli online disini Isi udang secukupnya Isi ayam secukupnya Cili kisar secukupnya – jumlahnya bergantung pada kepedasan yang disukai 3 sudu makan sos tomato – beli online disini Sayur secukupnya (tomato, kubi, jagung muda, cili padi) 1 jug air atau secukupnya 2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 1 cawan air) – beli online disini 3 biji telur Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya Minyak masak secukupnya Mi kuning secukupnya
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan air panas dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Dalam periuk berlainan, panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan udang. Tumis lagi hingga masak. 3. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili pecah minyak. 4. Setelah cili garing, masukkan air. Kacau sebati. 5. Seterusnya masukkan sos tomato dan juga sayur-sayuran. Biar hingga sayur lembut. 6. Perasakan dengan garam, gula dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. 7. Masukkan bancuhan tepung jagung. Sebatikan. 8. Bila kuah sedang menggelegak kuat, pecahkan telur kemudian terus tutup api.
9. Kuah Mee Bandung siap untuk dihidangkan bersama dengan mi kuning yang telah dicelur dengan air panas.
Jika terasa nak makan tomyam tapi kehabisan pes, boleh cuba resipi ni. Ringkas, mudah tapi sedap perkongsian saudari Noorzairahasra Ab Ghani ni memang berbaloi untuk anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOMYAM AYAM TANPA PES
BAHAN-BAHAN: Isi ayam secukupnya – potong kecil 2-3 ulas bawang putih – tumbuk kasar 4 batang serai – ketuk 2-3 hiris lengkuas 2-3 helai daun limau purut 3-4 sudu makan sos cili – beli online disini Sedikit kubis – hiris 1 batang saderi – hiris 1 biji bawang holland – hiris 1 biji tomato – potong 4 Cendawan secukupnya Beberapa biji cili padi 2-3 biji limau nipis Gula dan garam secukup rasa 2-3 tangkai daun ketumbar – hiris kasar Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air, bawang putih, serai, lengkuas dan daun limau purut ke dalam kuali. Masak hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan isi ayam. Biarkan hingga empuk.
3. Seterusnya tambahkan sos cili. Kacau hingga sebati.
4. Bila kuah menggelegak, masukkan kubis, saderi dan bawang holland. Anda juga boleh pelbagaikan sayur ikut citarasa.
5. Setelah kubis lembut, masukkan cendawan, tomato dan cili padi. Masak seketika.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan juga jus limau nipis dengan secukupnya. Jika kurang suka rasa masam, boleh kurangkan jumlah jus limau.
7. Tambahkan hirisan daun ketumbar dan bolehlah diangkat serta dinikmati.
Mencari resipi sajian sambal tradisional Melayu yang sedap dan mudah dimasak? Nah, min kongsikan 5 resipi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap.
Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam.
JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering | dibuang kulit dan belah dua 100 gm ikan masin talang | digoreng terlebih dahulu
BAHAN DIKISAR:
10 biji cili merah 10 biji cili padi 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 biji jus lemon Gula secukup rasa Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.. 2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi. 3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. Sedia untuk dihidang.
NOTA: Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja. Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 kuntum bunga kantan 3 biji bawang kecil 1 ulas bawang putih 30 gm ikan bilis (jika suka digoreng dahulu) 10 biji cili padi 1 biji jus limau nipis Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat. 2. Simpan di dalam peti sejuk
NOTA: Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah. Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN:
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) | dihiris kecil 5 ulas bawang merah ½ biji bawang besar | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 15 biji cili kering | rebus & dikisar 200 gm petai | dibuang kulit & belah 1 asam keping Gula secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing. 2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka. 4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
NOTA: Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu. Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
BAHAN SAMBAL IKAN BAKAR:
220gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil 2 sudu makan belacan bakar 150gm bawang kecil Garam secukupnya 2 sudu teh sos ikan 2 ½ sudu teh gula | atau secukupnya 3 biji limau kasturi | perah jusnya 2 batang serai | dihiris halus 1 sudu makan serbuk kunyit 4 sudu makan minyak masak
PENCICAH SAMBAL BELACAN & BAWANG:
5 biji cili merah 2 biji cili padi 1.5 sm belacan 2 biji bawang kecil/dihiris nipis Gula secukupnya Garam secukupnya ½ cawan air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Sambal ikan bakar: Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar-benar masak dan garing. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 5. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 6.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 7.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 8. Memanggang ikan: Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 9. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal di atasnya. 10. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 11. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 12.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
NOTA: Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya. Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz sederhana 1 mangkuk kecil terung pipit 5 sudu makan cili kering | yang telah dikisar 5 biji bawang kecil | ditumbuk lumat 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat 2 sudu makan asam jawa | diperah bersama 1/2 cawan air 1 biji bawang besar | dihiris nipis Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikkan sebentar. Angkat dan sedia untuk dimakan.
NOTA: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tak ada idea nak masak menu apa di hari cuti ni? Ni min nak kongsi resipi perkongsian dari saudari Fatin Pauzi. Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim. Nampak sedap! Cara nak masak pun mudah. Apa lagi, jomlah cuba!
AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dibersihkan
Bawang merah secukupnya – ada yang dimayang dan ada yang dipotong besar (2 versi)
3-4 ulas bawang putih – mayang
1 biji cili besar @ cili merah- mayang
3 biji cili padi – mayang
10 tangkai cili kering – potong kecil
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
Pes asam jawa secukupnya
Tepung gandum
Telur
CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong ikut saiz yang diingini.
2. Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
3. Kemudian tumis cili kering bersama daun kari hingga garing.
4. Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merah.
5. Seterusnya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram Ikut kuantiti ayam.
6. Tambah sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
7. Masukkan pes asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang potong besar. Gaul rata hingga sos sebati pada ayam.