Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedapnya tuhan sahaja yang tahu. Sedap, cukup rasa dan pedas! Sesuai sangat buat makan selepas sembahyang terawih nanti.
CUCUR BILIS, KUCAI & CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis
8 tangkai cili kering
1/2 cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
Ads
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Ads
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Duduk saja-saja, dapat kunyah kacang kegemaran pun boleh jadi ralit. Boleh beli tapi tak sesedap yang kita buat sendiri. Buat sendiri,puas hati. Modal tak sampai RM5.Lebih sedap kalau dah masuk peti sejuk kemudian baru makan bila salutan itu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup meresap.Ada juga yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap.
Kacang Kuda Bahan-bahan:
Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
2 atau 3 potong cili kering
Daun kari (ikut suka nak berapa pelepah)
1 sudu bancuhan serbuk (kalau banyak, pahit)
Air
Garam
Cara-cara:
1.Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.
2.Masukkan cili kering, daun kari. Kacau-kacau,
3.Masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang. Bagi menggelegak, masukkan garam. Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.
Kredit: atiqah zaki
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Anak-anak memang sukakan nuget. Oleh sebab itu snek ini lebih elok jika dibuat secara homemade. Bila buat sendiri, anda boleh tentukan bahan-bahan yang digunakan menjadikan ia lebih berkhasiat serta sihat untuk dinikmati. Paling penting terjamin kebersihan dan status halalnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Azliza Ismail ni. Anda pasti sukakannya.
NUGET AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 keping isi ayam | hiris dan kisar
2 biji telur
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar |optional
1 sudu teh lada putih
3 sudu besar tepung gandum atau breadcrumbs.
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua bahan dan kukus. Anggaran 1/2 masak.
2. Kemudian bentukkan mengikut kesukaan. Jika suka cheese, boleh campurkan dalam isi ayam.
3. Setelah siap, celupkan dalam telur dan kemudian gaulkan dengan breadcrumbs.
4. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
Eh, ingatkan susah nak buat mentega kacang sendiri. Senang rupa-rupanya. Nah, RASA berikan resipinya. Nanti cuba buat ya.
PEANUT BUTTER HOMEMADE
Bahan-bahan
500 gram kacang tanah (buang kulit)
Secubit garam bukit
Cara membuatnya
1. Kacang tanah dibakar dalam oven sehingga perang dan masak. Guna kacang saiz besar dan tak berkulit.
2. Sejukkan sekejap. Kemudian kisar guna blender kering.
3. Letak secubit dua garam bukit.
4. Mula-mula kisar, kacang tu memang nampak kering. Teruskan kisar sampai minyak kacang keluar dan dapat hasil yang halus dan berminyak. Siap.
5. Masukkan dalam bekas yang sesuai.
6. Boleh makan dengan roti atau overnight oat.
Info:
* Lebih sihat sebab tak letak gula. Sesuai untuk yang tengah berdiet.
* Kalau mahu, boleh letak 2 sudu minyak zaitun untuk teksturnya lebih lembut.
* Kalau beli kat pasar raya, peanut butter no add sugar harga berbelas-belas ringgit sebotol, kan. Buat sendiri lagu jimat. Macam ni modal RM3.40 sahaja.
Kalau nak ajar anak-anak makan sayur mungkin boleh mulakan dengan hidangan seperti ini. Goreng terung ala fries, rasanya yang rangup membuatkan anak tak perasan yang dimakan adalah sayur. Boleh dijadikan kudap-kudapan atau lauk pun boleh.