Suka makan Cucur Udang yang sedap? Ha…meh sini nak belanja satu resipi best. Anda boleh cuba resipi Cucur Udang yang dikongsi sendiri oleh saudari Tyra Manan. Istimewanya beliau juga berkongsi petua membuat Cucur Udang yang tidak serap minyak dan resipi ini juga tidak menggunakan yis atau soda bikarbonate. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
RESIPI CUCUR UDANG SEDAP & TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN: 1/2kg tepung gandum – beli online disini 2 sudu makan tepung beras – beli online disini 1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini 2 biji telur 1 cawan tauge Kucai Udang kertas – kopek kulit Udang biasa – untuk hiasan atas cucur 3 cawan air Garam secukup rasa
Ads
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan kemudian sebatikan. Perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tetapi nanti cucur udang jadi tak berapa sedap dan keras. Inilah rahsia Cucur Udang jadi kembung tapi tak serap minyak. Hanya perapkan sahaja adunan kerana kita tidak guna baking powder.
2. Panaskan 2 kuali. Satu untuk menggoreng dan satu lagi untuk panaskan senduk.
3. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tidak panas nanti adunan cucur melekat.
4. Bila senduk sudah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas. Terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
5. Goreng cucur sampai garing warna coklat keemasan. Siap. Hidangkan bersama sos.
BAHAN SOS: Cili merah Bawang putih Gula Garam Cuka Sos cili Tepung jagung – bancuh dengan air
CARA MEMASAK: 1.Rebus cili dan bawang putih kemudian kisar sampai hancur. 2. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka. 3. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. 4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung. 5. Kacau sebati dan bila dapat kepekatan yang anda suka, padamkan api. Sedia untuk dihidang bersama Cucur udang.
Hujung minggu ini mungkin ada yang bercadang untuk membuat kenduri atau majlis dengan tetamu hingga 500 orang.
Jika teringin memasak sendiri kuah laksa untuk tetamu ini boleh gunakan sukatan yang dikongsi oleh Akhmal Mustafa. Ujar beliau lagi boleh juga jika mahu menggunakan resipi ini untuk berniaga pun, dihalalkan.
Sukatan kuah laksa utara untuk 500 orang
Bahan-bahan
7 kg ikan kembung *
7kg ikan sardin*
Belacan cap Tanjung Dawai/Alor Ibus bulat (separuh sahaja)*
20 labu bawang besar*
15 kuntum bunga kantan
6 ikat daun kesum (3 ikat dikisar lumat)
Cili kering kisar (terpulang tahap kepedasan yang dikehendaki)*
Garam
Piub Pati ayam
4 peket Asam keping
4 tin sardin (kisar sekala dengan sos)*
Cara membuat
1. Kisar lumat bahan bertanda * kecuali ikan.
2. Masukkan cili kisar ke dalam periuk, rebus dahulu sehingga mendidih untuk hilangkan rasa maung cili.
3. Kemudian, kisar ikan yang siap direbus sekali dengan tulang. Proses ini perlu sabar kerana perlu ditapis berulang kali untuk dapatkan tekstur kuah yang pekat likat.
4. Apabila siap ditapis elok, kisar sedikit daun kesum sehingga lumat. Satukan dalam periuk.
5. Didihkan kuah dgn api sederhana, kisar sardin bersama sosnya dan masukkan dalam kuah. Waktu ini kuah laksa akan menjadi lebih pekat. Boleh tambah air mengikut thap kepekatan yang dikehendaki.
6. Perasakan dengan garam dan kiub pati ayam.
7. Apabila kuah mula mendidih, masukkan asam keping bersama taburan bunga kantan dan daun kesum. Masak kuah laksa sekali lagi sehingga terbit minyak di permukaannya. Waktu memasak kuah laksa ini antara 30-40m init mengikut kuantiti.
Paling best menu Hainanese Chicken Chop ni adalah ayam yang besar dan rangup di luar, berjus di dalam. Dimandikan dengan sos yang lebih mild, tak muak dan rasa yang lebih fussion. Gerenti menggetar selera dan jiwa si pemakan.. Jom cuba!
HAINANESE CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk ayam :
1 ketul dada ayam (basuh bersih dan toskan)
2 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung (dicampur bersama oregano)
1 biji telur (dikacau)
4 sudu minyak masak/olive oil/sunflower oil.
dengan lada sulah, Lea & Perrins sos, 2 sudu besar gula dan sedikit garam.
CARA PENYEDIAAN:
1. Perap ayam sekurang2nya setengah jam bersama oregano, lada sulah, dan garam, biarkan seketika sementara menunggu minyak panas.
2. Untuk salutan tepung, campurkan tepung bersama oregano dan salutkan ayam tadi bersama-sama dengan tepung.
3. Celupkan ayam yang sudah disalut tepung tadi kedalam telur, dan pastikan semua bahagian dicelup dan ditutupi telur,
4. oreng ayam tersebut kedalam kuali, dan pelahankan api supaya ayam tidak keras dan tidak terlebih masak.
5. Masak sehingga ayam tersebut sudah kekuningan, toskan dan biarkan ditepi sementara menunggu sos hainan (sos masam manis) dimasak.
BAHAN SOS:
1 biji bawang merah-hiris halus
1 ulas bawang putih- hiris halus
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar air
1/2 biji buah tomato – belah empat
1/2 cawan kacang pis hijau.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau sebentar sehingga pecah minyak sedikit.
3. Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih dan pekat sedikit.
4. Masukkan buah tomato yang dibelah empat, kacau dan tambah oregano, garam dan gula, rasa dahulu, jika rasanya sudah cukup masam manis, tidak perlu tambah gula atau garam.
5. Akhir sekali masukkan kacang pis hijau, tunggu 1 minit dan hidangkan bersama ayam yang dah digoreng tadi bersama kentang goreng!
P/s: Goreng jejari kentang dan hidangkan bersama ayam dan sos hainan
Mudahnya nak buat AyamPopcorn homemade perkongsian saudari Amie Samuri ni. Sesuai dijadikan kudapan anak-anak sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ni. Bahan yang digunakan pun sangat ringkas dan mudah untuk diperolehi. Jom cuba.
RESIPI AYAM POPCORN HOMEMADE
BAHAN AYAM:
Dada ayam – dipotong dadu
Lada sulah secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN GORENG:
Tepung gandum secukupnya ( campur dengan sedikit baking powder) – letak dalam mangkuk
Telur – dipukul rasa. Letak dalam mangkuk
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ayam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap seketika.
2. Ambil isi ayam yang diperap, salut dalam campuran tepung hingga rata.
3. Kemudian celupkan dalam bancuhan telur dan salut sekali lagi dalam campuran tepung.
4. Masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga garing dan keperangan.
5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati bersama sos dan mayones.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.