Sambal Taucu Pedas Berapi ni memang padu. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang tak toleh kiri kanan dah. Selain nasi, cicah dengan Lempeng dadar pun dah nikmat. Sangat berbaloilah cuba masak Sambal Taucu perkongsian saudari Rosni Musa ni. Memang puas hati!
Sebut nak masak spaghetti, pasti anak-anak suka. Asyik makan rendang aje bosan jugak budak -budak yang datang. Ni bolehlah dihidang Raya masa rakan anak-anak datang beraya nanti.
Istimewa spaghetti kali ini , dah diberi sentuhan tempatan. Spaghetti ayam percik pun ada , diolah semula dengan rempah ratus. Tak lah asyik bolognese, carbonara dan aglio olio biasa aje kan. Cuba menu baru yang min kongsikan ni.
1. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB
BAHAN-BAHAN :
10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)
14 helai daun kari
3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil
2 sudu makan lada benggala/didadu kecil
3 sudu makan mentega
4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan
400 gm spaghetti
4 sudu makan minyak masak @minyak zaitun
Secubit garam
Serbuk lada hitam secukup rasa
2 ekor ketam lembut /saiz sederhana
Bahan untuk salutan tepung :
8 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk paprika
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak pasta :
Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
Tumiskan bawang dan masukkan daun kari.
Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega.
Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak hingga keluar buih
Masukkan spaghetti di dalam kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.
Cara masak ketam lembut:
Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa.
Salutkan ketam di dalam campuran tepung
Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ketam dalam minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.
Saiz hidangan : 2 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dengan rasa pedas cili yang enak
INFO CHEF: Sajian pasta fusion dengan penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.
2. STIR FRIED BEEF
BAHAN-BAHAN :
200 gm pasta
3 biji bawang kuning (kecil)
60 gm daging cincang
1/4 sudu teh cili padi/dicincang
2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil
1 senduk air
2 sudu makan daun ketumbar/dicincang halus
1/2 sudu teh lada hitam
3 1/2 makan minyak masak
CARA MEMASAK :
Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang hingga garing.
Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata.
Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala.
Kemudian masukkan pasta dan gaul rata
Masukkan lada hitam dan padamkan api
Hiaskan dengan daun ketumbar
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa.
Keistimewaan : Cili pada sebagai rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas
3. AGLIO OLIO AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN :
4 1/2 sudu makan minyak masak
400 gm spaghetti
2 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan lada benggala cincang
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
4 sudu makan daun ketumbar cincang
12 potongan baji tomato ceri
1/2 kiub stok ayam
Bahan ayam percik :
2 keping peha ayam (chicken chop)
5 biji bawang kuning kecil /dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sm lengkuas/ dikisar
2 sm halia /dikisar
40 ml santan
Garam secukup rasa
1 sudu makan pes cili kering
1 batang serai /dikisar
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Pewarna kuning
CARA MEMASAK :
Cara masak aglio olio pasta :
Rebus pasta ala dente dan toskan, letakkan sedikit minyak zaitun selapas tos supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dalam kuali, kepanasan sederhana. Masukkan bawang putih, tumis hingga perang dan masukkan tomato ceri.
Selepas 5 saat, masukkan pasta ke dalam kuali, dan masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk stok ayam (jika suka)
Siap untuk dihidang bersama kuah percik.
Cara masak ayam percik :
Nyalakan api dalam kuali, dan masukkan bahan kisar.
Tumis hingga naik bau
Masukkan pes cili dan perisakan dengan garam, dan sedikit gula (jika suka). Masukkan ayam.
Masukkan santan dan kacau perlahan, masukkan pewarna
Ayam percik sedia dihidang bersama pasta.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta fusion
Keistimewaan : Kuah ayam percik, rasa lazat citarasa Melayu
INFO CHEF : Ayam boleh juga digoreng asing atau dipanggang. Tuangkan kuah ayam percik di atasnya.
4. SEAFOOD PESTO WITH BASIL
BAHAN-BAHAN:
320 gm spaghetti
220 gm kacang hijau
Minyak zaitun dalam bekas semburan (olive oil spray)
250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )
250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 sm
Daun selasih segar untuk hiasan
2-3 biji buah zaitun
BAHAN PES (PESTO);
1 cawan daun selasih
1/3 daun parsli segar
20 gm keju parmesan (diparut halus)
2 sudu makan kacang pine (dibakar sebentar dalam oven)
1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan air panas
CARA MEMASAK :
Untuk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dalam pemproses makanan (food processor).
Biarkan hingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
Rebus spaghetti dalam periuk (saucepan) dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.
Tapiskan dan tinggalkan dalam 60 ml air dalamnya.
Sementara itu panaskan kuali leper dalam suhu tinggi. Semburkan sedikit dengan minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit hingga masak.
Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dalam kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.
Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Kacang pine boleh didapati di pasaraya besar. Anda juga boleh menggantikannya dengan badam atau kacang walnut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 15-20 minit
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis masakan : Barat
Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa.
Terima kasih :TRUST ISSUE KL, 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Wilayah Persekutuan KL
Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, 12 Lorong Utara A, off Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor
Kalau ada sambal yang sedap, rasanya macam dah senang hendak mengalas perut yang lapar. Cuma tinggal goreng telur dadar sahaja, sudah memadai untuk dijadikan lauk.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal tumis yang menggunakan cili padi. Ditambah pula dengan ikan bilis.
Rahsia keenakannya adalah ikan bilis jangan ditumbuk atau kisar terlalu halus. Biarkan kasar-kasar sedikit supaya sedap dimakan.
Jom kita tengok resipinya.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN
Segenggam ikan bilis (bahagi dua bahagian)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili padi hijau
Minyak masak untuk menumis
1 keping asam keping
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
CARA MEMBUAT
1. Sebahagian ikan bilis, bawang merah kecil, bawang putih dan cili padi dikisar halus.
2. Panaskan minyak masak.
3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan asam keping dan sedikit air. Tumis lagi.
5. Sebahagian lagi ikan bilis ditumbuk kasar. Masukkan dalam masakan.
6. Masukkan garam dan gula.
7. Masukkan cili padi hijau dan cili padi merah. Masak lagi biar sampai pecah minyak.
8. Matikan api dan boleh dihidang.
Resipi ayam lemon rangup ini kalau dimasak dan dihidangkan di rumah confirm akan jadi kesukaan anak-anak.
Rasanya yang masam manis dan sedikit pedas bersama ayam rangup cukup sedap sekali. Ayam lemon ini boleh dijadikan lauk atau diratah begitu saja pun boleh.
Resipi ayam lemon yang sedap dan rangup
Bahan-bahan untuk ayam goreng
Ayam – dibersihkan dan dipotong
Tepung ayam goreng Bestari
Bahan-bahan sos lemon
Bawang putih
Sos lemon
Cili flakes
Garam
Gula
Bijan (sagai dulu)
Cara membuat ayam lemon
1. Masukkan ayam dalam bekas, kemudian tuang tepung ayam goreng. Gaul hingga semua ayam disaluti tepung.
2. Panaskan minyak dan goreng sehingga rangup dan masak. Sekiranya menggunakan ayam saiz besar, pastikan api tidak terlalu kuat agar bahagian dalam ayam masak sekata.
Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya boleh buat sos lemon, kupas bawang putih dan cincang halus.
4. Kemudian, sangai bijan sehingga kekuningan dan ketepikan.
5. Di dalam kuali, tumis bawang putih menggunakan mentega. Pastikan api perlahan supaya tidak cepat hangus.
6.Masukkan cili flakes dan kacau sehingga sebati.
7. Tuangkan sos lemon. Sekiranya kuantiti ayam banyak, boleh tuang semua sos. Sos akan rasa masam, manis dan sedikit pedas.
8. Masukkan ayam goreng rangup dalam kuali dan gaul sebati.
9. Akhir sekali taburkan bijan di atas ayam. Sedia untuk dihidangkan.
Antara nasi sejuk dan nasi panas dah tentulah kita pilih nasi panas untuk dimakan dengan lauk pauk.Lebih berselera walaupun lauk tak seberapa. Namun begitu...