Bagi peminat lauk berkuah, resipi Sup Daging Siam perkongsian saudara Ben Safwan ni antara yang perlu dicuba. Sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak minyak. Resipi ini juga diolah mengikut cita rasa empunya resipi dan yang pastinya, memang ikut stail Thailand seperti yang dijual di kedai masakan panas. Pendek kata, penuh dengan kasih sayang lah. Berbaloi cuba masak untuk keluarga tercinta.
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan daging dan rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit menggunakan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit sahaja penutup bagi ruang keluar wap.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, cili padi Thai, akar daun ketumbar dan 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.
IKLAN
3. Kemudian tambah 700ml air (air + air rebusan daging ), daging rebus, daun ketumbar, perencah Sup Siam, sos ikan dan tomato. Besarkan api dapur, tutup periuk dan didihkan.
4. Bila sudah mendidih, perasakan ikut cita rasa dengan menambah serbuk perasa, garam dan jus limau nipis. Sup ini mempunyai rasa masam, pedas dan beraroma. Pastikan jumlah air juga tidak lebih atau kurang dari jumlah yang diberikan.
Sesekali dapat nikmati lauk pauk kampung memang tak toleh kiri kanan. Sedap tak terkata. Setelah lama tak dapat rentas negeri, kali ini puaskan hati makan masakan kampung air tangan ibu tercinta. Bila dapat makan lauk special rendang maman ayam kampung buat bertambah makan. Bahan-bahan seperti berikut.
Bahan-bahan: 1 kg daging / 2- 3 ekor ayam kampung 2 kilogram (kg) sayur maman 2 kg santan (bersamaan 6 biji kelapa) 7/8 keping asam keping 2 buku kunyit hidup Cili api (ikut suka) garam secukup rasa
Cara memasak: 1) Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah. 2) Bersihkan daging dan masukkan ke dalam kuali. 3) Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam daging @ ayam tadi. 4) Masukkan santan dan garam. Kemudian, kacau bahan daging @ ayam dan air cili itu supaya rata. 5) Setelah kuah pekat masukkan asam keping. 6) Bila santan pekat, baru masukkan daun maman. 7) Ingat, jangan kacau selalu kerana dikhuatiri keluar air pahitnya. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang!
Tak tahu nak masak apa dengan daging kambing yang sudah lama dalam peti sejuk. Ini Rasa kongsikan tiga menu berasaskan daging kambing yang sedap dan boleh anda cuba sendiri.
KAMBING MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN:
½ kg kambing | potong dan direbus sekejap di dalam air yang sedang mendidih. Angkat dan toskan.
5 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan tomato puri
4 sudu makan susu cair
2 sudu makan madu
1 sudu makan gajus yang sudah ditumbuk
4 sudu makan minyak sapi | untuk menumis
Setengah cawan tairu | susu cair yang dibancuh dengan air perahan limau nipis
Sedikit daun pudina
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
BAHAN KISAR UNTUK PERAPAN
4 biji bawang merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai | dihiris nipis
½ inci lengkuas
1inci halia
BAHAN DIGORENG
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit gajus
CARA MEMASAK:
Perapkan daging dengan bahan yang sudah dikisar. Biarkan dalam sejam.
Panaskan minyak sapi di dalam periuk sederhana besar. Masukkan rempah beriani. Kacau jangan sampai hangus.
Masukkan daging kambing yang sudah diperap tadi.
Masukkan susu cair, tomato puri, madu dan tairu dan gajus yang sudah ditumbuk.
Biarkan daging masak dengan api sederhana. Masukkan air sedikit jika rempah terlalu kering.
Apabila daging sudah empuk, masukkan bawang –bawang yang sudah digoreng dan daun pudina, daun bawang dan daun sup.
Kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
KUZI KAMBING
BAHAN- BAHAN:
½ kg daging kambing
2 sudu makan rempah kuzi
3 biji bawang besar | dihiris nipis dan digoreng hingga kekuningan
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
2 sudu makan tomato puri
1 sudu makan tomato sos
½ tin susu cair
1 sudu makan susu pekat manis
2 inci gula Melaka | potong kiub
1/2 cawan kismis | digoreng
1/2 cawan badam/gajus | digoreng
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Campurkan dengan rempah kuzi. Ketepikan.
Panaskan minyak dan masukkan pes rempah yang dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak. Masukkan tomato puri. Kemudian masukkan daging kambing.
Masukkan bawang goreng, susu cair, susu pekat manis, garam dan gula Melaka secukup rasa. Masak sampai daging empuk. Tambahkan sos tomato. Apabila semua sudah sebati, masukkan kismis dan badam.
Boleh dihidangkan.
DAGING KAMBING BAKAR KUNYIT CICAH SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
400gm daging kambing | potong nipis bersama tulang
Sedikit garam dan kunyit
SAMBAL KICAP:
20 tangkai cili padi
50gm gula pasir
50ml kicap manis
5gm belacan
10gm bawang merah
CARA MEMASAK:
Perap daging kambing dengan garam dan kunyit sekitar 10 minit. Panggang daging sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat air asam; kisar kesemua bahan tersebut kecuali yang dimayang dan dipotong dadu.
Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan tomato dan bawang yang dimayang. Gaul sebati. Ketepikan.
Untuk membuat kuah kicap; Kisar kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
Nak cuba buat sambal yang menawan cita rasa? Jom try buat sambal tumbuk. Ramuannya digoreng terlebih dahulu. Kemudian ditumbuk satu per satu. Memang sedap tak terkata. Jom try. RASA berikan langkah demi langkah.
SAMBAL TUMBUK
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar (dihiris)
Segenggam ikan bilis
CARA MEMBUAT
1. Goreng semua bahan. Angkat dan toskan.
2. Letakkan semua bahan yang dah digoreng dalam pinggan.
3. Tumbuk semua bahan sedikit demi sedikit menggunakan lesung batu.
Akhir sekali, kaut semua bahan yang sudah ditumbuk dan letakkan dalam mangkuk. Sedia dinikmati. Boleh juga perahkan limau atau letak sedikit gula dan garam jika suka.