Sedap juga jika ikan talapia digoreng garing dan dituang kuah bersos limau. Rasa masam, masin, manis dan pedas yang mampu membuka selera. Balance semua rasa, lagi-lagi bila dapat isi makan yang segar dan sedap. Jom kita ikut resipi yang dikongsi oleh Marina Ismail. Selamat mencuba!
Udang, ikan,sotong dan pelbagai makanan laut memang sedap dibuat sambal. Tambah pulak ada terung pipit, jering dan petai.
Sambal kalau nak sedap petuanya satu aje, tumis sambal tu sampai pecah minyak, baru terangkat sedapnya. Nanti boleh cuba 5 respi sambal dari hotel dan restoran terkemuka di Kuala Lumpur dan Selangor ni.
1. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar. 7. Angkat dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang. Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Resipi : 20 Laman Cafe, Taman Desa Damai, Bangi
2. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN :
Bahan sambal ikan bakar :
Pencicah sambal belacan dan bawang :
CARA MEMASAK : 1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar benar masak dan garing. 5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 8. Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 9. Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 10. Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 11. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya. 12. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 13. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 14. Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan gril/panggang Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF: Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
Resipi : Hotel New Word, Kelana Jaya, Petaling Jaya
3. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat. 2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 5 minit Cara memasak : Dihidang mentah Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah Anggaran kos : RM 50
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
Resipi : Hotel Pearl Kl, Jalan Klang Lama
4. JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
Bahan dikisar:
CARA MEMASAK : 1 .Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.. 2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi. 3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. 4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
Resipi : Hotel Pearl Kl, Jalan Klang Lama
5. SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing. 2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka. 4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak :25 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Lauk sampingan, sambal Keistimewaan : Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu. Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF :Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
Resipi : Hotel Grand BlueWave, Shah Alam
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Suka makan Cucur Udang yang sedap? Ha…meh sini nak belanja satu resipi best. Anda boleh cuba resipi Cucur Udang yang dikongsi sendiri oleh saudari Tyra Manan. Istimewanya beliau juga berkongsi petua membuat Cucur Udang yang tidak serap minyak dan resipi ini juga tidak menggunakan yis, soda bikarbonate atau baking powder. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK CUCUR UDANG SEDAP & TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN: 1/2kg tepung gandum – beli online disini 2 sudu makan tepung beras – beli online disini 1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini 2 biji telur 1 cawan tauge Kucai Udang kertas – kopek kulit Udang biasa – untuk hiasan atas cucur 3 cawan air Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan kemudian sebatikan. Perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tetapi nanti cucur udang jadi tak berapa sedap dan keras. Inilah rahsia Cucur Udang jadi kembung tapi tak serap minyak. Hanya perapkan sahaja adunan kerana kita tidak guna baking powder.
2. Panaskan 2 kuali. Satu untuk menggoreng dan satu lagi untuk panaskan senduk. 3. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tidak panas nanti adunan cucur melekat.
4. Bila senduk sudah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas. Terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
5. Goreng cucur sampai garing warna coklat keemasan. Siap. Hidangkan bersama sos.
CARA MEMASAK: 1. Rebus cili dan bawang putih kemudian kisar sampai hancur. 2. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka. 3. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. 4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung. 5. Kacau sebati dan bila dapat kepekatan yang anda suka, padamkan api. Sedia untuk dihidang bersama Cucur udang.
Pernah cuba makan Kari Mangga Muda? Biasa mangga ni dijadikan jeruk tau dimasak Pajeri je. Jangan tak tahu, mangga juga boleh dimasak kari dan rasanya juga sedap. Bagi anda yang ada pokok mangga yang tengah berbuah tu, bolehlah cuba resipi perkongsin saudari Nohani Derahman ni. Enk dimakan bersama nasi. Boleh juga dimasak bersama ikan atau ayam. Selamat mencuba!
Beberapa biji mangga muda
4 biji bawang merah besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
1 sudu teh halba campur – beli online disini
4 tangkai daun kari
2 sudu rempah kari ikan – beli online disini
1 sudu serbuk kunyit
2 sudu cili kisar
Air secukupnya
Santan (jika suka)
Garam, gula & perasa secukupnya
1.Bersihkan mangga mudah dan belah 2. Buang bijinya.
2. Panaskan minyak, tumis halba campur hingga naik bau.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai kekuningan.
4.Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan mangga muda dan gaul rata.
6. Masukkan air (dan santan jika nak buat kari bersantan). Biarkan mendidih perlahan-lahan hingga mangga lembut (anggaran 10-15 minit).
7. Masukkan garam, perasa dan gula dengan secukupnya.
8. Masak hingga kuah pekat dan sebati. Siap!