Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang  perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat.  Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.

Sandwich & Wrap, 2 Menu Sedap Untuk Makan Malam Yang Ringkas.

SANDWICH PESTO AYAM 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan daun ketumbar
  • 1 ulas bawang putih
  • 15gm daun pudina
  • 1 sudu makan kacang tanah, dibakar
  • 1/3 cawan minyak zaitun
  • Garam dan lada hitam  secukup rasa
  • 1/4 cawan keju cheddar
  • 1 biji limau nipis | diambil jus
  • 2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
  • 1 buku roti Perancis
  • 1 biji tomato | dihiris
  • 3 helai daun salad | dihiris

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
  2. Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
  3. Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
  4. Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
  5. Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
  6. Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.

 

Sandwich & Wrap, 2 Menu Sedap Untuk Makan Malam Yang Ringkas.

IKLAN

WRAP CAPATI KAMBING MASALA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
  •  250ml santan
  • Kepingan tortilla secukupnya
  • 5 helai daun salad | dihiris
  • Sedikit daun ketumbar | dihiris
  • 2 biji tomato | dihiris
  • Air secukupnya

BAHAN REMPAH:

  • 2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan serbuk paprika
  •  1 sudu makan serbuk cili
  •  1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh serbuk pala
  • 2 sudu makan puri tomato

BAHAN TUMIS :

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 biji bawang besar | dipotong dadu
  •  2 biji buah tomato | dicincang
  • 3 inci halia | ditumbuk lumat
  • 6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
  2. Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
  4. Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
  5. Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
  6. Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI