Anda mula rasa muak dengan rendang dan masakan berlemak sepanjang minggu ini? Apa kata tukar kepada menu lebih sihat dan sangat mudah disediakan, iaitu singgang atau pindang. Ini empat resipi pindang dan singgang yang sangat sedap. Kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang umppp, berbaloilah masak. Tak percaya cuba ye.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
Ads
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
PINDANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI
BAHAN-BAHAN:
Ads
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi pengemar aiskrim, seleksi aiskrim homemade yang mudah dan sedap ini boleh cuba hasilkan di rumah untuk anak-anak. Sesuai dinikmati dikala cuaca yang panas. Tidak menggunakan banyak bahan malah rasanya juga lebih sedap dan menjimatkan. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Campurkan semua bahan dan pukul hingga gebu. 2. Boleh bahagikan abeberapa bahagian da warnakan dan hias ikut kreativiti anda. 3. Simpan dalam peti beku semalaman sebelum dinikmati.
CARA MEMASAK: 1.Kisar strawberi kemudian masak menggunakan gula hingga larut. 2.Tuang ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas. 3. Bekukan dan boleh dinikmati.
CARA MEMASAK: 1.Kisar isi tembikai, air laici dan gula sampai halus. 2.Kemudian masukkan dalam jug. 3. Masukkan isi laici yang dipotong kecil ke dalam plastik aiskrim. 4. Tuang jus tembikai ke dalam plastik aiskrim simpul kemas. 5. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.
BAHAN-BAHAN: 1 kotak serbuk jelly – masak ikut arahan dan sukatan air pada kotak 1 senduk gula – jika perlu atau nak lebih manis. Kiwi – potong kecil Strawberi – potong kecil Tembikai – potong kecil Mangga – potong kecil Buah naga – potong kecil Anggur – potong kecil
CARA MEMASAK: 1. Masukkan serbuk jelly @ agar-agar ke dalam periuk dan masukkan sukatan air mengikut arahan pada kotak. Kacau hingga adunan tidak berketul. 2. Bila adunan mendidih, rasa. Jika kurang manis, tambahkan gula ikut citarasa. Masak hingga larut kemudian sejukkan adunan agar-agar. 3. Masukkan potongan buah-buahan ke dalam plastik aiskrim dengan secukupnya. 4. Tuang bancuhan agar-agar tadi dan ikat plastik aiskrim. 5. Bekukan di dalam peti sejukbeku dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.
1.Masukkan air, susu cair dan gula ke dalam kuali. Masak sampai mendidih. 2. Bila sudah mendidih, padamkan api. Masukkan tepung dadih tadi. Kacau selama 1-2 minit hingga semua bahan sebati. 3. Bahagikan adunan dadih kepada beberapa bahagian. Warnakan setiap satu dengan pewarna pilihan. 4. Bekukan dadih pada suhu bilik selama 1 jam supaay dadih mengental. 5. Ambil plastik aiskrim dan sudukan dadih tadi mengikut kreativiti masing-masing supaya membentuk warna Pelangi. Guna corong supaya dadih mudah dimasukkan ke dalam plastik. 6. Ikat plastik aiskrim dengan kemas dan bekukan selama 6 jam sebelum dinikmati.
1.Satukan susu cair, susu pekat manis, ovalette dan esen vanilla di dalam blender. Kisar hingga pekat. 2. Kemudian masukkan milo. Kisar lagi hingga semua bahan sebati. 3. Tuang ke dalam bekas dan bekukan dalam peti sejuk selama 24 jam sebelum dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan dalam blender atau mixer. Kisar selama 5 minit hingga semua bahan sebati dan teksturnya menjadi gebu. 2. Masukkan dalam bekas dan bekukan semalaman. 3. Jika ada mesin aiskrim, boleh juga digunakan untuk membuat aiskrim ini.
CARA MEMASAK: 1. Bancuh semua bahan terlebih dahulu supaya tepung jagung larut. 2. Kemudian masak bancuhan tadi sehingga mendidih. Tutup api. 3. Tapis bancuhan yang dimasak tadi bagi mengasingkan asam boi. 4. Masukkan asam boi yang ditapis tadi ke dalam plastik aiskrim. 5. Apabila air asam boi sudah suam, masukkan ke dalam plastik aiskrim. Bekukan.
BAHAN-BAHAN: 1 cawan dairy whipping cream 1/2 cawan susu full cream/ susu sejat/ susu cair (jika tiada whipping cream boleh guna susu 1½ cawan) 1/4 cawan susu pekat manis (beli online disini) 1 penutup esen vanilla (beli online disini) Perisa/ emulco pilihan Pewarna pilihan
CARA MEMASAK: 1. Pukul kesemua bahan (kecuali emulco dan pewarna pilihan) sampai kembang dan gebu. Boleh juga guna pengisar kalau tiada mixer. 2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. 3. Masukkan emulco dan pewarna pilihan. Contoh buat 3 bahagian. 1 bahagian guna perisa asal (vanilla), masukkan crushed Oreo. 1 bahagian perisa strawberi diwarnakan pink dan 1 bahagian lagi letak emulco coklat. 4. Tuang ke dalam bekas dan simpan dalam peti beku sekurang-kurangnya 4 jam 5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
BAHAN A (AISKRIM LIMAU): 3 cawan air ¹/1/2 cawan gula pasir (beli online disini) 1/2 cawan limau nipis Sedikit pewarna hijau 1 sudu makan tepung jagung (beli online disini)
BAHAN B (AISKRIM VANILLA) 1 tin susu cair 1 cawan susu pekat manis 2 cawan air kosong 1 sudu makan esen vanilla 1 sudu makan tepung jagung
CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan aiskrim limau, kacau sebati dan panaskan hingga mendidih. Sejukkan. 2. Campurkan juga bahan B dalam periuk berasingan. Panaskan hingga mendidih dan sentiasa kacau untuk elak tepung berketul. Biarkan sejuk. 3. Selepas masak perisa limau dan vanilla, rasa terlebih dahulu untuk cukupkan perisa yang tidak cukup. 4. Masukkan bancuhan aiskrim limau terlebih dahulu ke dalam plastik aiskrim hingga separuh. Nak mudah, guna corong. 5. Pusingkan/kepitkan plastik di tengah-tengah sebelum masukkan bancuhan aiskrim vanilla. Penuhkan sampai hujung plastik. 6. Kemudian lepaskan ikatan perlahan2 dari tepi. Jangan biar adunan hijau dan putih bercampur. 7. Selepas ikatan dibuka, baringkan plastik aiskrim seketika sebelum diikat kemas. Ikat perlahan-lahan supaya bancuhan tidak bercampur. 8. Ikat plastik dengan kemas dan sejukkan semalaman hingga beku sepenuhnya.
Daging masak kicap antara menu yang sering menjadi hidangan mudah untuk disediakan kepada keluarga. Ia sedap dan dapat membangkitkan selera.
Makan dengan nasi panas tambah satu lagi hidangan sayur atau juga telur dadar pun dah cukup.
Resipi yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini ada kelainannya. Menurut lelaki ini resipi dari ibu mentuanya itu cukup tersendiri dan sedap. Bolehlah cuba nanti.
Daging Masak Kicap Sedap
Bahan-bahan:
Bahan-bahan Perap:
500gm Daging lembu – hiris nipis melintang
½ sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan cili kisar
1 sudu kecil jintan manis – ditumbuk
1 sudu kecil jintan putih – ditumbuk
1 sudu makan bawang kisar
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
½ sudu makan gula
1 ½ sudu kecil garam
Bahan Tumis:
1 batang kecil kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
2 ½ sudu makan bawang merah yang telah dikisar
2 ½ sudu makan bawang putih yang telah dikisar
2 ½ sudu makan halia yang telah dikisar
1 ½ sudu makan cili kisar
Bahan lain:
½ sudu makan asam jawa – campur air dan masukkan air dalam masakan
Cara Penyediaan:
Perap daging dengan bahan-bahan perapan.
Dalam kuali tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar bersama cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
Kemudian masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biarkan daging lembut dengan air daripada daging yang diperap.
Tunggu sehingga air daging kering, masukkan air asa jawa.
Sesuaikan rasa dan jika perlu boleh tambahkan kicap pekat untuk nampak hitam.
Hari ini ada tetamu ingin datang bertamu atau anda mengundang rakan-rakan atau sanak saudara untuk makan tengahari atau malam, tapi masih tidak tahu nak mak masak menu apa. Ini RASA kongsikan empat menu yang mudah boleh anda masak dan sajikan.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan toskan
1 cawan kicap pekat manis
1 sudu makan kerisik
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
3 batang serai
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm lengkuas
2.5 halia
Bahan Sangai dan Kisar:
2 Ssudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
Bahan Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntuk bunga cengkih
3 biji buah pelagaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.
Seterusnya, masukkan bahan yang di kisar. Kacau hingga naik bau.
Masukkan daging kacau rata dan biar hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan kerisik kacau hingga sebati.
Sedia dihidangkan.
PAJERI NENAS
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas masak | hiris bulat dan potong dua
500ml santan pekat
5 biji bawang merah | kisar
2 biji bawang putih | kisar
2 sudu makan rempah kari | bancuh dengan sedikit air
1sudu makan serbuk cili | bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan udang kering | kisar
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Rempah Penumis:
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2.5cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan udang kering, bancuhan rempah kari dan serbuk cili, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan kerisik dan santan. Kacau hingga timbul minyak.
Akhir sekali masukkan nanas dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah kuah pekat dan nanas masak, tutup api.
Pajeri sedia dihidangkan.
KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
500ml santan
4 sudu makan rempah kari daging
2 biji kentang | belah empat
2 cawan santan
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2.5cm inci halia |kisar
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan semua bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
Seterusya masukkan kentang, air asam jawa dan daging yang telah direbus.
Kacau rata dan masukkan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih lebih kurang lima minit,
Masukkan santan. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kari daging sedia dihidangkan.
AYAM PERCIK SERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
1 cawan santan pekat
2 sudu makan pes cili kering
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
3cm kunyit hidup
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan serai hingga wangi bersama daun limau purut.
Masukkan bahan kisar bersama pes cili, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian tambahkan santan, diikuti ayam.
Biarkan hingga ayam kecut, masukkan pula asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Keluarkan ayam dan ketepikan.
Keringkan kuah hingga pekat dan taburkan hirisan daun kunyit.
Tutup api dan ketepikan.
Bakar ayam yang telah dikeluarkan tadi dalam ketuhar atau pemanggang lebih kurang 10 minit.
Masukkan ayam dalam pinggan dan tuangkan kuah percik di atasnya.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.