Sedapnya sajian Sotong Tumis Pedas ni. Menurut Puan Rosni Musa, resipi ini adalah dari mertuanya dan menjadi kegemaran anak-anak. Cara masaknya mudah sahaja dan sangat ringkas. Namun rasanya memang memikat selera. Bagi anda yang bercadang nak cuba menu mak mertua Kak Ros ni, berikut adalah bahan-bahan serta cara memasaknya. Selamat mencuba!
RESIPI SOTONG TUMIS PEDAS WARISAN MERTUA PALING SEDAP
1. Tumbuk bahan-bahan rencah kecuali sotong dan tomato.
2. Tumbuk kasar-kasar sahaja. Jika suka, boleh tumbuk hingga lumat.
Ads
3. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Tumis sampai sedikit garing.
4. Bila tumisan dah naik bau, masukkan tomato yang sudah dibelah empat. Kacau rata. Jika tiada buah tomato, boleh digantikan dengan asam keping.
5. Masukkan sedikit air ke dalam lesung untuk habiskan sisa-sisa bahan tumbuk. Kemudian tuang ke dalam kuali. Jangan masukkan banyak kerana nanti sotong akan mengeluarkan air sendiri.
6. Perasakan dengan garam dan juga perasa.
7. Seterusnya, masukkan juga sedikit gula. Kacau biar sebati.
8. Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan.
9. Kacau-kacau lagi sehingga sotong dan rencah bergaul sebati.
Ads
10. Renihkan sehingga sotong masak. Pastikan sotong tidak dimasak lama bagi mengelakkan ia menjadi liat.
11. Sotong Tumis Pedas siap untuk dinikmati. Boleh dihidangkan dengan lauk pilihan yang lain.
Kebiasaannya, kalau nak makan ikan bakar yang sedap mesti kita akan beli kat kedai kan? Bukan apa, takut buat sendiri tak menjadi dan rasanya tak sama macam kat kedai. Jangan risau, jom kita cuba guna resipi yang dikongsi oleh Nasriah Ramli. Tak susah pun sebenarnya nak buat ikan bakar ni. Memang sedap!
IKAN BAKAR NAS STYLE
BAHAN-BAHAN SAMBAL PERAP:
Bahan Kisar:
Cili kering
Lengkuas
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Ikan bilis atau udang kering
Bahan Lain:
Sos tiram
Air asam jawa
Gula perang
Garam
Air
Daun limau purut
Daun kunyit
Petai
Daun pisang
CARA PENYEDIAAN:
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan air asam jawa dan masak hingga kering.
Masukkan sos tiram, gula perang dan garam. Jika terlalu pekat atau kering, tambah sedikit air.
Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Barulah masukkan petai.
Bila sambal dah sejuk, lumur pada ikan dan balut dalam daun kunyit atau daun pisang. Perap 30 minit sebelum dibakar.
BAHAN-BAHAN AIR ASAM:
Cili merah
Cili hijau
Cili api
Tomato
Bawang besar
Garam
Gula
Air asam jawa
Belacan
Air limau nipis
CARA PENYEDIAAN:
Hiris halus cili merah, cili hijau, cili api, tomato dan bawang besar.
Gaul dan lenyekkan bersama garam, gula, air asam jawa dan belacan.
Perah air limau. Nak lagi sedap, boleh letak kerisik dan isi ikan rebus.
Sesiapa yang selalu mengikuti di instagramnya pasti mengenali beliau, jika baru berjinak dengan dunia masakan beliau antara instafamous yang disebut selalu dan pengikutnya pasti tertunggu-tunggu resipi apa yang dimasaknya hari ini.
Pemilik instagram @rosehayatie_
Skill Utama Masakan Menu Kampung, Resipi Dan Tunjuk Ajar Emak Jadi Rujukan Utama
Roshayati Jamaludin 38 tahun, mengakui banyak belajar memasak daripada emaknya sendiri. Setiap kali memasak dia pasti akan menelefon emak untuk bertanyakan bahan-bahan dan cara memasak. Sekarang boleh memasak dengan hanya mengagak-agak bahan hasil bantuan emaknya selama ini.
Sebagai surirumah sepenuh masa memasak menjadi rutin harian yang seronok diilakukannya. Rosehayati akan memastikan semua ahli keluarganya makan bersama sebelum keluar dari rumah untuk meneruskan aktiviti harian. Ibu kepada dua cahaya mata ini percaya amalan ini akan mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan.
Mengakui skill memasaknya lebih kepada masakan kampung dan keluarganya sendiri memang lebih meminati menu kampung. Menu yang selalu menajadi permintaan keluarga adalah yang berkuah seperti singgang, sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman. Rosehayati sangat bersyukur kerana anak-anak tidak cerewet dalam bab makan dan mengamalkan jadual pemakanan yang lengkap.
Asalnya hanya sekadar berkongsi gambar di instagram untuk koleksi sendiri bersama ahli keluarga dan kenalan rapat. Memang pada suami tidak bersetuju dengan minatnya tetapi akhirnya suami memahami dan menetapkan syarat supaya tidak mengabaikan keluarga.
Kini Rosehayatie menjadikan instagram sebagai tempat rujukan bertukar pandangan dan idea baru untuk memasak. Menggunakan smartphone sebagai medium utama untuk mengambil gambar dan video masakannya ternyata gambar yang dihasilkan sangat cantik dan kreatif. Kini laman sosial instagramnya telah mencecah lebih 200K dan beliau sentiasa mengemas kini akaun miliknya.
1. ASAM PEDAS IKAN CENCARU
BAHAN-BAHAN:
5 ekor Ikan cencaru sederhana
7 batang bendi
1 sudu teh biji sawi
1 ikat Daun kesom
1 keping asam keping
Air asam jawa secukup rasa
Air secukup (ikut kepekatan kuah)
Garam dan secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis biji sawi dan bahan kisar hingga wangi kemudian masuk Cili kisar masak sehingga Cili betul2 garing dan pecah minyak..
Ambil separuh Daun kesom masuk dalam tumisan kacau rata kemudian masuk asam keping dan Cili dah betul betul masak masukan air asam jawa,air secukupnya ikut kepekatan kuah,garam dan secukup rasa.
Kuah dah mendidih masukan Ikan dan kacang bendi..Biar mendidih seketika supaya Ikan dan kacang bendi betul2 masak..sedia untuk di hidang..
2. PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
6 biji terung saiz sederhana | belah dua jangan putus
2 paket kecil rempah kari daging babas}bancuh dengan sedikit air
2 sb udang kering
6 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
I inci Halia | hiris
1 btg kulit kayu manis,1 kuntum bunga lawang dan 3 batang cengkih
1 paket kecil kerisik
1 mangkuk kecil santan
3 sb gula | ikut rasa agak kurang boleh tambah
Garam dan secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan bahan hiris hingga wangi dan masukan rempah kari yang dibancuh bersama air kacau rata masak sehingga rempah kari betul2 masak dan pecah minyak.
Masukan udang kering,kerisik terung dan santan didih dengan api pelahan supaya pecah minyak.
Masukan gula,garam dan secukup rasa..masak hingga kuah agak pekat sedikit..siap untuk di hidang bersama nasi putih dan lagi sedap ada ikan masin gelama..
3. KUE TEOW GORENG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
800gm kue teow
1/2 kilo sotong
3 ulas bawang putih | kisar
3 biji bawang merah | kisar
1 senduk Cili kisar | tumis asing
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
2 sb Kicap manis
1/2 sudu kicap pekat
Secekak Daun kucai | potong pendek (lebih kurang 1 inci)
1 cawan tauge
Minyak untuk mengoreng secukupnya
Garam secukup rasa Jika perlu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali..tumis bahan kisar hingga naik bau..masuk Cili kisar tumis sampai Cili betul betul masak kemudian masuk sos cili,sos tiram,Kicap manis dan kicap pekat sambil kacau..
Masukan sotong kacau lagi beberap minit hingga sotong hampir masak masukan kue teow kacau lagi beberapa minit..
Masukan kucai dan tauge sambil di kaup balik sebentar..sayur separuh masak lebih rangup dan sedap..boleh di hidang bersama cili kicap..
4. AYAM MASAK SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
1/2 Ekor ayam
25 tangkai cili kering | kisar asing
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 inci Halia}ketuk
2 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sb Cili sos
2 sudu gula
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar | potong bulat
CARA MEMASAK:
Kisar Bawang besar dan Bawang putih..cili kering kisar asing..panaskan minyak tumis bahan kisar,halia dan serai hingga wangi kemudian masuk Cili kisar dan tumis sehingga Cili betul betul masak dan pecah minyak..
Masukan sos cili,asam keping,gula..masak sehingga mendidih dan kepekatan yang disukai
Akhir sekali masukan ayam yang telah digoreng dan Bawang besar yang dihiris gaul rata dan sedia untuk di hidangkan dengan nasi tomato dan acar jelatah
5. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1/2 cawan air kapur
4 cawan air
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan,kacau sebati,oles loyang dengan sedikit minyak masak,kemudian tapis adunan ke dalam loyang..
Didihkan air dalam periuk pengukus dan alas tutup periuk dengan kain tuala untuk elakan air menitik keatas permukaan Kuih yang di kukus nanti..
Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung pada saiz loyang yang di gunakan..bila dah masak,sejukan terlebih dahulu barulah dipotong
Gaul potongan Kuih kaswi ke dalam kelapa muda yang diparut beserta sedikit garam..
Sedap dimakan untuk hidangan petang..selamat mencuba..
Episod ke-6 Rasa Anak Emak Anak Bapak menampilkan selebriti cantik manis Rozita Che Wan yang meluangkan masa untuk keluar makan Mi Udang sedap bersama ibunya Hajah Zabedah Saad di restoran kegemaran.
Kalau nak tahu, ibu Che Ta ni sangat suka makan Mi Udang dan lokasi pilihan beliau ialah Warung Rumpun Mambu yang terletak di Pantai Tanjung Dawai, Merbok, Kedah. Kedai ni menyajikan sajian Mi Udang yang sedap pada harga yang amat berpatutan.
Lihatlah udang yang Cik Ta pegang dalam rancangan tadi, Besar tangan katanya. Memang berbaloilah. ABC pun ada. Siap hidang dalam ‘timba’ bak kata Cik Ta lagi.
Bila dah kenyang makan, puas hati dengan rasa Mi Udang, Cik Ta siap minta resipi dengan pemilik kedai untuk cuba masak hidangan ni dekat rumah. Hasilnya memang nampak sedap kan? Sampaikan tauke Warung Rumpun Mambu pun puji.
Nak cuba masak menu ni untuk ibu bapa dan keluarg tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
RESIPI MI UDANG
BAHAN-BAHAN:
500gm udang laut – bersihkan
2 ketul ubi keledek – rebus dan kisar halus
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili giling
1/2 senduk minyak masak
1 bungkus mi kuning – celur
1 pokok sawi – celur
Tauge – celur
Hirisan limau nipis secukupnya
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan udang kering – rendam dalam air hingga lembut
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan udang. Rebsu seketika untuk mendapatkan air rebusan. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar. Masak lagi hingga garing dan pecah minyak. 4. Masukkan air rebusan udang dan air secukupnya. 5. Tambahkan kisaran keledek anggaran 3 sudu makan. Masukkan juga sos cili, sos tomato, garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan kuah mendidih dan pekat. 6. Masukkan udang yang telah direbus tadi ke dalam kuah dan biar mereneh seketika. Siap. 7. Untuk menikmatinya, masukkan mi, hirisan sawi dan tauge ke dalam mangkuk. Tuang kuah dan udang dengan secukupnya. 8. Untuk rasa lebih sedap, boleh tabur bawang goreng dan juga perahan limau nipis. 9. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Air rebusan udang akan membuatkan rasa kuah Mi Udang jadi lebih sedap dan manis. Boleh juga tambah telur ke dalam kuah untuk rasa lebih enak.