Aiskrim Asam Boi adalah antara perisa aiskrim Malaysia yang jadi kegemaran ramai. Kombinasi rasa masin, sedikit masam dan manis memberikan rasa yang menyegarkan. Jika cuaca panas, memang laris aiskrim ni. Bagi anda yang suka makan Aiskrim Asam Boi, saudari Ida Alina Salleh ada kongsikan resipi dan juga petua untuk menghasilkan aiskrim Asam Boi yang lebih sedap dan berais halus. Ha…Nak tahu? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
CARA BUAT AISKRIM ASAM BOI YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 2 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jumlahnya) – beli onlineDISINI 2 liter air 2 sudu makan tepung jagung (campur dengan sedikit air dari sukatan 2 liter) – beli online DISINI 3 – 4 sudu makan kordial asam masin Double Lion – beli online DISINI 24-30 biji asam boi – beli online DISINI 4-5 biji limau kasturi – beli online DISINI Sedikit garam – beli online DISINI Plastik aiskrim secukupnya – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, air campuran tepung jagung, gula dan asam boi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
2. Masukkan kordial. Rasa terlebih dahulu dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau Kasturi ke dalam bancuhan air asam boi tadi. Kacau.
Ads
4. Tapiskan air dan ketepikan asam boi.
5. Masukkan asam boi ke dalam plastik. Jumlahnya dalam 1 biji untuk satu plastik aiskrim.
6. Letak air asam boi. Ikat ketat dan bekukan semalaman sebelum dinikmati.
Tercari-cari resipi puding yang sangat sedap tapi mudah untuk dihasilkan? Resipi Puding Seri Ayu perkongsian saudari Zura Zul ni antara yang terbaik untuk dicuba. Sesuai sangat dinikmati di musim cuaca panas ini. Malah ia juga boleh dijadikan sajian pencuci mulut atau dihidangkan di sebarang majlis keraian.
RESIPI PUDING SERI AYU
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar
3/4 cawan gula
4 cawan air
4 sudu makan tepung kastard @ tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
1 tin susu cair @ 1 kotak santan 200ml + 1 cawan air | jadikan 2 cawan santan
3 helai daun pandan
Secubit garam
Pewarna hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak air dengan serbuk agar-agar hingga mendidih. Kemudian masukkan gula dan daun pandan. Kacau rata.
Masukkan susu cair atau santan. Kacau sekali lagi.
Tambahkan tepung kastard dan secubit garam. Kacau sebati hingga mendidih. Sewaktu menunggu adunan mendidih, pastikan adunan sentiasa dikacau.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan berwarna putih dan satu lagi diwarnakan hijau.
Basahkan acuan seri ayu dan tuang adunan putih sebanyak 1/2 adunan. Biar beku sedikit.
Kemudian tuang adunan berwarna hijau pula hingga penuh acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.
Bila puding sudah keras, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
Bubur lambuk ni resipinya ada macam-macam versi . Jika di Terengganu banyak sayur ulam di dalamnya tetapi di Selangor dan KL ni bubur lambuk daging dan ayam lebih popular. Nak-nak kalau guna daging tetel memang terangkat lah rasanya.
Ada macam-macam resipi, tapi Min rasa ni lebih mudah dan gerenti jadi.
Resipi perkongsian dari Jamal dan Asmahan via FB mahn (masak apa hari ini)
BUBUR LAMBUK
BAHAN-BAHAN :
2 mug beras | rendam dalam 20 minit
1/2kg daging | campur yang berlemak (daging tetel)
1 bungkus kecil rempah sup
250ml santan
3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang merah | dikisar
8 ulas bawang putih | dikisar
1.5sm halia | dikisar
1kiub pati kiub lembu | jika suka
Kentang secukupnya | dipotong kiub
Lobak merah | dipotong kiub
Daun sup | untuk ditabur
Bawang goreng | untuk ditabur
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga agak garing
Masukkan rempah sup, tumis hingga naik minyak dan masak.
Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan beras.
Gorengkan beras seketika, dan masukkan air
Rebus beras sehingga nampak lembut.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
Masukkan lada hitam dan pati kiub lembu,Masukkan juga kentang dan lobak merah
Bila sayur dah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng
Siap untuk dihidang
Mudah dimasak, semua pun masuk dalam satu periuk aje. Boleh ulang makan banyak kali, kalu beli tapi ‘umat’ kat rumah tu ramai mana puas makan sekali aje kan. Jadi selamat mencuba,
Sedapnya Colek Mangga Muda empat rasa ni ni. Kalau biasa anda makan manga atau jambu cicah dengan gula dan kicap je, apa kata lepas ni cuba resipi pencicah perkongsian saudari Azira Mamat ni. Bahan tak banyak tapi hasilnya memang mengecurkan liur. Selain manga muda, kalau nak cicah dengan jambu batu, jambu air, kedondong atau nanas pun boleh. Tidak perlu beli lagi kuah rojak di kedai. Buat sendiri pencicah ringkas macam ni sudah membuka selera. Selamat mencuba!
RESIPI COLEK MANGGA MUDA GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
3 sudu gula
1 sudu garam kasar
1 sudu cuka
3 sudu kicap kicap
3 biji cili padi – dipotong halus
1 inci belacan – beli online BELACAN KAMPUNG sedap DISINI
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan diatas. Kalau nak tambah udang kering dan kacang sangai tumbuk pun boleh.
2. Gaul semua bahan hingga sebati.
3. Kuah pencicah ni biar pekat dan tak cair. InsyaAllah baru sedap.
4. Rasa colek ni masin, manis, masam, pedas semua ada. Selamat mencuba!
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...