Bubur lambuk ni resipinya ada macam-macam versi . Jika di Terengganu banyak sayur ulam di dalamnya tetapi di Selangor dan KL ni bubur lambuk daging dan ayam lebih popular. Nak-nak kalau guna daging tetel memang terangkat lah rasanya.

Ada macam-macam resipi, tapi Min rasa ni lebih mudah dan gerenti jadi.

Resipi perkongsian dari Jamal dan Asmahan via FB mahn (masak apa hari ini)

BUBUR LAMBUK

Bagi Berpuasa Sunat Rejab,  Cubalah Bubur Lambuk Versi ‘Simple’,

BAHAN-BAHAN :

Bagi Berpuasa Sunat Rejab,  Cubalah Bubur Lambuk Versi ‘Simple’,

  • 2 mug beras | rendam dalam 20 minit
  • 1/2kg daging | campur yang berlemak (daging tetel)
  • 1 bungkus kecil rempah sup
  • 250ml santan
  • 3 sudu makan lada hitam
  • 3 biji bawang merah | dikisar
  • 8 ulas bawang putih | dikisar
  • 1.5sm halia | dikisar
  • 1kiub pati kiub lembu | jika suka
  • Kentang secukupnya | dipotong kiub
  • Lobak merah  | dipotong kiub
  • Daun sup | untuk ditabur
  • Bawang goreng | untuk ditabur

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga agak garing
  2. Masukkan rempah sup, tumis hingga naik minyak dan masak.
  3. Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan beras.
  4. Gorengkan beras seketika, dan masukkan air
  5. Rebus beras sehingga nampak lembut.
  6. Masukkan santan dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan lada hitam dan pati kiub lembu,Masukkan juga kentang dan lobak merah
  8. Bila sayur dah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng
  9. Siap untuk dihidang

Mudah dimasak, semua pun masuk dalam satu periuk aje. Boleh ulang makan banyak kali, kalu beli tapi ‘umat’ kat rumah tu ramai mana puas makan sekali aje kan. Jadi selamat mencuba, 

Kredit : Jamal dan Asmahan

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI