Marjerin dan mentega merupakan dua bahan asas penting dalam dunia masakan yang sering digunakan untuk pelbagai hidangan. Sama ada untuk menyediakan kek, biskut atau lauk pauk, kedua-duanya memainkan peranan besar dalam menentukan rasa dan tekstur makanan. Namun, tahukah anda bahawa terdapat perbezaan marjerin dan mentega yang ketara walaupun secara luaran kelihatan hampir sama?
Apa Itu Mentega?
Mentega diperbuat sepenuhnya daripada lemak haiwan, khususnya lemak susu. Ia mempunyai warna yang lebih pucat berbanding marjerin dan teksturnya lebih lembut apabila berada pada suhu bilik.
Kandungan vitamin di dalam mentega juga lebih tinggi seperti Vitamin A, E dan K yang tidak larut dalam air. Oleh sebab itu, mentega perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya.
Dalam masakan, mentega sering digunakan untuk membuat kek, pastri, biskut dan pelbagai hidangan barat. Aroma dan rasa yang dihasilkan oleh mentega lebih kaya dan berlemak, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan kualiti rasa.
Apa Itu Marjerin?
Marjerin pula diperbuat daripada campuran lemak haiwan dan lemak sayuran. Warna marjerin biasanya lebih kuning berbanding mentega dan ia tidak mudah cair walaupun dibiarkan pada suhu bilik.
Dari segi kandungan, marjerin mengandungi sedikit vitamin berbanding mentega tetapi lebih mudah disimpan kerana tidak memerlukan suhu sejuk.
Ads
Marjerin sesuai digunakan untuk pelbagai resipi tempatan seperti kuih muih, kek tradisional dan nasi tumis. Malah, gabungan antara marjerin dan mentega boleh menghasilkan aroma yang lebih wangi serta rasa yang lebih seimbang dalam masakan.
Perbezaan Marjerin dan Mentega Dari Segi Ciri dan Penggunaan
Asal lemak: Mentega daripada lemak susu, manakala marjerin daripada lemak sayuran dan haiwan.
Warna: Mentega berwarna pucat, marjerin lebih kuning.
Tekstur: Mentega cepat lembut pada suhu bilik, manakala marjerin lebih stabil.
Vitamin: Mentega mengandungi lebih banyak vitamin larut lemak.
Penyimpanan: Mentega perlu disimpan di dalam peti sejuk; marjerin boleh disimpan di luar.
Tips Penggunaan Dalam Resipi
Apabila resipi menyatakan penggunaan mentega, sebaiknya jangan digantikan dengan marjerin kerana ia boleh mengubah rasa dan tekstur makanan. Begitu juga sebaliknya — jika resipi memerlukan marjerin, gantian mentega mungkin menghasilkan hasil yang berbeza daripada yang dijangka.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, perbezaan marjerin dan mentega terletak pada sumber lemak, rasa, warna, dan cara penyimpanan. Mentega memberi rasa asli dan tekstur lebih lembut, manakala marjerin menawarkan keanjalan serta ketahanan yang lebih baik pada suhu bilik. Pilihan antara kedua-duanya bergantung pada jenis masakan yang ingin disediakan.
Masalah singki tersumbat boleh buat spoil mood memasak kaum wanita. Kena selesaikan segera supaya pinggan mangkuk tak bertimbun sampai sakit mata.
Tapi sebelum panggil plumber kita sebenarnya boleh DIY untuk atasi masalah ini. Caranya hanya dengan menggunakan tiga bahan yang biasa ada di dapur iaitu cuka, baking soda dan air panas. Bukan saja singki, saluran bilik air atau longkang tersumbat pun boleh setel dengan kaedah ini.
Cara-cara
1) Sediakan baking soda, cuka dan air panas. Biarkan air dalam singki kering, atau keluarkan air di dalamnya.
2) Kemudian tuang baking soda dalam lubang singki diikuti dengan cuka. Ketika ini akan nampak berlaku kemeluapannya. Tunggu sekitar 5 minit.
3) Kemudian tuang air panas menggelegak di dalam lubang singki. Biarkan lebih kurang setengah jam. Waktu ini akan dengar bunyi gelegak dan air turun serta merta.
Info Penting! Jangan harap dapat hasil serta merta. Kena tunggu 30 minit barulah akan dengar bunyi air mengalir kembali.
Dah makan ubat batuk tapi tapi tak baik baik lagi. Apakata anda cuba membuat penawarnya sendiri dengan menggunakan bahan semulajadi dengan menggunakan tiga bahan utama yang dipercayai boleh meredakan batuk.
Menurut perkongsian empunya resipi Abam (sejadah tebal murah) air rebusan daun pudina bersama gula batu dan madu baik untuk dicuba . Mmenurutnya ini adalah resipi yang diwarisinya dari arwah datuknya.
Seringkali kita membeli bawang dalam kuantiti yang banyak namun tidak tahu cara yang tepat untuk menyimpan bawang. Kadangkala rosak begitu sahaja dan dibuang. Kan membazir. Jom semak langkah ini untuk langkah berjimat.
SIMPAN BAWANG YANG MASIH ELOK DI TEMPAT TERBUKA
Semasa membeli bawang pastikan bawang yang anda beli masih segar kerana jika membelinya keadaan tidak baik, ia tidak bertahan lama. Jangan pula simpan terlalu lama di dalam plastik.
Segera keluarkan bawang dari plastik lalu anda dan simpan dalam bekas yang terbuka.Bawang boleh dijemur.Langkah seperti ini dilakukan untuk membuat kelembaban bawang berkurang, di mana hal itu menjadi penyebab utama bawang menjadi busuk. Apabila bawang sudah kering, sebaiknya simpan bawang di dalam bekas yang memiliki lubang atau jaring-jaring.
Selain itu, boleh juga menyimpannya di dalam bekas buluh sebab ada lubang kecil yang banyak untuk aliran udara. Setelah itu, simpan bawang tersebut pada tempat yang memiliki aliran udara yang baik, tidak lembab dan panas. Elak menyimpan bawang di dalam peti sejuk. Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan membuatnya cepat busuk dan bertunas. Dalam satu tempat sebaiknya jangan letakkan longgokan bawang terlalu banyak. Ia agar aliran udara tetap dalam keadaan baik.
BAWANG DAN SAYURAN YANG LAINNYA PERLU LETAK BERJAUHAN
Setiap sayuran akan mengeluarkan gasnya masing-masing, begitupun dengan bawang. Ketika menyimpan bawang, sebaiknya jangan menggabungkannya dengan sayuran yang lainnya. Simpan bawang terpisah dengan sayuran lainnya supaya kesan penguapan gas berkurang yang dapat membuat bawang menjadi lebih mudah busuk.
BAWANG YANG SUDAH DIKUPAS Mudah memasak bila bawang-bawang sudah berkupas. Anda boleh meletakkan bawang yang sudah dikupas di dalam peti sejuk. Dengan keadaan seperti ini, bawang yang sudah dikupas akan bertahan cukup lama sekitar dua hingga tiga minggu. Untuk bawang bombay yang penggunaannya tidak selalu diguna seperti bawang putih dan bawang merah, boleh saja menyimpannya dalam bekas yang kedap udara. Simpan di luar peti sejuk. Ini dilakukan supaya bawang bombay tetap segar, tidak lembek ataupun mengecut.
BAWANG HIRIS ATAU BAWANG TUMBUK
Bawang yang sudah dihaluskan atau bawang yang sudah dihiris biasanya akan lebih tahan lama disimpan sebab tidak akan mudah membusuk. Bawang tumbuk dan bawang hiris juga lebih praktikal ketika digunakan ketika memasak. Simpan bawang hiris dan bawang yang telah dihaluskan dalam tempat yang kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk. Agar lebih tahan lama lagi, anda boleh menyimpannya dalam freezer. Inilah beberapa cara menyimpan bawang supaya tahan lama. Jadi tak ada masalah untuk menyimpan stok bawang di rumah tanpa takut busuk.
Moga ia memberi manfaat buat anda.
JIKA INGIN MEMBELI PERKAKASAN RUMAH, BOLEH BELI DI SINI.
Nak buat kek lapis kukus masam manis yang lembut dan gebu? Ikuti resipi mudah ini untuk hasil kek berlapis cantik, sedap dan sempurna setiap kali kukus. Sesuai untuk minum petang atau majlis istimewa!