Korang tahu tak kajian menunjukkan kismis,  buah kering bersaiz kecil yang sedap dimakan begitu saja atau dimasukkan dalam masakan atau kuih muih  sebenarnya mengandungi 60% fruktosa dan lebih kurang 40% glukosa dan kaya juga dengan antioksidan yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan kering yang lainnya.Kajian yang dilakukan oleh College of Nutrition, Amerika menyatakan kismis juga boleh menurunkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel  dalam tubuh seseorang.  Secara khusus ini lapan khasiat kismis:-

Selain Sedap & Manis, Ini 8 Khasiat Makan Kismis Yang Korang Dapat.

Memberi Tenaga:

Kismis mempunyai rasa manis secara semulajadi, pengambilannya secara rutin boleh memberikan korang tenaga dan meningkatkan sisem antibody tubuh. Hal ini disebabkan buah comel ini mampu menyerap zat-zat baik seperti protein, vitamin, karbohidrat  dari makanan ke dalam tubuh,

Menguatkan Tulang:

Tak sangka kismis juga tinggi kandungan kalsium, oleh itu dengan mengambil kissmis secara rutin  membantu tulang menjadi kuat. Sangat sesuai anak-anak dalam proses sedang membesar, kepada wanita yang mengalami menopaus, kismis membantu mencegah osteoporosis.

Selain Sedap & Manis, Ini 8 Khasiat Makan Kismis Yang Korang Dapat.

IKLAN

Mencegah Anemia:

Sesiapa yang ada anemia sangat disarankan mengambil kismis kerana buah ini dikatakan mampu membantu tubuh dalam proses pembentukkan sel-sel darah merah. Kandungan zat besi dan tembaganya membantu mencegah anemia, memaksimakan pembenkuan darah dan penyembuhan luka.

Mencegar Kanser:

Mengambil kismis secara rutin juga satu cara korang boleh cegah kanser. Kandungan zat polifenol antioksidannya berfungsi seperti katekin. Fungsinya untuk memerangi bahaya radikal bebas yang boleh menyebabkan sel-sel tumor dalam tubuh berkembang dan memungkinkan terjadinya kanser usus besar.

IKLAN

Menyihat & Menguatkan Gigi:

Tak sangka kismis yang manis ni baik untuk kesihatan gigi. Kandungan asid olenolic dalam kismis mampu melindungi gigi dari proses kerosakan dan pereputan akibat bakteria. Bonusnya ia juga mampu mengatasi masalah bau mulut dan masalah radang gusi.

Anti Sembelit:

Kismis antara buah kaya serat, secara tidak langsung ia memang membantu mengatasi masalah sembelit, sekali gus melancarkan masalah pencernaan.

IKLAN

Menyihatkan Mata:

Kismis kaya dengan  sat fitonutrien, zat ini sangat baik untuk kesihatan mata. Dengan mengambil kismis, korang tak perlu bimbang kemungkinan mata mengalami kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

 Mengelakkan Disfungsi Ereksi:

Khusus kepada lelaki ini berita baik kerana dengan mengambil  kismis secara rutin, ia mampu mengatasi masalah ereksi. Hal ini kerana kismis mengandungi asid amono bernama arigin yang dikatakan mampu meningkatkan libido lelaki.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI