Mungkin ada yang sudah mula berpuasa enam. Memang enak jika dapat menikmati nasi ulam yang menepati cita rasa. Resipi yang dikongsi oleh Puan Eyta Omar adalah resepi turun temurun dari arwah ibunya,Hajah Rahmah Puteh (Mak Mah).Bila lengkap bahan-bahan serta ulaman barulah terasa enak nasi ulam yang dihasilkan.Sesiapa yang teringin nasi ulam, bolehlah cuba membuatnya.
Nasi Ulam
Bahan-bahan:
Nasi putih
Ikan talang masin
Kerisik (Buat sendiri sangai kelapa parut sampai garing dan kisar halus)
Bunga kantan (hiris halus)
Ikan kembung (bakar diambil isinya)
Lada hitam
Bawang merah kecik (hiris halus)
Serai (hiris halus)
Lengkuas (racik halus)
Halia (racik halus)
Ulam-ulaman (daun selom,daun kunyit, ulam raja, tenggek burung, daun kesom, pucuk mengkudu, bunga kantan, daun kaduk, pucuk gajus, daun limau purut, daun pegaga dan macam-macam lagi daun ulam-ulaman lain yang boleh didapati)
Cara membuat:
1.Cuci daun-daun ulam, keringkan dan potong sehalus mungkin.
2.Bakar ikan talang masin tadi dan hancurkan.
3.Potong halus-halus bawang, bunga kantan,lengkuas, halia dan serai.
Ads
4.Tumbuk halus lada hitam bersama ikan kembung yang dah dibakar (ambil isinya)
5.Kemudian, semua ulam-ulaman daun-daun digaul dahulu dengan ikan talang masin, dan sedikit garam halus.
Ads
6.Selepas sebati, baru digaul dengan nasi putih. Siap.
Resipi sedap dan mudah untuk nasi kerabu bunga telang. Nasi kerabu dari negeri Cik Siti Wan Kembang @ negeri Kelantan.
Buat mereka yang baru mula berjinak untuk memasak nasi kerabu ini, bolehlah mencuba resipi yang dikongsi Aina W. Husian, menggunakan pewarna original dari bunga telang.
NASI KERABU BUNGA TELANG
BAHAN NASI KERABU:
1kg beras Bunga telang (bunga telang direbus untuk dapatkan warna, kalau tak ada bunga telang, boleh guna pewarna biru beli di kedai) 3 helai daun limau purut 3 sudu besar minyak masak Garam
Basuh beras bersih. Masukkan pewarna, daun limau, garam dan minyak. Kacau sebati dan masak macam nasi biasa. Minyak fungsi dia untuk nasi berderai cantik.
SAMBAL KELAPA NASI KERABU
1 biji kelapa parut (atau boleh beli kelapa parut RM4 atau RM5, goreng garing dengan api sederhana) 6-7 ekor ikan sardin @ apa-apa jenis ikan (rebus sekejap dan asingkan isi dengan tulang. Sangai sekejap bagi tak berair) 5 biji bawang merah – beli online di sini 3 biji bawang putih – beli online di sini Serai | potong halus-halus Gula Garam 1 sudu kecil serbuk lada hitam (atau lada hitam tumbuk) 3 biji limau nipis besar 3 biji (kalau kecil 5-6 biji)
1. Tumbuk bawang bagi hancur. Lepas tu gaul semua bahan serata, seimbangkan rasa masam, manis, masin, siap. Lebihkan rasa masam limau nipis tu. 2. Kalau nak tambah hiasan, boleh sagat cili merah besar dan bawang holland. Siap.
1. Kisar dulu bawang, halia dan cili kering. Tumis hingga naik minyak sekali daun purut, serai dan asam keping. 2. Masukkan santan dan bahan-bahan lain, masak hingga pekat dan sentiasa kacau-kacau. Sebatikan rasa. Tumis ni sedap jika lebih rasa manis dia.
SOLOK LADA
Kelapa parut (saya beli RM5) 5-6 ekor ikan sardin/kembung atau lain-lain 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih ½ inci halia Garam Gula Sedikit budu Cili besar | dibuang biji
CARA-CARA:
1. Ikan tu kikis isi dari tulang dan tumbuk bersama semua bahan. Atau kalau ada meat processor atau fusion master tupperware, hanya masukkan ikan dalam tu tanpa buang tulang. 2. Keluar isi ikan bersih tanpa tulang. Jimat masa sangat-sangat. Siap boleh hancurkan semua bahan sekaligus, gaul-gaul semua secukup rasa. 3. Sumbat isi solok ke dalam cili. Kukus hingga masak. Ada orang rebus dalam santan. Sy tak suka rebus. Kukus nampak cantik.
SAMBAL JANTAN
1 genggam cili padi merah ¼ cawan cuka (yang ni saya agak-agak je) Gula Garam
CARA-CARA:
Kisar semua bahan. Kalau ada limau nipis, boleh ganti cuka, lagi asli dan semulajadi rasa dia. Kena ada rasa masam, manis dan masin, baru ngam.
KERABU
Bunga kantan Kacang panjang Daun2 hijau Daun kesum Kubis Timun
Teringin lama nak makan nasi goreng Cina. Ada lebihan nasi semalam. Bagi yang tidak suka makan pedas, sesuai masak nasi goreng ni. Tambah minyak bijan lagi enak rasanya. Selain telur, letakkan sayuran ikut cita rasa anda.
Nasi Goreng Cina
Bahan-bahan:
Cara memasak:
2.Masukkan udang, biarkan masak sekejap.
3.Ketepikan udang, masukkan telur. Kecilkan api sikit untuk telur masak. Kemudian pecah-pecahkan telur.
4.Masukkan nasi dan sayur campur. Gaul rata.
5.Kemudian taburkan Maggi Cukup Rasa.Kacau sekejap.
6.Masukkan minyak bjian dan kacau lagi.
7.Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa atau minyak bijan. Ikut cita rasa masing-masing.
Pulut tanak makan dengan ikan masin atau durian memang paduan yang cukup menyelerakan sama ada untuk makan pagi atau petang. Namun mungkin ramai tak tahu ada satu rahsia untuk menghasil pulut tanak yang lebih sedap walaupun kosong saja.
Caranya adalah dengan memasak pulut menggunakan air kelapa. Tip ini dikongsi oleh Khadijah Jaafar .
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut susu
2 cawan air kelapa muda
Cara masak
2. Basuh beras pulut hingga bersih.
3. Masukkan air kelapa. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalam rice cooker. Jika mahu rasa sedikit masin, masukkan garam.
4. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ & siap. Sedap dimakan dengan kelapa parut & ikan masin.
Salah satu tip nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.