Selalu bila kita tengok Pulut nampak cantik berkilat rasa ingin tahu macam mana hendak dapat pulut begitu bukan? Sebenarnya ada cara untuk mendapatkan tekstur pulut sebegitu. Boleh ikut cara seperti yang dikongsikan oleh Siti Asrien Mohd Hassan Menurut wanita ini, sudah setahun lebih dia guna tip dan cara ini untuk tanak pulut. Buat tapai pun senang. Tak perlu kukus. Memang jadi!
TIP DAN CARA TANAK PULUT GUNA PERIUK NASI
1. Basuh beras bersama sedikit garam.
2. Untuk dapatkan kesan berkilat, basuh pulut 3- 4 kali basuhan.
3. Sukat air guna jari telunjuk, separuh dari line pertama jari. (jari di atas beras)
Ads
4. Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Tidak boleh longgar. (supaya wap panas tidak keluar)
5. Tekan butang COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM.
6. Jangan buka tudung periuk langsung sehingga masak, Insya Allah pulut cantik.
NOTA: Selepas WARM pun jangan terus buka tudung periuk. Biar 5-10 minit baru buka penutup. Ia bertujuan supaya pulut masak dengan wap panas.
Nak dapur cantik, susun atur barang-barang di ruang ini memang main peranan. Tapi jangan pula kerana mahu cantik kita abaikan aspek kesesuaian kedudukan alat elektrik.
Perlu diketahui ada alat elektrik yang tidak sesuai diletakkan berdekatan kerana faktor pengudaraan dan penghasilan tenaga panas. Sebagai contoh, microwave, ketuhar, dryer dan peti sejuk. Perkara ini dijelaskan oleh Azizul Azli Ahmad.
KEDUDUKAN PERALATAN DAPUR KURANG TEPAT?
Dapur ini kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya.
Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Saya jumpa foto di bawah tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini.
Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
Kedudukan dryer, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (Mikrowave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (Peti sejuk).
Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga.
Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
Tip reka bentuk dapur yang baik
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya di dapur.
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan. Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, di sana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita
Baru beli termos dah bocor, air cepat sejuk, atau mudah tumpah, Semua ni memang leceh. Ok, kalau tak mahu semua ini berulang, fikirkan empat perkara ini sebelum beli. Emak-emak wajib fikirkan ini kerana simpanan air panas perlu di rumah bagi membantu memudahkan penyediaan susu si manja.
Senangkan, fikir dulu sebelum buat keputusan membeli dengan bijak.
Tentukan Tujuan Beli Termos
Dulu sebut je termos hanya untuk simpan air panas, tetapi sekarang ada termos untuk air sejuk. Sebaiknya sebelum beli tentukan tujuan membeli. Ibu muda mungkin lebih memerlukan termos bagi tujuan simpan air panas supaya mudah menyediakan susu anak. Anda yang suka hangout atau travlling, mungkin memerlukan kedua-dua termos, sejuk dan panas.
Jenis Material
Sekarang termos diperbuat dari pelbagai jenis material ada yang stainsteel, kaca dan juga plastik. Namun yang sering disarankan adalah jenis stainsteel dan kaca. Kedua-dua ini tahan lasak dan air yang disimpan di dalamnya tahan panas atau sejuk lebih lama.
Saiz
Jika diteliti, terdapat berbagai saiz termos di pasaran ada yang kecil boleh memuatkan 200ml hinggalah 2.5 liter. Jadi belilah termos sesuai dengan kegunnaan. Jika untuk kegunaan seisi keluarga termos yang besar 1.5 hingga 2.5 liter adalah sesuai. Jika untuk dibawa sebagai bekal ke pejabat, memadai 0.5 liter.
Sesuai Dengan Keperluan
Jangan terpengaruh dengan bentuk termos yang bermacam rupa. Sangat baik anda tumpukan kepada keperluan penggunaan dari memikirkan cantik semata. Termos dengan penutup yang boleh digunakan sebagai cawan, sangat membantu anda tidak ada mug atau cawan bila di bawa keluar atau ke pejabat. Atau termos yang ada pemegang, sangat praktis di bawa ke mana-mana tanpa perlu memasukkannya ke dalam beg. Termos dengan penyedut sesuai untuk anak-anak atau ahli sukan.
Sayangnya, pasta yang anda masak sebagai hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak.
Pertama:
Apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.
Kedua:
Bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
Ketiga:
Jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.