Sedapnya Karipap Kentang. Memang tidak dinafikan, karipap ni antara kuih yang jadi kegemaran ramai tanpa mengira usia. Dapat pula makan karipap yang rangup dan sedap, lagilah laju suap ke mulut. Bermurah hati berkongsi resipi Karipap Kentang yang sedap, saudari Noor Baini Bakar juga berkongsi petua goreng karipap supaya kulitnya licin dan rangup Ha…Nanti bolehlah cuba ya. Jom lihat bahan-bahan lain yang diperlukan.
RESIPI KARIPAP KENTANG RANGUP & SANGAT SEDAP!
BAHAN-BAHAN: 1 kg tepung gandum – beli online disini 1 cawan minyak masak – beli online disini 1 cawan majerin – beli online disini 1 cawan air sejuk dari peti ais – sukatan lebih kurang 2 sudu (kfc) garam – masukkan ke dalam air dan larutkan
CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP: 1.Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. 2. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh. 3. Simpan doh di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam. 4. Doh karipap siap untuk digunakan.
RESIPI INTI KENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kentang – dipotong dadu, direbus, dan ditos air – beli online disini 1/2 biji bawang besar – dicincang – beli online disini 4 sudu makan serbuk kari – beli online disini 8 sudu makan gula – boleh sesuaikan ikut citarasa Sedikit daun kari 3 sudu teh garam – beli online disini Udang 1 sudu teh serbuk perasa – tidak letak pun boleh Sedikit air Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga berbau wangi. 2. Masukkan rempah kari, gula, garam, perasa dan sedikit air. 3. Masukkan ubi kentang dan juga udang. Kacau hingga kering. 4. Padamkan api dan sejukkan inti. Kemudian bolehlah digunakan untuk buat inti karipap
TIP: Goreng karipap dengan api yang sederhana supaya kulitnya licin dan rangup.
Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN
6 biji telur
1 cawan santan
1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
1 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
CARA MEMASAK:
Pukul telur sampai kembang
Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
Ada yang panggil vadai, vada, wada, vade tapi sering disebut ‘Wah-dei’, merupakan sejenis makanan masyarakat India. Kuih yang asasnya diperbuat dari kacang dhal dan dicampur dengan ramuan seperti cili, bawang, daun kari, jintan dan daun kari.
VADAI
BAHAN-BAHAN:
1/ 2 kilo kacang dhal (rendam 2 atau 3 jam bagi elok kembang)
CARA MEMASAK:
Toskan dan asingkan 2 sudu besar kacang dal.
Kemudian kisar bakinya dengan sedikit air (hanya sedikit air). Kalau blender tidak boleh pusing kacau kacang itu guna senduk dan blend lagi. Tidak boleh juga baru tambah air sedikit. (Jangan kisar sampai hancur sangat)
Sudah siap kisar tapis guna penapis.
*Boleh juga guna blender kering (tapi hasilnya nanti agak keras)
BAHAN LAIN:
2 sudu besar kacang dhal yang sudah di asingkan tadi
Satukan kacang dhal yang dikisar dengan semua bahan-bahan lain.
Simpan seketika dalam peti sejuk di bahagian bawah lebih kurang 30 minit dalam keadaan menyenget (letak bekas tinggi sebelah supaya air dalam adunan itu boleh mengalir ke tepi dan mudah untuk di buang nanti) kalau guna kisar kering tidak perlu simpan dalam peti.
Kemudian panaskan minyak dengan api sederhana. Ambil adunan kemudian leperkan sidikit pada senduk nasi bagi padat dan luncurkan dalam minyak panas. Bila sudah garing bolehlah angkat dan makan.
Tip: Untuk hasil kuih yang lembut dan ranggup guna blender basah. Untuk hasil yang keras dan ranggup guna blender kering.
Kredit: Mariana Zainal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Macam-macam lauk pauk dan kuih boleh diolah menggunakan pes durian. Ada setengah dari kita buah durian tidak dijamah tapi bila diolah menjadi kegemaran pula. Citarasa orang berbeza-beza.
Boleh buat untuk minum petang. Dikongsikan resipi kuih Bingka Durian yang lemak manis dan lembut rasanya.
BINGKA DURIAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 sudu besar mentega (dicairkan)
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan isi durian
3 biji telur
2 – 3 titik pewarna kuning
Sedikit garam
Sedikit bijan untuk ditabur atas bingka
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan-bahan.
2.Gaul sebati, boleh juga dikisar.
3.Panaskan oven. Masukkan bancuhan tadi dalam loyang yang sesuai.
4.Bakar pada suhu 170’c selama lebih kurang 45 minit.
credit : Lie Ya
JIKA MENCARI AIR FRYER , JOM KLIK DI SINI.ADA BANYAK PILIHAN YANG MENARIK.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!