
Rindukan kampung halaman, tiba-tiba teringat kuih lejen ni. Kuih Jongkong ni rasanya ada ala ala kuih tepung pelita.Bezanya kuih tepung pelita, lapisan putih berada di atas sekali dan tidak dibungkus tertutup. Balut dengan daun pisang. Adunan santan dan pandan dan ada gula merah. Serbuk gula merah digunakan supaya bila dikukus nanti akan berkuah, sedap. Aroma daun pisang tu akan menyedapkan lagi. Masuk peti ais lagi sedap. Lagi banyak gula dan santan, lagi sedap dan berkuah.
Bahan-bahan:
Adunan hijau
Air pandan
1 cawan tepung beras
Air kapur
Sedikit tepung ubi. -BELI ONLINE DI SINI
Kacau-kacau, lebih kurang adunan buat cendol. Lembut-lembut kenyal.
Adunan putih
Santan
Garam
Air
Tepung beras. Sama macam adunan tepung bungkus/tepung pelita, tetapi lebih lembut. Kena lemak.- BELI ONLINE DI SINI
Daun pisang
Cara memasak:
1.Kacau keduanya atas api separuh masak. Masa mengacau tu,agak-agak adunan lembut lekat kat hujung senduk elok lah tu. Kalau keras tambah air panas.

Serbuk gula merah/ racik gula melaka/gula kabung. Kalau serbuk gula merah saya guna pek warna hijau cap bintang.
3.Lipat acuan daun pisang tadi seperti bungkus tapai dan semat dengan stapler atau lidi untuk mengemaskannya.
4.Susun dalam periuk pengukus dan dikukus selama 20-30 minit. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Kredit: Suraiya Zain
Buat Inti Homemade Untuk Cucur Badak, Pulut Panggang, Pulut Inti Dengan Ramuan Ini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Madu Sira, Masak Guna Resipi Ni Memang Sangat Sedap!

Isi Kandungan
ToggleSedapnya makan nasi bersama Ayam Madu Sira. Lebih enak lagi jika dimakan bersama Nasi Kerabu. Bau wangi ayam tu, lagi-lagi bila ayam tu tengah dibakar, fuhh memang menggoda sungguh.Anda nak cuba? Saudari Afy AL Habibi ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
AYAM MADU SIRA JELITA
BAHAN-BAHAN:
3-4 ketul ayam | dibersihkan dan dikelar/dicucuk
1 ½ rempah ayam madu cikgu afy
Kicap lemak manis
CARA MEMASAK:
1. Tuang 1 ½ sudu besar serbuk rempah ayam madu cikgu afy ke atas ayam.
2. Tambah 1-2 titik sahaja kicap. Jangan lebih untuk kuantiti ayam yang diberikan.
3. Penambahan kicap ini untuk menghasilkan warna maroon ayam madu yang cantik. Gaul rata.
4. Seterusnya pindah masuk dalam periuk. Saya buat cara rebus dulu sebab nak dapatkan warna yang cantik tadi. Tak payah perap pun kalau guna kaedah ni.
5. Saya tambah lagi ¾ sudu besar rempah ayam madu cikgu afy sebab nak tambah air pula selepas ini.
6. Rebus kira-kira 10 hingga 15 minit dalam api kecil. Balik-balikkan untuk kedua bahagian.
7. Ayam siap direbus separa masak. Air yang terhasil tu jangan buang ya.
8. Goreng dulu ayam yang direbus tadi. Tak perlu lama sebab ayam dah masak separa.
9. Nampak tak beza warnanya (tengok gambar). Kalau digoreng tanpa direbus dulu, warna ayam tidak merah menyerlah sebab masa gorengan yang lama.
10. Ataupun lepas goreng tak sira balik, warnanya pun jadi kurang cantik juga.
BAHAN BUAT KUAH SIRA AYAM:
Kuah lebihan rebusan ayam
1 sudu besar rempah ayam madu cikgu afy
1 senduk kecil minyak goreng ayam
½ sudu besar gula perang – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Kacau rata seketika dalam api perlahan.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balikkan bagi sebati dan siap.
4. Atau kalau nak bau ‘smokey’ macam ayam madu bakar, letak pelapik macam saya tu atas api gas (tengok gambar). Susun ayam. Buka api tak sampai seminit. Jangan lama-lama. Siap!
Kredit resipi: Afy AL Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Nak Buat Ikan Goreng Lagi Sedap? Boleh Cuba Ramuan Istimewa Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Gambar Dan Resipi Menarik Buat Tatapan Follower

Setiap orang mempunyai minat yang berbeza-beza. Bagi yang suka memasak, sekali rasa masakan tersebut dia sudah tahu apa bahan-bahan atau ramuan yang ada dalam sesuatu masakan itu. Dengan teknologi masa kini, minat memasak ini dikongsi bersama di media sosial dan menjadi tontonan ramai peminat.
Buat Norazila Saim, 45 tahun, seorang surirumah sepenuh masa mula berjinak-jinak dengan media sosial setelah membuka akaun instagram pada 2016.Pada awalnya hanya ingin memuat naik gambar keluarga dan aktiviti harian sahaja, tiada niat untuk kongsi resipi dan gambar-gambar masakan.
Namun lama-kelamaan lebih cenderung memuat naik gambar masakan.Bagi menghasilkan gambar masakan yang menarik, Zila menggunakan kamera dslr untuk hasil yang memuaskan. Gambar masakan keseluruhannya menggunakan gajet ini agar gambar lebih jelas dan menarik.
“Bila rakan-rakan dan keluarga suka, dari situlah saya terus bersemangat dan aktif update resipi dan gambar-gambar setiap hari di instagram,” ujarnya.
Tambahnya lagi, minat memasak timbul sejak berusia 12 tahun.Semasa itu ibunya bekerja,jadi Zila banyak mengambil alih tugas ibu dengan membantu menyediakan hidagan untuk keluarga di rumah. Bermula dengan masakan yang mudah-mudah sahaja. Seingatnya menu pertama yang dipelajarinya dari ibu ialah ikan masak singgang sebab itulah resipi yang paling senang dan cepat siap,tapi sedap.
“Saya lebih cenderung pada hidangan kampung dan masakan ala pakistan memandangkan suami dan anak lebih gemar masakan begitu,”akuinya.Masakan yang menjadi kegemaran keluarga biasanya yang berasaskan daging. Menu yang paling digemari keluarga ialah daging masak lada hitam dan rendang daging.
Zila akui masakan dari air tangan sendiri penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dari hidangan harian yang kita sajikan pada keluarga ada keistimewaan tersendiri.Selepas memasak kita sajikan hidangan di atas meja. Kemudian dinikmati bersama-sama.
Ianya satu momen yang indah dan akan dikenangoleh anak-anak sehingga besar. “ Di meja makanlah kami bercerita tentang aktiviti harian masing-masing. Keikhlasan memasak untuk keluarga itu pasti mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan,”akhiri Zila.
Buat follower @zila_norazila, boleh cuba resipi yang dikongsi olehnya. Sesuai untuk hidangan sekeluarga .
Pais Ikan Senangin
Bahan-bahan:
3 ekor ikan senangin
4 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia dan kunyit hidup
3 batang serai
3 sudu santan kotak
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
3 helai daun limau purut | hiris halus
sedikit serbuk kari
Sedikit daun kari
Cara memasak:
1. Kisar kesemua bahan kecuali daun kari.
2. Gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam, letak sedikit pati ayam.
3. Masukkan ikan dan gaul sebati.
4. Sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus, pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi.
5. Panggang atas api sehingga masak.
Sticky Caramel Chicken Wings
Bahan-bahan
12 keping kepak ayam | belah dua
2 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang putih | diketuk/tumbuk
1 sudu makan halia | dicincang/tumbuk
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan kicap
1 sudu makan sos cili
1/4 cawan madu atau 30ml sugar zero syrup
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings. Kacau dan goreng selama 5 minit.
3. Masukkan semua sos dan madu. Kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak masak dan kekuningan- bersalut dengan
4. Sedia dihidang.

Bahan-bahan:
2 ekor ketam | bersih dan tos
1 batang serai | dihiris halus
5 helai daun limau purut | dikoyak sedikit
2 pokok daun ketumbar | dihiris
10 biji cili padi | dihiris
1 biji bawang besar | didadu keci
2 ulas bawang putih | didadu kecil
3cm halia muda | hiris halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
2 sudu makan pes cili thai
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air
Cara memasak:
1. Goreng ketam dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dihiris dan didadu.
3. Kemudian masukkan pes cili,sos tiram dan pes cili thai.
4. Kacau rata,masak sehingga sedikit garing.Tambahkan sedikit air.
5. Masukkan ketam,kacau sehingga rata dan perasakan dengan gula dan garam. 6. Sedia dihidang.
Phad Kra Phao
Bahan-bahan:
200gm ayam | cincang kecil
4 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
1 sudu teh gula
Daun selasih secukupnya
Bahan tumbuk kasar
4 ulas bawang putih
8 biji cili thai merah kecil
Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
2. Masukkan ayam, gaul rata. Masak hingga ayam lembut dan masak sempurna.
3. Tambah sos tiram, kicap, gula, sos ikan.
4. Kacau rata. Akhir sekali masukkan daun basil/selasih tutup api.
5. Tambahkan sedikat garam jika perlu.

Bahan-bahan:
1 biji nenas | potong bulat dan celur
2 cawan santan pekat
1cm halia | tumbuk
5 ulas bawang merah | tumbuk
2 ulas bawang putih | tumbuk
2 sudu makan udang kering | tumbuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula merah/putih
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan biji sawi
1 sudu makan cili kisar
Sedikit garam
Asam jawa secukupnya
Bahan tumis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudu makan rempah kari ikan | bancuh bersama air
Cara memasak:
1. Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk serta bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan kerisik dan nenas kacau rata.Masuk santan,garam dan gula.
3. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
4. Kemudian masukkan nenas .Tambahkan sedikit air.Biarkan nenas masak sempurna.Sedia dihidang.
Resipi: Norazila Saim
Koleksi Mi Paling Popular Yang Orang Malaysia Suka Sangat, Ini Resipinya!

Isi Kandungan
ToggleHidangan berasaskan mi atau pasta memang popular dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tidak mengira bangsa makanan berasaskan mi mejadi sebahagian makanan rutin. Banyak pilihan mi yang kamu boleh pilih sekiranya tidak mahu menjamah nasi. Citarasawan berkongsi resipi dengan 6 jenis hidangan berasaskan mi dan pasta yang sedap dan boleh dijadikan idea sajian bersama keluarga.
1. ASAM LAKSA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg laksa basah atau laksa kering | direbus dahulu
- 1 kg ikan kembung atau sardin
- 2 liter air
- 4 keping asam gelugor
- 2 sudu besar asam jawa tambah 1 cawan air
- 2 batang serai | di ketuk
- 5 tangkai daun kesum
- 2 bunga kantan | belah 2
- Garam secukup rasa
PES – KISAR HALUS:
- 6 tangkai cili kering | rendam dan kisar halus
- 1 in lengkuas
- 1 batang serai | ambil bahagian putih
- 1/2 inci kunyit
- 6 ulas bawang merah
- 1 inci belacan
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
- 6 tangkai daun pudina
- 1/2 biji nanas | dihiris
- 2 biji cili merah |dihiris
- 1 biji timun | dihiris
- 1 labu bawang besar | hiris halus
- 1 bunga kantan | hiris halus
- 4-5 biji limau kasturi | belah 2
- 2@3 sudu besar petis udang
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak.Asingkan ikan dan siat-siatkan isinya.
- Tulang ikan di kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur, kemudian tapis ke dalam periuk.
- Masukkan pes kisar halus, daun kesum, jus asam jawa, asam keping, serai dan bunga kantan. Masak hingga mendidih selama 30 minit. Tambah air jika kuah pekat.
- Masukkan isi ikan dan biar mereneh selama 15 minit lagi.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Hidang bersama bahan-bahan sampingannya dan petis udang.
- Telur rebus jika suka
2. LAKSA LEMAK SIAM / THAI LAKSA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg laksa halus atau 1 paket laksa kering | rebus dan toskan
- 5 ekor ikan sardin / kembung /selar | rebus, asingkan isi dan kisar halus
- 5 cawan santan cair
- 3 cawan santan pekat
- 5 helai daun limau purut | di carik-carik
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering | buang biji, rendam dulu
- 5 tangkai cili padi | buang biji
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 2 batang serai | ambil bahagian putihnya
- 3 biji buah keras
BAHAN ULAM – HIRIS:
- Kacang panjang
- Timun
- Kobis / Daun Salad
- Daun Selasih
- Limau Kasturi
- Bunga Kantan
- Telur Rebus jika suka
CARA MEMASAK:
- Rebus ikan dengan sedikit air dan asam gelugor. Asingkan isinya. Simpan air rebusan dan asam gelugor.
- Kemudian kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus. Ketepikan
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan baki santan cair dan isi ikan kisar dan masak hingga mendidih.
- Masukkan daun limau purut, asam gelugor biar mendidih seketika.
- Kemudian tambahkan santan pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Rasa masin, manis, lemak dan pedas.
- Reneh selama 30 minit, tutup api dan kacau sehingga wap hilang.
- Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hidang bersama kuah dan ulam.
3. SEAFOOD SPAGETTHI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket spagetthi
- 1 cawan udang
- sedikit garam dan serbuk lada hitam
- Minyak zaitun
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 4 hiris halia | hiris halus
- 2 tangkai cili hijau | buang biji potong dadu
- 1 1/2 cawan kepah
- 1 1/2 cawan tomato ceri | belah 2
- 4 batang crabstik | potong pendek
- 1 cawan stock ayam atau | 1 cawan air dan 1 sudu makan stok pekat ayam
- 1 biji limau nipis
- Daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Gaul udang bersama sedikit garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak zaitun.
- Perap sebentar kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga udang kemerahan.
- Angkat dan ketepikan dulu,
- Rebus spagetthi dengan sedikit minyak hingga lembut.
- Angkat dan toskan, gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih, halia dan cili hijau sebentar.
- Tambahkan tomato, stock ayam, garam, serbuk lada putih, lada hitam dan kepah.
- Tutup kuali dengan penutup dan masak sebentar.
- Masukkan crabstick, jus limau nipis dan parutan kulit limau. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan spagetthi dan gaul rata.
- Hidang di dalam pinggan dengan taburan daun ketumbar.
4. GRILL KWAY TEOW DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus kway teow | cuci dan toskan
- 1 cawan taugeh
- 3 tangkai daun kuchai | potong 1 inci
- 1 biji telur
- 100gm daging lembu
- 1/2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil kicap cair
- 1 sudu besar minyak masak
Bahan Perasa
- 3 ulas bawang putih | di cincang
- 3 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 1/2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap seasoning
CARA MEMASAK:
- Daging di hiris nipis, gaul bersama tepung jagung hingga rata.
- Masukkan lada putih, kicap cair dan minyak, gaul hingga sebati. Perap sebentar.
- Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang putih hingga perang.
- Masukkan daging perap dan masak hingga daging berubah warna.
- Masukkan kway teow, masak dengan api besar hingga kway teow menjadi mengerutu dan terbakar.
- Kemudian masukkan semua bahan-bahan perasa dan gaul rata.
- Kosongkan tengah kuali, pecahkan telur dan tutup dengan kway teow.
- Biarkan sebentar sehingga telur masak.
- Kemudian gaulkan telur bersama kway teow hingga rata.
- Letak taugeh dan daun kuchai, kacau sebentar dan angkat.
- Hidang bersama jeruk cili hijau.
5. MEE KARI PENANG
BAHAN-BAHAN:
- 2 paket mee kuning
- 1 cawan taugeh
- 2 keping paha ayam | potong sedang
- 10 ekor udang
- 3 tangkai kacang panjang | potong pendek
- 8 biji tauhu pok
- 1 liter air
- 1 cawan santan pekat
CARA MEMASAK:
- Didihkan air di dalam periuk, celur kacang panjang sebentar.
- Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Toskan
- Kemudian celur tauhu pok sebentar untuk membuang minyaknya.
- Angkat dan siram air sejuk. Tekan atau ramas hingga airnya kering.
- Potong 2 dan ketepikan.
- Didihkan 1 liter air, masukkan ayam dan masak sebentar.
- Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Toskan.
- Dalam air rebusan yang sama, masukkan udang, celur sebentar.
- Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Toskan.
- Simpan air rebusan tadi untuk membuat kuah kari.
BAHAN PES KARI:
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 4 ulas bawang putih
- 8 ulas bawang merah
- 3 biji buah keras
- 1 sudu besar garam
- 2 sudu besar gula batu kecil
- 1/3 cawan serbuk kari daging
- 2 sudu besar serbuk pati ayam
- 1/2 cawan minyak untuk menumis
PENYEDIAAN PES KARI:
- Kisar halia, lengkuas, serai, bawang dan buah keras hingga halus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan rempah kari dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
- Setelah siap, angkat dan ketepikan 2 sudu besar untuk tumisan ayam.
- Bakinya akan di masukkan ke dalam kuah.
BAHAN AYAM TUMIS:
- 2 sudu besar pes kari yang di ketepikan
- Potongan ayam yang di celur
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- sedikit minyak untuk menumis
PENYEDIAAN AYAM TUMIS:
- Panaskan minyak, masukkan pes kari, masak dengan api kecil.
- Masukkan ayam dan kacang panjang. Gaul rata.
- Tambah serbuk pati ayam dan kacau rata.
- Angkat dan ketepikan.
BAHAN SAMBAL CILI :
- 6 ulas bawang merah
- 3 sudu besar udang kering, rendam dan tos
- 1 sudu kecil belacan
- 1/2 cawan cili kering kisar
- 2 batang serai, ketuk
- 1 sudu kecil gula batu
PENYEDIAAN SAMBAL CILI:
- Kisar bawang, udang kering dan belacan hingga halus.
- Panaskan sedikit minyak, tumis serai hingga naik bau.
- Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
- Akhir sekali, tambahkan sedikit gula batu dan masak hingga gula hancur.
PENYEDIAAN KUAH KARI:
- Masukkan pes kari ke dalam air rebusan tadi.
- Bila mendidih, masukkan gula batu, garam dan serbuk pati ayam secukupnya.
- Akhir sekali masukkan santan.
- Setelah mendidih, masukkan tauhu pok.
- Untuk hidangan, masukkan mee dan taugeh yang di celur ke dalam mangkuk.
- Tambahkan kuah dan hidang bersama ayam tumis, udang dan sambal cili.
6. MEE KUAH ROJAK
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji keledek oren
- 3 keping kecil gula Thai atau gula melaka
- 2 sudu kecil garam
- 8 tangkai cili kering | rendam dan kisar
- 1 mangkuk air asam jawa
CARA MEMASAK:
- Keledek di rebus hingga empuk, buang kulit dan kisar dengan 1 1/2 cawan air hingga halus.
- Cili kisar, air asam jawa dan gula melaka di masak hingga mendidih.
- Bila gula larut, masukkan keledek kisar, jika pekat tambahkan sedikit air, masukkan garam dan reneh hingga kuah hampir pekat. Kuah tidak terlalu cair atau pekat dan rasanya pedas manis.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg mee kuning | cuci dan celur sebentar, toskan
- 2 keping tauhu | goreng, potong dadu
- 4 biji telur rebus | di belah 4
- 2 biji ubi kentang rebus | potong dadu
- Taugeh | celur sebentar
- Timun | hiris halus
- Daun salad | hiris halus
- Cucur Udang | potong kecil**
CUCUR UDANG KERAS**
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 cawan isi udang cincang
- Sedikit serbuk kunyit
- 1 ikat daun kucai atau daun bawang | potong
- 3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
- Gaulkan kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit dan gaul rata dan adunan tidak terlalu lembik.
- Goreng hingga keperangan. Potong kecil dan hidang bersama mee dan bahan-bahan lain.
RESIPI DAN FOTO: TERIMA KASIH KAK WAN @ Resipicitarasawan.blogspot.com