Karipap sedap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Putus selera. Kalau nak tahu cara-cara nak buat kulit karipap yang rangup serta tahan lama, boleh cuba resipi perkongsian Che Kelly Muhamaddi bawah ini.
RESIPI KULIT KARIPAP SEDAP & RANGUP
BAHAN KULIT KARIPAP:
1kg tepung gandum ( empunya resipi guna cap blue key)
1 cawan minyak masak
2 sudu makan marjerin
350ml air
2 sudu makan air rendaman kapur makan ( yang jernih)
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak bersama marjerin. Sukatan ini untuk 1 kg tepung. Jika nak buat 2kg, gandakan sahaja bahannya.
2. Kemudian tuangkan ke dalam tepung dan uli menggunakan sudu. Jangan uli dengan tangan kerana tepung sedang panas.
3. Gaul tepung hingga jadi macam ni.
Ads
4. Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati. Jangan risau jika tepung tidak menjadi licin. Asalkan ia sebati, sudah mencukupi.
5. Setelah siap diuli, masukkan ke dalam plastik sebegini. Tujuannya supaya doh tidak terkena angin. Perap selama 4 jam. Tujuan doh diperap pula adalah supaya ia lembut dan berminyak sedikit.
6. Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan goreng hingga garing.
7. Jika nak buat frozen, cukup sekadar goreng karipap separuh masa. Kemudian bekukan.
RESIPI INTI KENTANG
BAHAN INTI KARIPAP:
1 kg ubi kentang | dipotong dadu, direbus dan di tos airnya
1/2 biji bawang besar | didadu kecil
4 sudu makan serbuk kari
8 sudu makan gula | boleh dikurangkan jika kurang gemar inti karipap yang manis
3 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa | boleh abaikan
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari serta sedikit air, gula, garam dan perasa.
Ads
3. Seterusnya masukkan ubi kentang. Kacau hingga kering.
4. Padamkan api dan sejukkan inti. Boleh digunakan untuk menghasilkan karipap.
Malam ini teringin nak buat bakso. Harapnya rasa sedap macam di kedai. Hidangan ini enak dihidangkan untuk bila-bila masa pun. Kesedapan bakso terletak pada kuahnya. Kalau sedap pasti puas makan.
BAKSO
Bahan-bahan kuah bakso: • 10 biji bawang merah • 5 ulas bawang putih • 3 biji buah keras • 2 inci halia
Cara memasak: 1.*Kisar dan tumis semua bahan di atas. Tumis hingga agak garing dan naik bau. 2.*Masukkan tulang lembu/daging sedikit untuk bagi lagi bangkit kuah tu. 3.*Masukkan air secukupnya. 4.*Lada putih biji 1 sudu besar tumbuk. Masukkan ke dalam kuah. 5.*Perasakan gula garam. 6.*Masukkan bebola daging. 7.*Renehkan hingga pecah minyak.
Resipi Sambal Lada •Cili api segenggam (optional) •cili kering yg direbus (dlm 5 keping je) •1 sudu kecil cuka • 1 ulas bawang putih •sedikit kuah sup •garam gula * blend semua bahan di atas
Bahan lain •Sos cap tamin/Mudim •kicap tamin Sumber : Fara lome
Peminat buah nangka mesti suka pulut ni. Menurut Roziyana Bakar pulut tu dikukus boleh, nak masak macam masak nasi pun boleh. Tapi jangan lupa rendam dulu pulut tu.
Pemilik resipi masak pulut gula high pressure cooker. Masak lima minit aje.Untuk kuah masak atas api.
PULUT NANGKA
.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan pulut (rendam sebentar dalam sejam& toskan)
Santan kotak 1/2 cwn
Daun pandan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MASAK :
1. Masak pulut dan semua bahan. Air sama paras dengan pulut ya.
2. Pemilik resipi guna high pressure cooker, masak lima minit aje
3. Kukus macam biasa pun boleh
KUAH SANTAN
.
BAHAN-BAHAN :
Gula Melaka 2 ketul
Santan 1 kotak
Buah Nangka 8-10 ulas (blend)
Bancuhan tepung jagung 2 sudu
Daun Pandan
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Masak gula melaka dgn sedikit air kemudian tapis
2. Masuk semua bahan kecuali tepung jagung bersama gula melaka yg dh di tapis td. Masak hingga mendidih
3. Masukkan bancuhan tepung jagung
CARA MENGHIAS:
1. Belah buah nangka jangan sampai putus, buangkan bijinya.
2. Masukkan sedikit pulut
3. Resipi asal, kukus sekejap dalam 2-5 minit, jangan lama nanti buah nangka lembik. (tak kukus pun tak apa)
Lain rasanya kalau makan roti panas panas dari oven ni tau. Ni dia resipi Roti Arab yang mudah dibuat. Bahan ramuannya pun cuma enam bahan aje, tak termasuk air dan garam
Jom tengok resipi daripada perkongsian Chef Ninjadi laman FBnya dan juga di Rasa Share Resipi. Kata Chef Ninja Roti Arab ni memang sedap kalau dinikmati bersama gulai daging. Kalau min suka makan dengan kari ayam aje…pergghh.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dah uli sehingga elastik. 2. Biarkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda. 3. Tumbuk-tumbuk adunan untuk buang angin dlm tepung dan bentukkan bulat-bulat, ikut besar mana kita nak. 4. Bahagikan kepada 10 bahagian
.
5. Canai dan rehatkan atas dulang pembakar selama 10 minit. (Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat, dulang tu sapu sikit butter atau minyak)
.6. Bakar 150c selama 20 minit
.
7. Siap
.
SELAMAT MENCUBA SEMUA
Kredit foto & resipi : FB Chef Ninja Sumber : Rasa Share Resipi
ANDA INGIN MENCARI OVEN TERBAIK, JOM BELI ONLINE DI SINI