Sedapnya Ayam Goreng Serai Thaini. Cukup rasa rempah ramuannya. Goreng pula garing-garing dan dimakan panas. Waduh….Memang membuka selera. Biasanya bila sebut ayam goreng, pasti Ayam Goreng Kunyit, Ayam Goreng Tepung, Ayam Goreng Berempah. Nah..Kali ni ada pilihan lain. Barulah tak jemu. Jom hari ni cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Merecik rasa dia. Anda pasti sukakan rasanya. Rasa pun tidak pedas. Anak-anak pasti suka.
CARA MASAK AYAM GORENG SERAI THAI (THAI LEMONGRASS FRIED CHICKEN)
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam – dipotong kecil & dicuci bersih 2 batang serai – dipotong 2 cm & ditumbuk hancur mengunakan lesung batu 2 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos ikan – beli online disini 1 sudu teh gula – beli online disini 2 sudu makan tepung jagung – beli online disini 5 helai daun limau purut – dihiris
CARA MEMASAK 1. Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (kecuali daun limau purut) serta bahan yang dikisar halus. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
2. Panaskan minyak agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti. 3. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.
4. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut.
Tak dinafikan setiap negeri ada keistimewaan masakan popular tersendiri. Bagi negeri Kelantan, gulai adalah juadah istimewa yang ada dalam senarai menu makanan di sana.
Bagi orang Kelantan, gulai dan kari adalah dua menu yang berbeza. Untuk dapatkan hasil gulai yang cantik, ada pelbagai tips dan petua yang diamalkan orang dulu-dulu.
Menerusi perkongsian daripada cikgu Afy AL Habibi, dia menggunakan ilmu masakan yang ada dan juga diwarisi daripada ibunya.
Menyimpan hasrat agar resipi ini terus terpelihara dan dapat dipanjangkan kepada generasi akan datang, cikgu Afy berkongsi 7 tips awal untuk menggulai ayam. Kena ikut betul-betul untuk hasil akhir gulai ayam yang menjadi luar biasa kesedapannya.
TIPS PERTAMA Sediakan bahan kisar seperti dalam gambar. Resipi untuk 2 ekor ayam:
TIPS KEDUA Panaskan minyak secukupnya. Tumis terlebih dahulu 4 sekawan. Lagi satu boleh tambah bunga daun kaduk.
TIPS KETIGA Pastikan bahan yang dikisar ditumis sehingga naik bau. Barulah cikgu masukkan 1/2 sudu besar cili kisar sendiri.
TIPS KEEMPAT Tips paling penting; untuk mendapatkan rasa gulai kari Kelantan, gunakan serbuk rempah kari timbang dari sana. Masukkan 7 sudu besar. Tumis dalam api paling perlahan.
TIPS KELIMA Masa ni kena tumis betul-betul. Barulah rempah wangi dan tahan lama. Biarkan rempah garing sehingga terbit sedikit minyak. Guna api paling perlahan ya.
TIPS KEENAM Selepas rempah garing, masukkan 2 ½ cawan air. Kemudian perasakan dengan nise kampung. Kebanyakan penjual nasi atau orang Kelantan rata-ratanya akan masukkan nise sebagai tambahan pemanis dan penyedap rasa. Masukkan pula 1 ½ sudu besar garam bukit sebagai perasa peringkat pertama.
TIPS KETUJUH Renehkan pes seperti dalam gambar selepas ditambahkan air asam jawa sebanyak 1 gelas besar. (1 gelas air + 1 sudu teh asam jawa). Jika betul tumisannya, pes gulai ayam menjadi wangi semerbak dan lambat basi gulainya.
RESIPI GULAI AYAM KELATE SPECIAL
(untuk kuantiti 6-7 ketul ayam)
BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah saiz bola pingpong 1 ulas bawang putih saiz kecil 3 hiris nipis serai 1/2 hiris nipis lengkuas 1/2 hiris nipis halia 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan. Kemudian tuang bahan kisar tadi.
2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.
3. Sediakan campuran rempah gulai yang menjadi rahsia gulai ayam lebih sedap. Masukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.
4. Barulah masukkan 1 cawan air. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama (nise, garam, perasa). Kacau rata. Tutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.
5. Susun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam. Proses ini disebut ‘palo awah’ dalam bahasa Kelantan.
6. Disebabkan saya masukkan sekali kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.
7. Boleh tengok isi pada kaki ayam sedikit lekang. Barulah boleh tambah santan. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.
8. Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai. Perasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
9. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya. Siap.
10. Nanti makanlah nasi bungkus buat macam ni. Ada sayur taugeh, sambal lada jantan, daging goreng sekali. Perghhh. Sedapnya memang sampai ke bulan. Selamat mencuba.
Kuih ini kelihatan seperti maruku, tetapi bukan. Ia adalah Cheese Stick, , rangup dan lemak. Sangat sedap dijadikan kudapan. Korang boleh cuba dan tambahkannya dalam senarai kudapan rasa anda semua.
Cheese Stick BAHAN-BAHAN: 250gm tepung ubi 120gm keju parut kasar 50gm mentega 2 butir biji telur Sedikit garam Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Dalam mangkuk chopper masukkan keju parut, telur dan mentega. Kisar hingga halus.
Tuangkan ke dalam bekas berisi tepung ubi.
Uli hingga sebati dan doh lembut serta tidak lekat di tangan.
Ambil sedikit doh gentel dengan memanjang dengan dua tapak tangan dan masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyaknya menggunakan api sederhana.
Tunggu kuih timbul baru kacau.
Setelah bertukar warna kuning keemasan, boleh angkat.
Hidangan paprik ayam ini lengkap ayam dan sayur-sayuran. Jika inginkan menu ringkas, sekali masak sahaja dalam satu kuali tapi lazat, buatlah masakan paprik.
Menu ini cukup popular jika ke restoran Thai. Inilah ntara hidangan yang sering dipesan pelanggan. Cukup lengkap hidangan dalam satu menu, masak satu lauk ini pun dah cukup mengundang selera. Buat pedas sikit, memang bertambah-tambah dibuatnya.
Ikuti perkongsian resipi Paprik Ayam istimewa daripada Tengku Syazwany ini. Para peminat paprik bolehlah mencuba.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...