Salah satu makanan terkenal di Johor adalah Laksa Johor. Dihidangkan dengan ulam-ulaman dan wajib ada sambal belacan. Cara makan laksa ini pun guna jari sahaja, tanpa sudu dan garpu.
Cara penyediaan dan hirisan ulamannya juga ada seni tersendiri. Sebagai contoh, timunnya tidak dihiris biasa sebaliknya dihiris dan digulung.
Untuk resipi kali ini, Har Ryea sudi berkongsi cara-cara menghasilkan Laksa Johor yang sedap. Makan guna tangan, barulah ori! Jom kita cuba.
Rebus ikan dan asingkan isi dan tulangnya. Kisar dengan sedikit air rebusan. Tulang pun turut dikisar dengan air rebusan dan kemudiannya ditapis. Baki air rebusan ketepikan dahulu.
Kisarkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan lengkuas.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama rempah kari ikan. Biarkan sehingga naik minyak dan garing sedikit.
Kemudian, masukkan santan dan tambahkan sedikit air rebusan tadi. Kacau rata.
Ads
Setelah itu, masukkan isi ikan, tulang ikan yang telah dikisar dan ditapis. Kacau rata.
Masukkan pula kerisik dan didihkan seketika.
Masukkan garam, ajinomoto dan asam keping. Kacau lagi.
Tambahkan pula daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata.
Ketika ini, bolehlah sesuaikan kepekatan kuah Laksa Johor yang diingini. Jika rasa terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi baki air rebusan tadi.
Jika dah berpuas hati, biarkan kuahnya mendidih dalam api perlahan sehingga naik minyak dan berbau wangi.
Dah siap dan sedia untuk dihidangkan. Caranya, letakkan spageti. Letakkan kuah. Letakkan pula ulam-ulaman tadi dan akhiri dengan sambal belacan. Perah limau sedikit, gaul-gaulkan dengan jari dan bolehlah dinikmati.
Mi yang cukup terkenal di negeri pantai timur . Makan mi bersama sup jernih ikan dan wajib ada kepok ikan.
MI CALONG BAHAN-BAHAN:
2kg ikan selar kuning/selayang
Ikan disiang asing isi ikan dn tulang ikan.
Isi ikan unttk buat kepok sahaja.
Tulang ikan untuk buat kuah calong.
BAHAN KUAH MI CALONG:
15 ulas bawang merah/dimayang halus.
2 labu bawang putih/dimayang halus.
6 batang kulit kayu manis.
5 biji cengkih
5 biji pelaga
Garam secukup rasa.
Minyak masak secukupnya utk menumis.
CARA MEMASAK:
Semua bahan ini ditumis hingga naik bau.
Bawang itu biar ia masak kekuningan.
Lepas itu isi tulang ikan tadi kacau sekejap.
Kemudian baru isi air sebanyak mana yang nak.
Akhir sekali isi bahan perasa secukup rasa yang dikehendaki.
BAHAN-BAHAN SOS:
Cili padi.
Sos cili
CARA MENYEDIAKANNYA:
Kisar cili padi, cili sos dan air masak sehingga halus.
Ikut sebanyak mana hendak atau cair pekat sos tadi.
BAHAN HIASAN:
Daun bawang/sup.
Tauhu-digoreng dan potong kecil
Telur ayam/puyuh- direbus hingga masak.
Fishcake/digoreng hingga masak.
Kicap manis
Lada sulah.
BAHAN-BAHAN:
Satu peket mi kuning/mi halus/mi lidi.
CARA MEMASAK:
Untuk mi kuning dan mi halus direndam dengan air panas sekejap. Bila sudah lembut sedikit baru tos.
Cara masak mi lidi/mi batang. Rebus air hingga menggelegak, masukkan mi lidi atau mi batang hingga mi terendam. Bila mi sudah timbul itu tandanya mi sudah masak.
BAHAN KEPOK IKAN:
Tepung ubi.
Garam
Isi ikan yang telah diasingkan dari tulang tadi.
CARA MENYEDIAKAN KEPOK IKAN:
Isi ikan dikisar tanpa air sedikit demi sedikit sampai hancur.
Ambil isi ikan yang dikisar tadi dan digaul dengan tepung ubi (masukkan sedikit demi sedikit). Digaul bersama garam dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
Gaul isi ikan tadi sehingga tidak melekat dijari.
Kemudian digentel bulat atau memanjang. Ikut citarasa anda.
CARA MEMASAK BEBOLA:
Air dimasak hingga menggelegak baru isi kepok ikan yang digentel tadi Bila kepok ikan tadi sudah timbul itu tandanya ia dh masak.
Kemudian angkat dan toskan.
Ikut citarasa anda jika hendak goreng atau rebus terpulang.
Sebut sahaja Spageti Carbonara, tentunya anak-anak paling suka. Rasanya yang tidak pedas memang memancing selera anak-anak. Cara penyediaannya juga mudah menggunakan sos sedia ada, namun buat sendiri lebih jimat dan mengikut cita rasa yang tersendiri.
Kita boleh buat sendiri Spageti Carbonara tanpa menggunakan sos segera dalam botol atau tin. Ikuti sahaja resipi perkongsian daripada Nurul Husna Mohamed Daud ini. Menurutnya, dia memperoleh resipi ini daripada kekandanya. Menu ini juga sering menjadi rebutan anak-anaknya. Jom kita buat.
Rebus spageti terlebih dahulu, sampai lembut dan letak minyak masak 2 sudu besar untuk elakkan spageti melekat ketika sejuk.
Panaskan majerin dan minyak. Ttumis bawang hingga masak dan naik bau. Biarkan sedikit garing.
Tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biarkan sedikit garing.
Kemudian, masukkan tepung gandum.
Kacau lagi dan masukkan lada hitam serta daging.
Kacau lagi sampai naik minyak. Setelah itu, masukkan pula cendawan dan sosej. Kalau tak nak letak pun tak apa. Tapi memang sedap.
Sedia untuk masukkan susu.
Susu dah naik wap dan nak menggelegak, masukkan cheese dan perasakan dengan gula, garam serta perasa Cukup Rasa.
Akhir sekali, kalau ada herba kering boleh masukkan sekali. Lagi umph rasanya. Parsley atau oregano, atau nak letak kedua-duanya pun boleh. Sedap.
Apabila kuah sejuk, akan jadi lebih pekat sebab ada tepung gandum dan cheese. Jangan bimbang kalau dah masak nampak cair. Tunggu sejuk sedikit, santap lah bersama keluarga tersayang.
Bila tengah lapar dihidang dengan bihun goreng memang laju menyuap. Nak bihun goreng rasa sedap, boleh tambah cendawan Shiitake di dalam ramuan. Cendawan shiitake dikisar bersama bawang dan udang kering.Cukup mudah tapi sedap.
BIHUN GORENG
BAHAN-BAHAN:
100gram bihun untuk 2 orang makan) – rendam seketika dengan air sejuk
1 keping fish cake – hiris nipis
1 sudu makan cili boh
7 biji cili merah – hiris
1-2 sudu makan sos ikan
Sedikit daun kucai – hiris kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos tomato
Sedikit sawi – potong halus
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan Kisar:
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
6 biji cendawan Shiitake kering (saiz kecil) – rendam dengan air panas
CARA MEMASAK BIHUN GORENG:
Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili boh dan tumis lagi hingga terbit minyak. Kemudian masukkan air secukupnya dan hirisan fish cake,.
Setelah itu masukkan batang sawi dan sos tomato. Gaul sebati. Setelah itu masukkan sos ikan.
Kemudian, masukkan pula kicap cair dan bihun yang telah direndam dengan air sejuk tadi. Gaul sekata. Tambah air lagi jika perlu.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah daun sawi dan daun kucai. Gaul lagi hingga bihun makin kering.
Ini pilihan ye. Kalau suka pedas, tambah hirisan cili padi. Gaul sebati.