Hidangan paprik ayam ini lengkap ayam dan sayur-sayuran. Jika inginkan menu ringkas, sekali masak sahaja dalam satu kuali tapi lazat, buatlah masakan paprik.
Menu ini cukup popular jika ke restoran Thai. Inilah ntara hidangan yang sering dipesan pelanggan. Cukup lengkap hidangan dalam satu menu, masak satu lauk ini pun dah cukup mengundang selera. Buat pedas sikit, memang bertambah-tambah dibuatnya.
Ikuti perkongsian resipi Paprik Ayam istimewa daripada Tengku Syazwany ini. Para peminat paprik bolehlah mencuba.
Drummet ayam dan peha memang jadi kegemaran tiap kali bila dihidangkan sajian ayam . Ni dia resipi yang sangat mudah dan sedap untuk tetamu anda, boleh diratah begitu sahaja.
1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
10gm serbuk lada sulah
10gm garam
10gm sos tiram
250gm mentega
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili besar | dihiris nipis
1 tangkai daun kari
3 sudu makan madu
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.
Taburkan di atas ayam goreng.
Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.
2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet | bersihkan dan toskan
10gm bawang putih | dikisar
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan Sos Pedas
50gm cili padi | dikisar
50gm cili merah | dikisar
30gm bawang merah | dikisar halus
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang merah | dikisar halus
Sedikit gula
Sedikit gula dan madu
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
Tuangkan sos di atas ayam tadi.
INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.
3. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10ketul drumstick | dibersihkan dan tos
2sudu makan serbuk kari
Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang
2 biji cili hijau |dibelah dua
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang merah | dimayang halus
3 ulas bawang putih |dimayang halus
3cm halia muda | mayang halus
1 batang serai titik
1 tangkai daun kari
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.
Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.
4. AYAM GORENG NESTUM
BAHAN-BAHAN-BAHAN:
5 ketul drumstick – bersihkan dan tos
Sebiji telur
Garam secukupnya
Lada sulah
300gm serbuk nestum
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam bekas berisi drumstick.
Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflaks. Tetapi cornflaks perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.
5. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
2 biji lemon
3 sudu makan madu
2 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
3 sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.
Paling best menu Hainanese Chicken Chop ni adalah ayam yang besar dan rangup di luar, lembut di dalam. Di mandikan dengan sos yang lebih mild, tak muak dan rasa yang lebih fussion. Gerenti menggentar jiwa si pemakan.. Jom cuba!
RESIPI HANINANESE CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHAN:
Bahan-Bahan untuk ayam :
1 ketul dada ayam (basuh bersih dan toskan)
2 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung (dicampur bersama oregano)
1 biji telur (dikacau)
4 sudu minyak masak/olive oil/sunflower oil.
dengan lada sulah, Lea & Perrins sos, 2 sudu besar gula dan sedikit garam.
CARA PENYEDIAAN:
Perap ayam sekurang2nya setengah jam bersama oregano, lada sulah, dan garam, biarkan seketika sementara menunggu minyak panas,
Untuk salutan tepung, campurkan tepung bersama oregano dan salutkan ayam tadi bersama-sama dengan tepung.
Celupkan ayam yang sudah disalut tepung tadi kedalam telur, dan pastikan semua bahagian dicelup dan ditutupi telur,
Goreng ayam tersebut kedalam kuali, dan pelahankan api supaya ayam tidak keras dan tidak terlebih masak.
Masak sehingga ayam tersebut sudah kekuningan, toskan dan biarkan ditepi sementara menunggu sos hainan (sos masam manis) dimasak.
BAHAN SOS:
1 biji bawang merah-hiris halus
1 ulas bawang putih- hiris halus
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar air
1/2 biji buah tomato – belah empat
1/2 cawan kacang pis hijau.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau dan layu.
Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau sebentar sehingga pecah minyak sedikit.
Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih dan pekat sedikit.
Masukkan buah tomato yang dibelah empat, kacau dan tambah oregano, garam dan gula, rasa dahulu, jika rasanya sudah cukup masam manis, tidak perlu tambah gula atau garam.
Akhir sekali masukkan kacang pis hijau, tunggu 1 minit dan hidangkan bersama ayam yang dah digoreng tadi bersama kentang goreng!
P/s: Goreng jejari kentang dan hidangkan bersama ayam dan sos hainan!
Anda peminat masak lemak? Resipi yang dikongsi ini Ayam masak lemak cili api Negeri Sembilan stail.Memang masaknya tak guna bawang. Rindu dengan masak lemak Negeri Sembilan, bolehlah buat. Makan dengan nasi panas-panas, memang laju menyuap.
AYAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan: Ayam yang sudah dibersihkan 20-30 biji cili api 2 batang serai (dititik) Kunyit hidup Santan segar secukupnya Ubi kentang Daun limau purut Asam keping
Cara memasak:
1.Basuh bersih ayam. Letak dalam kuali atau periuk. Ketuk serai masukkan sekali dengan ayam.
2.Blend cili api 20-30 biji dengan kunyit hidup. Letak pada ayam. Bagi ayam tu kecut dengan cili api. Ni lah rahsia kesedapan masak lemak.
3.Ayam dah sebati dengan cili api tu baru masukkan santan. Nak lagi sedap letak santan segar.
4.Masukkan kentang.
5.Bila kentang dah empuk masukkan daun limat purut dan asam keping. Garam jangan lupa. 6.Ayam masak lemak cili api siap untuk dihidang.
Resipi ayam masak kicap kenduri ini boleh dicuba jika teringin menikmati ayam kicap yang sedap. Paling enak dimakan dengan nasi panas dan segelas sirap...