
Suka makan Golden Ball bila berkunjung ke restoran Sushi? Kini anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah hanya menggunakan resipi perkongsian saudari Joanna Johan. Bahan-bahan yang cukup mudah. Rasa tak sabar nak cuba kan? Jomlah buat. Anda pasti puas hati dengan rasanya.
RESIPI GOLDEN BALL ALA SUSHI KING
BAHAN-BAHAN:
- Crabstick secukupnya
- Mayones – beli online disini
- Sedikit susu segar
- 5 biji telur rebus
- 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 3 sudu besar tepung beras – beli online disini
- 3 sudu besar tepung bistari – beli online disini
- Sedikit air
- Serbuk roti – beli online disini
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Potong kecil crabstick. Kemudian masukkan air panas, celur sekejap dan toskan.
2. Masukkan mayones dan sedikit susu segar. Gaul rata. Siap. Ketepikan.
3. Kupas telur rebus dan ketepikan.
4. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung bistari.
5. Campur dengan air biar pekat sikit.
6. Salut telur rebus tadi dalam bancuhan tepung. Angkat.
7. Kemudian golekkan dalam bekas berisi serbuk roti.
8. Panaskan minyak. Pastikan telur tenggelam dalam minyak bila digoreng nanti. (empunya resipi goreng dalam periuk kecil supaya minyak tinggi)
9. Bila sudah kuning keemasan, angkat telur dan belah dua.
10. Sudukan inti crab mayo tadi dengan secukupnya.
11. Golden Ball ala Sushi King sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Joanna Johan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tengah Cari Juadah Baru Untuk Berbuka, Cubalah 5 Sajian Fusion Ini.

Isi Kandungan
ToggleAnda pasti selalu dengar sajian fusion. Fusion adalah sajian barat yang diberi olahan semula ikut selera Asia dan juga Melayu.
Contohnya Shepard Pie jika diolah menjadi fusion terhasil lah Shepard Pie Rendang.
Begitu juga menu seperti betis kambing, kentang, tulang rusuk boleh sahaja diolah dengan rempah ratus menjadi resepi Asia dan Melayu yang lazat. Jom kita cuba ilham sajian fusion dari chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl, iaitu Chef Muhammad Suhaifi Idris, Mohd Suhaize Hasim, Isa Abu Bakar, Azrin Nuruddin Kamarul Azhar.
1.Tulang Rusuk Lembu Masak Hitam
BAHAN-BAHAN :
- 4 kg tulang rusuk/siap direbus dengan air selama 3 jam
- 250 ml ml air rebusan daging
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 2 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 5 sm halia /dikisar
- 7 ulas bawang putih
- 2 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 50 gm kicap pekat
- 2 keping asam keping
- 1/2 biji santan kelapa
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Rebus tulang rusuk selama tiga jam. Keluarkan daging dari air.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar dan tuangkan sedikit air rebusan daging (250) ml.
4. Kemudian masukkan tulang rusuk dan didihkan.
5. Masukkan asam keping dan kicap pekat
6. Masukkan santan dan reneh selama 30 minit. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.
7. Biarkan daging betul-betul empuk
8. Tulang rusuk siap dihidang.
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Ramuan kicap, rempah dan santan beri keenakan rasa
INFO CHEF : Kicap pekat memberikan warna dan rasa tulang yang sungguh enak.
2.Mousakka Kambing
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
- 800 gm daging kambing cincang
- 250 gm puri tomato
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 300 gm bawang besar /dihiris
- 7 ulas bawang putih /dihiris
- Garam secukup rasa
- 1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
- 1 liter susu segar
- 250 gm mentega
- 250 gm tepung gandum
- 250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato.
2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi.
3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk.
4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu.
5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap)
6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang
7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu
8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi
9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis hidangan : Mediterranean
Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.
3.Gulai Kawah Betis Kambing (Lamb Shank)
BAHAN-BAHAN :
- 4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 5 sm halia /dikisar
- 7 ulas bawang putih /dikisar
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 2 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 200 gm rempah kari daging
- 2 keping asam keping
- 1/2 biji santan kelapa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1 .Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan.
3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging
4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan
5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit
6. Biarkan daging empuk
7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan renih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
4.Rendang Daging Shepherd Pie
BAHAN-BAHAN:
- 4 kg daging batang pinang /dipotong dadu
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 7 ulas bawang putih/dikisar
- 5 sm halia /dikisar
- 2 sm lengkuas/ dikisar
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 4 sudu makan serbuk cili
- 4 batang serai /diketuk
- 200 gm kerisek
- 2 keping asam keping
- 1 biji santan kelapa
Bahan B:
- 5 biji kentang
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kupas kentang dan tebus sehingga lembut dan lenyek, sejukkan
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi bersama rempah empat sekawan sehingga naik bau.
3. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak.
4. Kemudian masukkan daging dan didihkan
5. Masukkan kerisik, bersama santan dan renehkan selama 20 minit, Perasakan dengan garam.
6. Pastikan daging betul-betul empuk, dan padamkan api. Biarkan sejuk dan masukkan dalam acuan kecil.
7 .Ambil beg piping dan masukkan kentang yang telah dilecek tadi
8. Tekan di atas rendang tadi seperti membuat aising di atas kek
9 .Pastikan kentang menutupi rendang tadi
10. Dalam ketuhar bakar selama 13 minit dalam suhu 170 darjah celcius
11. Hidangkan bersama salad segar
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Reneh dan bakar
Jenis hidangan : Masakan barat diberi sentuhan fusion
Keistimewaan : Kentang dan rendang menjadi kudapan yang lazat
INFO CHEF : Sheperd Pie berinti rendang beri kelainan dan kelazatan baru untuk sajian barat yang diolah dengan inti rendang.
5. Ayam Panggang Gulung Madu & Sos Percik Berkeju
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 4 keping paha ayam tanpa tulang (chicken chop)
- 1 ketul dada ayam /dicincang
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan madu
Bahan B (kuah percik berkeju) :/dikisar
- 2 biji bawang besar India
- 1 sm hali
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 sm kunyit hidup
- 1/2 biji kelapa (santannya)
- 50 gm keju mozzarella @ keju cheddar
CARA MEMASAK :
Cara membuat ayam gulung :
1. Cincang dada ayam bersama kunyit dan garam.
2. Campurkan telur dan kacau hingga sebati.
3. Gulung dada ayam cincang bersama paha ayam dan ikat dengan menggunakan tali ‘butcher’.
4. Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Dan perap
Cara membuat kuah percik :
5. Kisar semua bahan B
6. Panaskan kuali , dan tumiskan bahan-bahan kisar.
7. Tumiskan hingga wangi dan masukkan ayam gulung tadi
8. Masak ayam selama 10 minit , keluarkan ayam dan biarkan seketika.
9. Masukkan santan ke dalam bahan-bahan tadi dan masukkan garam secukup rasa
10. Setelah mendidih masukkan keju dan kacau hingga keju betul-betul larut.
11. Dengan menggunakan kuali yang lain, goreng ayam dengan minyak sedikit. Sapukan madu sebelum itu.
12. Buang tali dan hiris ayam. Susun ayam mengikut kreativiti dan tuang kuah di atas ayam gulung tadi
13. Hidangkan bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 2– 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng minyak sedikit
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Lemak berkeju dan sedap
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Gabungan keju dan sos percik, gandingan citarasa barat dan timur yang berperisa.
Terima kasih : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl,
Cara Mudah Buat Kerepek Ngaku @ Arrowhead Sedap & Rangup

Sedapnya Kerepek Ngaku @ Arrowhead ni. Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Ngaku @ Arrowhead ni memang banyak di jual di pasaraya. Ia merupakan salah satu snek kudapan wajib ada. Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai, Ngaku biasanya dijadikan kerepek. Memang sedap. Nak cuba buat Kerepek Ngaku secara homemade? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Cik Rain II ni. Rasanya rangup, lemak-lemak manis memang sedap. Bagi penggemar kerepek, anda pasti suka akan rasanya. Cubalag. Memang mudah resipi ni. Selamat mencuba!
RESIPI KEREPEK NGAKU / ARROWHEAD YANG MUDAH, SEDAP & RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- Ngaku/ Arrowhead – beli online disini
- Minyak masak – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ngaku dan cuci bersih. Kemudian toskan ngaku hingga kering dan tiada air menitik.
2. Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak.
3. Ambil ngaku tadi dan sagat ke dalam minyak.
4. Bila ngaku sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara.
INFO: Sagat terus Ngaku dalam minyak. Jika disagat awal dan kemudian dibasuh, kepingan ngaku akan melekat sama sendiri dan tidak terlerai masa digoreng. Hasilnya, kerepek jadi tidak rangup.
Kredit resipi & foto: Cik Rain II
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sambal Kicap Sedap Cara Orang Johor. Simpan 2-3 Bulan Tetap Elok
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sedap & Lembut, Ini Cara Buat Har Gow @ Crystal Shrimp Dumpling

Har Gow atau Crystal Shrimp Dumpling, makanan tradisional masyarakat Kantonis, yang dimasak secara kukus.
Kulit Har Gow agak lembut berbanding kulit wantan dan akan menjadi lutsinar apabila dikukus, membolehkan isi di dalamnya kelihatan.
Menerusi perkongsian daripada Ida Alina Salleh, ini adalah kali kedua dia membuat Har Gow.
Jom cuba yang ingin mencuba membuat dumplings ala Dim Sum di rumah.
RESEPI CARA BUAT HAR GOW @ ATAU CRYSTAL SHRIMP DUMPLINGS
BAHAN INTI UDANG:
400 gm udang segar (dibersih dan siang, cincang halus dengan pisau, saya tak kisar sebab suka tekstur dan rasa udang kasar-kasar)
1/2 cawan kucai | hiris halus
Sedikit halia | potong mancis halus-halus –beli online DI SINI
Beberapa biji water chestnuts | potong dadu halus-halus
1/2 sudu kecil minyak bijan – beli online DI SINI
1 sudu besar kicap cair – beli online DI SINI
1 sudu kecil tepung jagung – beli online DI SINI
Sedikit garam, gula & lada sulah
TONTON Let’s Cooking: Ayam Kam Heong
TONTON Gerenti Jadi S3 EP9: Resipi Sup Wantan Bebola Ikan
CARA-CARA:
Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati. Sejukkan dalam peti sejuk sementara buat kulit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN UNTUK KULIT ( 12 BIJI):
40gm wheat starch (kanji gandum)
40gm corn starch/tapioca starch
1 sudu teh minyak sayur
80 gm air mendidih (agak-agak, doh lembut tapi tak melekit – tekstur lembut sikit dari playdoh).
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
CARA-CARA:
1.Campurkan tepung dan minyak. Tuang air panas mendidih (mesti menggelegak dan tuang, saya jerang 100ml, tuang sikit-sikit, kacau tepung dengan chopstick).
2. Kalau tangan besar macam saya, boleh terus uli 1-2 minit hingga “pliable” dan “smooth”.
*Rupa dia seperti playdoh budak-budak. Kalau tangan tak tahan panas, biarlah dia sejuk kejap. Tutup mangkuk dengan kain basah beberapa minit, baru uli.
3. Sapu sikit minyak pada doh dan rehatkan sebentar. Buat jadikan silinder dan potong kepada 12 bahagian. Bulat-bulatkan dan masuk dalam bekas kedap udara.
4. Leperkan doh, masukkan inti. Kelim dan letak atas pinggan yang dah disapu sedikit minyak.
5. Kukus 8 minit, api sederhana besar. Matikan api, dan biarkan sebentar dalam pengukus.
6. Bila dah sejuk sikit, baru hidang. Kalau baru sangat matikan api, dumplings akan agak melekat pada piring.
Kredit resipi: Ida Alina Salleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/imbau-kenangan-lama-20-menu-sayur-sempena-merdeka-gamit-memori/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: