Menu ni kalau buat gerenti anak-anak suka.Ia mudah, cepat dan anak-anak pasti akan makan.Nutrisi pun boleh kata seimbang. Kalau nak sihat lagi, gunakan ayam tidak terproses.Bila makan rangup nugget bersatu dengan timun dan kulit wrap pun sedikit rangup, memang puas hati makan. Dalam tetap juicy.Wrap ni tak mudah terburai.
Syaratnya isi jangan basah sangat dan ikuti tip yang dikongsi.Ini tip macam mana nak elak wrap terburai.
Wrap Nuget Ayam
Bahan-bahan: 2 orang makan
2 keping kulit wrap
4 biji nugget Ayam
1 batang timun kecil
4 biji tomato ceri
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar mentega kacang
Cara membuat:
1.Nugget ni kita masak dalam airfryer sahaja. 5-10 minit suhu 180-200°C,
terbalikkan, dan ulang satu pusingan lagi. Agak-agak sampai nugget tu benar-benar masak.
2.Sementara nak tunggu nugget masak, kita potong sayur-sayuran.Sayur yang lazimnya saya letak adalah timun, tomato, romaine lettuce, kerana sayuran ni tak pahit.Anak-anak akan makan.
3.Nugget ayam yang dah masak perlu di potong dadu atau jejari macam ni. Kalau tak potong sukar nak balut wrap kita nanti.
Ads
4.Sapukan mentega kacang. Saya letak mentega kacang agar nanti sayur dan nugget tu tak mudah jatuh semasa hendak dimakan.Isi akan melekat pada wrap. Itu trik agar makan dan berkecah.
5.Susun cebisan nugget dan sayur-sayuran di atas mentega kacang.InsyaAllah masa balut pun nanti, isi wrap ni akan duduk diam, tak menggelongsor ke sana ke mari.
6.Letak mayonis dan sos cili. Kalau ada sos keju, boleh letak.Kalau nak letak gajah pun pun dipersilakan. Kalian yang nak makan,kan? Letaklah apa yang kalian suka.
7.OK balut. Calit sedikit hujung wrap tu dengan mentega kacang sebagai pelekat.
8.OK, belum siap. Ada lagi langkah yang kita belum buat. Kalau makan sekarang,
kulit wrap ni masih mudah terburai keluar isi perut dia. Jadi kita lakukan langkah kontigensi.
9.Masukkan semula dalam airfryer. Pastikan bahagian yang bertindih tu, menghadap ke bawah.Kalau hadap atas, masa kita airfry, dia akan ternganga. Airfry 200°C untuk 3-4 minit.
10.Terbalikkan. Ulang lagi 3-4 minit atau sampai ada kerangupan sedikit pada kulit wrap.
Bila dah rangup sikit, maka ia tak akan terbuka dah. Bentuk dia dah tetap.
Ads
11.Dah siap. Saya ada tambah sedikit lagi sayur dan sos itu atas bukaan wrap tadi supaya lebih penuh,meriah dan menyelerakan. Hidanglah dengan apa-apa sos kesukaan kalian. (Jangan sos tiram)
Hari ni teringin nak makan rempeyek kacang tanah. Selalu beli jer, rasa macam nak buat sendiri. Rempeyek ni kalau kena dengan citarasa boleh habis sebalang. Paling penting mesti rangup krup krap dan aroma rempah ratusnya dirasai. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan ini.
Andai ke bazar Ramadan atau pasar malam, Yong Tau Fu ni antara hidangan yang popular. Keenakan hidangan ini terletak pada sosnya yang sedap. Nak cuba buat sendiri untuk berbuka? Ini resipi yang anda perlukan. Pasti puas hati dapat makan hidangan enak ni bersama keluarga tersayang.
RESIPI KUAH HITAM YONG TAU FU
BAHAN-BAHAN:
11 tangkai cili kering( digoreng dengan minyak sehingga garing)
1 ruas kelingking belacan bakar
1 sudu teh petis @ otak udang
1 keping gula melaka kelantan @ nise
2 sudu besar minyak bijan (utk bau harum dan kilatkan kuah)
1 sudu teh cuka makan
Kicap pekat utk warna hitam
Tepung jagung utk memekatkan.
Garam & gula secukup rasa.
CARA MEMASAK:
Cili kering di kisar bersama air dan belacan. Tapiskan cili kisar ke dalam periuk supaya kuah halus dan tak ada biji-biji cili kering.
Panaskan cili kisar tadi. Masukkan gula melaka, petis udang, minyak bijan, cuka makan serta kicap pekat.
Penggemar Kuih Gunting yang sedap harus cuba resipi perkongsian saudari Nor Azimah Ali ini. Ia adalah resipi ekspress untuk anda yang nak makan kuih sedap tapi nak yang cepat serta tak guna banyak bahan.
Menurut beliau, jika ikut resipi arwah ibunya Kuih Gunting ni kena ada bawang potong yang digoreng, letak ikan bilis atau udang kering, cili kering sikit, garam, rempah kari dan marjerin. Banyak bahan tapi rasa asli.
Untuk versi lebih mudah ini, beliau menggunakan tepung Cucur Bilis segera dan juga Tepung Bestari sahaja. Malah resipi ini juga tidak menggunakan garam kerana tepung-tepung ini sudah mempunyai rasa.
Wow..Rasa tak sabarlah nak cuba buat Kuih Gunting mudah ni. Pasti sedap buat kudap-kudap. Jom lihat cara-cara memasaknya.
CARA MASAK KUIH GUNTING YANG SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
1.Panaskan margerin hingga cair. Jik guna minyak masak, panaskan minyak masak tapi jangan sampai terlampau panas. Jika guna margerin, kuih gunting akan jadi lebih rangup.
2.Bila sudah cair, msukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
3.Kemudian msukkan tepung adabi dan tepung bestari.
4.Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga jadi doh. Jangan sampai doh jadi lembik. Pastikan adunan keras sedikit jadi bila digunting, ia tidak melekat.
5.Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, leperkan dan bolehlah digunting. Jangan gunting tebal, nanti adunan tidak masak.
6.Panaskan minyak masak dan goreng kuih gunting tadi. Jangan terlalu panas nanti adunan hangus, kuih rasa tidak sedap.
7.Bila sudah garing keemasan, angkt, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.