Tengok gambar je tapi sudah rasa berselera melihat menu Siakap Laprik Ala Thai yang dikongsi oleh saudari Liza Idris ni. Ala-ala sajian di restoran makanan Thailand. Bagi anda yang belum ada idea nak masak lauk apa untuk keluarga, resipi ini boleh anda cuba. Tidak menggunakan ramuan yang susah, malah cara masaknya juga sangat mudah. Jom cuba. Pasti anda kagum dengan rasanya.
CARA MASAK SIAKAP LAPRIK ALA THAI
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap 1/2 cawan air asam jawa 2 sudu makan gula – beli online disini 1 cawan air 3 sudu makan sos ikan – beli online disini Daun ketumbar Garam secukup rasa Tomato dan cili merah sebagai hiasan Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini Tepung jagung secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan cili kering, cili padi. Bawang putih dan akar ketumbar. Kemudian kisar kasar. Jika tidak suka pedas, boleh kurangkan jumlah cili.
2. Kelar ikan siakap dari belakang ke depan. Kelar begini supa bila digoreng, isi ikan akan masak sampai ke tulang.
Ads
3. Lumur ikan dengan garam, kunyit dan tepung jagung dengan secukupnya hingga rata.
4. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi. Sesekali cedok minyak panas dan simbah atas badan ikan untuk cepat masak. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan.
5. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan dikisar kasar hingga sedikit garing.
6. Masukkan gula. Kacau sebati. Kalau ada gula kabung, boleh guna kerana rasanya akan jadi lebih sedap.
7. Masuk air asam jawa. Kacau lagi.
8. Tambahkan sos ikan. Kacau lagi.
9. Masuk 1 cawan air. Kacau dan biarkan kuah kering sedikit.
10. Tabur daun ketumbar. Perasakan dengan garam. Namun jika sos sudah masin, tidak perlu tambah garam lagi.
11. Sos Laprik siap. Padamkan api.
12. Tuang sos diatas ikan yang telah digoreng tadi. Hias dengan tomato dan taburan daun ketumbar.
Macam nak tergolek tengok sedapnya lauk telur puyuh. Dengan sambal yang merah. Ditambah pula bila ada petai. Ulam itu menjadikan lauk ini semakin menaikkan selera bagi yang memang hantu petai.
RASA kongsikan resipi telur puyuh sambal petai bersantan. Bila-bila korang rasa nak buat, bolehlah cuba ya.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
Bahan-bahan
10 biji telur puyuh.
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit perahan air asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
Cara memasak
1. Rebus telur puyuh. Sejukkan dan kupas. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng telur puyuh. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis sehingga terbit bau wangi.
3. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
5. Setelah mendidih, masukkan telur dan petai. Masak seketika, sedia dihidangkan.
Dah malam malam gini tetiba rasa lapar pulak. Kalau dapat goreng nasi guna nasi baki tengah hari tadi sedap ni. Boleh makan sambil tengok tv..nyum..nyum.
Penggemar makanan pedas boleh cuba resipii nasi goreng yang ringkas. Makan ketika masih panas buat lagi teruja makan nasi goreng sotong pedas ini.
NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih (1 pinggan penuh)
BAHAN TUMIS:
1 biji lada merah
8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
3 biji bawang (sederhana)
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
1-2 ekor Sotong (dipotong)
Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
Kicap manis
Kicap sotong
1 biji telur
Garam & perasa
Minyak
CARA MEMASAK:
Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi)
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap.
Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.
INFO:
Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.
Terung adalah sayur jenis buah yang selalu jadi sebagai lauk pelengkap dalam hidangan. Namun korang tahu tak yang sayur terung boleh jadi lauk utama. Ada lauk sambal terung ni, sudah cukup enak kalau nak dimakan dengan nasi atau lempeng.
Resipi ini RASA kongsikan daripada seorang ibu anak tujuh yang selalu memasakkan lauk sambal terung ini untuk keluarganya. Menjadi lauk kegemaran seisi keluarga, resipinya ringkas namun menambat selera.
SAMBAL TERUNG
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.