Untuk membuatnya tak susah hampir sama, cuba ada tambahan bahan-bahan sebagai perisa pedas dan gula hanya sedikit saja digunakan sebagai pelengkap rasa. Kepada anda yang tidak suka manis, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Kalau kena dengan selera, bolehlah dijadikan hidangan di Hari Raya nanti.

KUIH LOYANG UDANG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tepung beras | guna cap 3 gajah
½ tepung jagung
2 biji telur
1 kotak (200ml) santan
1 sudu makan gula pasir
1sudu teh garam
Sedikit serbuk perasa | jika suka
BAHAN KISAR:
8-10 biji cili kering | ikut suka
1 sudu besar jintan manis
1 genggam udang geragau/ udang kering
3 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih
1 cawan air
Daun kari dan bijan sebagai hiasan sampingan
agar nampak lebih menarik..

CARA MEMBUAT:

  1. Dalam bekas masukkan tepung beras, tepung jagung dan bahan kisar, telur dan santan.
  2. Kacau sebati, masukkan pula gula garam dan serbuk perasa (jika suka).
  3. Tambahkan air ikut keperluan (tiada sukatan yang tepat).
  4. Untuk pastikan air cukup. Adunan tidak terlalu cair atau pekat.
  5. Panaskan minyak dalam kuantiti banyak yang boleh menengelamkan acuan.
  6. Panaskan acuan terlebih dahulu dalam minyak panas.
  7. Kemudian celupkan acuan dalam adunan tepung. Dan masukkan bersalut tepung ke dalam kuali berisi minyak panas.
  8. Goyang-goyangakan supaya kuih yang mula mengeras tertanggal dari acuan.
  9. Lakukan hingga habis bancuhan adunan.
  10. Angkat dan toskan. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

Sumber hanaz hanita

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI