CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, biarkan hingga naik bau wangi.’ 3. Kemudian masukkan daging ke dalam kuali. 4. Masukkan pula sos tiram, serbuk lada, cili api, daun bawang dan bawang besar. 5. Tumiskan dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukp rasa 6. Apabila daging empuk, padamkan api.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis da goreng Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Gabungan rasa pedas lada hitam dan sos tiram yang lazat Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF: Untuk melembutkan daging , perapkan dengan gula, garam dan minyak masak dan biarkan untuk 2- 3 jam.
2 .STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
50 gm brokoli
1/2 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’ 3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan. 4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut. 5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen ) 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF :Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
Terima kasih :FIRMAN PAIZI@FAUZI, CHEF DANIEL SOON, CRG CHICKEN RICE GUYS, 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
3. LALA CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
350 gm lala
6 biji cili padi | diketuk
50 gm halia | dihiris halus
1 sudu teh bawang putih cincang
1 cawan air
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh gula
4 sudu makan atau minyak masak secukup
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air dan rebus lala dalam 20 saat, angkat dan toskan. 2. Panaskan minyak masak, masukkan halia, bawang putih, cili padi yang diketuk. 3. Tumiskan hingga wangi. 4. Masukkan secawan air, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan kedalamnya 5. Akhir sekali kacau dan gaulkan bersama lala sebentar, serta padamkan api segera.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Makanan laut Keistimewaan : Lala dimasak stail cina , penggunaan cili padi memberi rasa pedas Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF:Rebus lala jangan melebihi 20 saat, dan kacau sebentar sahaja bersama rencah untuk mengekalkan rasanya yang berjus dan lembut
4. SOTONG TIGA WARNA
BAHAN-BAHAN :
4 ekor @ 250 gm
Bahan sos Cheong Zeng :
300 gm tauchu
120 gm bawang merah
120 gm bawang putih
40 gm cili padi
400 gm cili merah
120 gm cili boh
120 gm sos plum
30 gm sos tiram
90 gm halia
Gula secukupnya
50 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
Bahan sos Ceng Poa :
200 gm cili boh
60 gm bawang besar
60 gm bawang putih
40 gm cili kering
40 gm cili padi
40 gm tauchu
40 gm asam jawa
200 gm sos tomato
200 gm sos cili
10.air putih.80 gram
80 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
CARA MEMASAK : 1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dalam periuk atau kuali. 2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air . 3. Apabila mendidih boleh diangkat dan padamkan api 4. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Makanan laut Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dengan sotong Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi untuk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
5. ITIK SHAO YA
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik anggaran 1.7 -2.0 kg
Bahan sos itik :
1 sudu makan bawang putih cincang
3 sudu makan tauchu
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
4 sudu teh gula
2 sudu makan minyak bijan
Sedikit tepung kentang untuk pekatkan kuah
3 cawan air
Bahan untuk itik :
4 senduk air
2 sudu makan sudu.
2 kg minyak masak untuk menggoreng itik
Sedikit minyak bijan
CARA MEMASAK : 1. Masukkan air dan kesemua bahan-bahan di atas kecuali kanji/tepung kentang ke dalam kuali. 2. Biarkan mendidih dan masukkan tepung kentang untuk memekatkan kuah. Ketepikan sos. 3. Kemudian masukkan empat senduk air dan dua sudu makan madu tadi ke dalam kuali dan masukkan itik (jangan dipotong dahulu). 4. Biarkan mendidih dan siramkan dengan kerap ke atas itik sehingga berwarna perang. 5. Angkat dan toskan, gantung biar kering 6. Kemudian pijarkan minyak masak di dalam kuali lain. 7. Masukkan itik dan goreng ‘deep fried’, goreng kira-kira 10 minit. 8. Apabila sudah masak angkat, angkat dan gantung hingga minyaknya kering. 9. Kemudian siramkan dengan sedikit minyak bijan. 10. Potong itik kepada beberapa bahagian sebelum menghidang dan hidangkan bersama sos yang dimasak sebelum ini.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 25 minit Cara memasak : Didih dan ‘deep fried’ Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Rasa ala itik salai,berjus dan lazat dimakan bersama sos
Tak tau la nak kata tapi kalau makan ayam masak merah di kenduri kahwin, mesti lauk tu sedap teruk. Kan? Kalau suka makan ayam masak merah style kenduri kahwin, ni RASA kongsikan resipinya.
AYAM MASAK MERAH STYLE KENDURI
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar size besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
2 batang serai diketuk
3-4 senduk cili kisar
Garam dan gula secukupnya
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato (didadu kecil)
CARA MEMBUAT
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.
Ayam panggang biasanya ramai yang suka beli kerana disangka susah nak buat, isi dalam kurang masak tapi luar dah garing dan banyak lagi. Jangan susah hati, ni ada resipi yang kalau anda cuba, pasti jadi. Menurut Puan Salimah Olie, resipi ni memang sedap! Jadi anda bolehlah cuba ya!
AYAM PANGGANG ALA KENNY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – bersihkan
Ubi kentang – dibelah empat
Mix herbs secukupnya
Sedikit minyak zaitun
BAHAN PERAPAN AYAM:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perap
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Campur kesemua bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam. Lagi lama lagi enak.
4. Sapu sedikit mentega pada keseluruhan ayam hingga rata.
5. Susun hirisan ubi kentang diatas tray yang telah dialas dengan aluminium foil.
6. Tuang sedikit minyak zaitun, tabur mixed herbs dan letak ayam diatas ubi kentang.
7. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. ( RASA: Boleh guna suhu 220C. Masa dan suhu mungkin berbeza ikut saiz ayam dan ketuhar.)
8. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis dari ayam. Ini bertujuan untuk elak ayam dari terlalu kering.
Kredit resipi & foto: Salimah Olie Resipi asal: blog Azlita Masam Manis